Isaac Voo Kai Meng (Cina: 邬凯名; lahir 12 Disember 1994) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan ahli kumpulan K-Pop Korea Selatan, SKYE, dan telah diiktiraf sebagai penyanyi K-Pop solo pertama di Malaysia.[1][2] Beliau membuat penampilan solo pertamanya menerusi single pertamanya, "Time Bomb" pada 5 Ogos 2022.[3]

Isaac Voo
Nama asal邬凯名
Nama lahirIsaac Voo Kai Meng
Kelahiran (1994-12-12) 12 Disember 1994 (umur 29)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenreK-Pop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2016–kini
Syarikat rakaman
  • MMO Entertainment
  • Prodigee Asia Talent
Pengkarya berkait
SKYE, BOYS24

Kehidupan awal sunting

Isaac dilahirkan pada 12 Disember 1994 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu dalam adik-beradiknya. Voo mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa di daerah Likas dan Sekolah Menengah Lok Yuk.[4][5]

Kerjaya sunting

Voo menunjukkan minatnya terhadap arena hiburan di usia 17 tahun semasa menyertai persembahan untuk Hari Guru sekolah. Beliau kemudian mula menyertai pertandingan pencarian bakat yang akhirnya membawanya kepada siri TV realiti Korea Selatan, BOYS24. Program yang bermula pada 2016 dengan 27 peserta itu memerlukan kesemua peserta lelaki menampilkan bakat mereka menerusi siri konsert jelajah.[4][6]

Beliau berjaya menjadi antara peserta teratas dalam siri rancangan itu dan menduduki kedudukan keenam daripada 27 peserta sekaligus terpilih turut serta dalam siri latihan untuk diserap menjadi artis K-Pop terulung di Korea Selatan.[4][7]

Selepas berjaya terpilih sebagai pemenang BOYS24, Voo mengumumkan pada Ogos 2017 bahawa beliau telah berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang peserta kumpulan Re-Born. Voo menjadi salah seorang ahli kumpulan IN2IT yang menjadikannya sebagai artis K-Pop pertama Malaysia.[4][8][9]

Pada tahun 2022, Voo kembali ke Malaysia untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sementara ahli kumpulan In2It yang lain sedang menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan di Korea Selatan, seterusnya diumumkan sebagai artis residen Prodigee Asia Talent.[10][11][12]

Pada 5 Ogos 2022, Voo melancarkan single solo pertamanya, "Time Bomb".[13]

Diskografi sunting

Tajuk Tahun
"Time Bomb" 2022

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 BOYS24 Dirinya sendiri/Peserta Mnet
2023 Big Stage (musim 5) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Aref Omar (24 Jun 2022). "#Showbiz: Living his K-Pop dream" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  2. ^ Mohammad Al Faizal Abdul Karim (15 Mei 2022). "Realiti dunia K-Pop, kadang tidur dua jam sehari – Isaac Voo". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (4 Ogos 2022). "Lagu Melayu pertama Isaac Voo". Harian Metro. Dicapai pada 8 Ogos 2022.
  4. ^ a b c d Namri Sidek (3 Oktober 2017). "Isaac Voo - Anak Muda Malaysia Pertama Menjadi Artis Profesional KPOP Korea Selatan". Iluminasi. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  5. ^ Ling Kwan (14 Ogos 2017). "Meet 23-Year-Old Isaac Voo, Malaysia's First Ever K-Pop Idol!" (dalam bahasa Inggeris). World of Buzz. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  6. ^ Tamara Jayne (9 Julai 2021). "Malaysia's 1st K-Pop Idol Shares His Biggest Culture Shock Of Journey In South Korea" (dalam bahasa Inggeris). SAYS. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  7. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (4 Februari 2018). "First Malaysian K-Pop idol Isaac Voo receives warm welcome home" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  8. ^ "《少年24》9成员诞生!大马isaac撐足1年正式出道" (dalam bahasa Cina). Sinchew Daily. 13 Ogos 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2018. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  9. ^ "《少年24》9成员诞生 大马Issac撑足1年韩国出道" (dalam bahasa Cina). Orientaldaily. 13 Ogos 2017. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (16 Mei 2022). "Isaac bawa pulang pengalaman di Korea Selatan". Berita Harian. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  11. ^ Georgie Joseph (12 Mei 2022). "Isaac Voo pernah diejek hodoh". Harian Metro. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  12. ^ Khadijah Ibrahim (18 Mei 2022). "Isaac Voo IN2IT kembali berkarya di Malaysia". Bebas News. Dicapai pada 12 Ogos 2022.
  13. ^ "IN2IT's Isaac Voo Shows His Reverse Charm through his Solo Debut Song "TIME BOMB"" (dalam bahasa Inggeris). KPopStarz. 9 Ogos 2022. Dicapai pada 12 Ogos 2022.

Pautan luar sunting