Isabella (lagu)
Isabella ialah sebuah lagu dendangan kumpulan Search yang diterbitkan menerusi album studio ketiga mereka, Fenomena pada tahun 1989. Lagu Isabella telah mencipta fenomenanya sendiri apabila ia telah menjadi terkenal sehingga ke tanah seberang.
Dengan melodi merdu ciptaan m.nasir, diiringi lirik indah nukilan Bob Lokman, tidak hairanlah mengapa lagu ini sangat diminati dan diingati oleh setiap golongan lapisan masyarakat.
Di arena muzik tanah air sendiri, lagu Isabella telah layak menyertai Anugerah Juara Lagu 1989 pada tahun itu. Mereka yang pertama kali menyertai pertandingan itu telah berjaya merangkul gelaran Juara menewaskan lagu dendangan kumpulan Illusi dan Ramlah Ram. Lebih membanggakan, mereka juga menang kategori persembahan terbaik dalam pertandingan itu.
Lagu ini menceritakan dua insan yang saling bercinta tetapi tidak direstui kerana adat (agama) yang berbeza. Cinta sedih ini adalah kisah benar sejarah kejatuhan Islam Andalusia, antara seorang ibu bernama Aisyah Al-Hurra dan anak angkatnya bernama Isabell, seorang Ahlul-Bait atau zuriat keturunan Rasulullah SAW yang akhirnya memeluk agama kristian (murtad) dan berkahwin dengan King Ferdinand Sepanyol pada tahun 1490M. Isabella inilah tokoh wanita pertama diabadikan dalam stem USA kerana waktu itulah Christopher Columbus belayar ke India tetapi kapalnya tersesat mendarat di benua baru dan menemui orang berkulit merah, bukan hitam seperti kaum India (kemudian disebut Red Indian). Pelayaran itu ditaja oleh King Sepanyol & Isterinya untuk mencari kepala umat Islam dengan tawaran tukaran emas.