Iskandar

Iskandar ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 2003 arahan V. Nagaraj yang ditayangkan pada 27 Februari 2003.[1] Filem yang dibintangi aktor berkaliber Awie, Jeslina Hashim, Hetty Sarlene dan Bob Lokman ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara jejaka kaya dan wanita biasa serta kehidupan keluarganya yang penuh dengan jenayah.

Iskandar
PengarahV. Nagaraj
PenulisShamsul Cairel Abdul Karim
Dibintangi
SinematografiAkmal Aki
Disunting olehElias Maidin
Muzik olehShamsul Cairel Abdul Karim
Syarikat
penerbitan
SV Production
Tarikh tayangan
  • 27 Februari 2003 (2003-02-27) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.44 juta
Pecah panggungRM0.44 juta

SinopsisSunting

Karl Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Hisham Al-Bakri. Dia pulang ke tanahair untuk mengambil alih perniagaan ayahnya. Namun, kepulangannya telah membongkar satu komplot pembunuhan seorang jutawan, Vincent Cheah, yang telah dilakukan oleh Ringgo seorang ketua gangster yang beroperasi di Kuala Lumpur. Di sebalik komplot pembunuhan tersebut, Karl Iskandar menemui satu kebenaran yang amat memedihkan. Ternyata, Tan Sri Hisyam Al-Bakri juga terlibat di dalam perniagaan haram dan menjadi dalang di sebalik komplot pembunuhan tersebut.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Iskandar diarahkan oleh V. Nagaraj, yang sebelum ini mengarahkan filem Ghazal untuk Rabiah (1997) dan Getaran (2001).[2]

Penyanyi rock Awie diberikan peranan utama; beliau juga berkhidmat sebagai penyelaras lawan. Penyanyi Hetty Sarlene memegang watak Alissa, bakal isteri Iskandar; Iskandar ialah filem sulung lakonannya.[2][3] Hetty, yang dipaksa menghadiri ujibakat oleh ibunya,[4] menyatakan bekerja dengan Awie pada awalnya gentar, namun menghadapinya dengan tenang.[5] Pelakon lain termasuk Jalaluddin Hassan, Farouk Hussain, Bob Lokman, Radhi Khalid, Bob Khairul, Jeslina Hashim dan Aleeza Kasim.[2]

Filem ini menampilkan lagu "Sangsi Asmara",[4] single yang dikeluarkan oleh Hetty pada Oktober 2001.[6]

Keluaran dan sambutanSunting

Iskandar ditayangkan pada 27 Februari 2003 dan menjadi filem Malaysia kedua yang ditayangkan pada 2003. Ia dipasarkan sebagai aksi-komedi.[2]

Meor Shariman, menulis untuk The Malay Mail, yakin bahawa Iskandar lebih baik dari Getaran dan "semua ramuan dalam filem Melayu paling berjaya yang dibuat 10 tahun" sebelumnya, tetapi menyatakan ia kekurangan fokus dan akhirnya menjadi "naskhah kekurangan genre".[2] Di dalam New Straits Times, Sharifah Arfah memberikan ulasan yang hambar, menulis bahawa filem ini "tiada apa-apa selain watak dua dimensi, plot yang suam-suam kuku dan gurauan membingungkan."[3]

RujukanSunting

Nota kaki
Bibliografi
  • "Iskandar untuk tayangan 2003". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 9 May 2012.
  • Ahmad, Azman (16 December 2002). "Double duty". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 9 May 2012.
  • Arfah, Sharifah (4 March 2003). "A Plot Patched Together". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-09. Dicapai pada 9 May 2012.
  • Shariman, Meor (25 October 2001). "Hetty Sarlene: Star like no other". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 6 May 2012.
  • Shariman, Meor (22 July 2002). "Moving into Movies". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 6 May 2012.
  • Shariman, Meor (24 February 2003). "Out of Focus". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-25. Dicapai pada 6 May 2012.

Pautan luarSunting