Buka menu utama

Datuk Haji Ishak Lotfi Omar merupakan ahli politik PAS dan menang Pilihan raya umum Malaysia 1959 .Beliau bergelar Dato' Bentara Jasa oleh Sultan Kelantan.

Politik PAS KelantanSunting

Cawangan PAS di Pantai Timur mula ditubuhkan di Pasir Mas, Kelantan pada 1953 oleh Ustaz Amaluddin Darus.PAS menang 28 dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Pilihan raya 1959. Seterusnya membentuk kerajaan PAS di Kelantan dan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang pertama. Kerajaan PAS di Kelantan berjaya dikekalkan sehingga Darurat Kelantan 1977.

Kejayaan PAS cepat berkembang di Kelantan berpunca sejak 1920-an apabila Datuk Perdana Menteri Haji Mahmood bin Ismail, Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusoff bin Ahmad, Haji Muhammad bin Muhammad Said yang menyokong parti politik yang sealiran dengan mereka. PAS disambut oleh Mohd Asri Muda, Hasan dan Abdul Rahim iaitu pemuda-pemuda dari Angkatan Pemuda Insaf (API). PAS berkembang pesat selepas kepulangan Mohd Asri dari Gunung Semanggol.Beliau menubuhkan PAS di Tanah Merah (1955),Bachok (1956), Kuala Krai (1958) dan Tumpat (1959) dengan bantuan Ishak Lotfi Omar dan lain-lain.

Dalam pilihan raya 1955, PAS meletakkan 11 calon seluruh Tanah Melayu tetapi hanya menang 1 iaitu di Kerian. Tigal calon PAS di Kelantan kalah iaitu Mohd Asri (Bachok dan Pasir Puteh) Muhammad Nor Yusof (Machang dan Ulu Kelantan) dan Haji Mokhtar Ahmad (Pasir Mas).

Dalam pilihan raya Ogos 1959 , PAS memang 28 daripada 30 kerusi di Kelantan. Tokoh luar iaitu Profesor Zulkifli Muhammad, selaku Naib Yang Dipertua PAS Pusat menang bertanding di Parlimen Bachok.

Perletakan jawatanSunting

Beliau meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan pada 1978 selepas kalah teruk kepada Barisan Nasional.'Pemangku' beliau ialah Haji Muhammad Amin Yaakub.Selepas sorong tarik, akhirnya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan sebelum berlangsungnya Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1982.

DipecatSunting

Pada 23 Januari 1983, dua dari kumpulan 13 dalam PAS telah dipecat kerana memuji-muji dasar-dasar Islam Dr Mahathir Mohamad, yang bertentangan dengan disiplin PAS. Mereka yang dipecat ialah Dato’ Haji Ishak Lotfi Omar (Bendahari) dan Dato’ Haji Nik Abd Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak yang dikatakan untuk membela nasib Dato’ Mohd Asri Muda).[1]

RujukanSunting