Islam ialah agama utama di Palestin, menjadi agama bagi majoriti penduduk Palestin. Muslim meliputi 85% daripada penduduk Tebing Barat termasuklah penempatan Israel,[1] dan 99% daripada penduduk Genting Gaza.[2] Mazhab terbesar dalam kalangan Muslim Palestin ialah Ahli Sunah Waljamaah iaitu sebanyak 85% dan selebihnya 15% adalah Muslim yang tidak bermazhab.

Demografi sunting

Islam sunting

Hari ini, Islam ialah agama utama di Tebing Barat dan Gaza. Kebanyakan penduduk di Negara Palestin ialah Muslim.(85% di Tebing Barat dan 99% di Genting Gaza).[3][4]

Ahli Sunah Waljamaah sunting

Masyarakat Sunni merangkumi 85% daripada Muslim Palestin.[5] yang berpegang pada mazhab Syafii, iaitu satu daripada empat mazhab perundangan Islam (fiqah) menurut Ahli Sunah Waljamaah. Golongan Salafi berakar di Gaza pada 1970-an, apabila pelajar-pelajar Palestin pulang daripada belajar luar negara dari pusat pengajian agama di Arab Saudi. Sekumpulan golongan Salafi di Gaza bersambung untuk menerima sokongan dan dana daripada Riyadh.[6][7]

Syiah sunting

Dari tahun 1923 hingga 1948, terdapat tujuh buah kampung di Palestin Bermandat yang mana penduduknya mengikut aliran Syiah (juga dikenali sebagai Metawali): Tarbikha, Saliha, Malkiyeh, Nabi Yusha, Qadas, Hunin, dan Abil al-Qamh.[8] Kampung-kampung ini dipindahkan dari Perancis ke lingkungan British sebagai hasil perjanjian pada 1923. Kesemua mereka telah dipisahkan semasa Perang Arab-Israel 1948 dan bekas lokasi mereka kini terletak di utara Israel. Banci tahun 1931 merekodkan seramai 4,100 orang Metawali berada di Palestin.[9]

Ahmadiyah sunting

Ahmadiyyah ialah kelompok kecil Islam di Palestin. Komuniti ini, yang tidak diiktiraf lagi sebagai pengamal Islam yang tulen, menghadapi penindasan dan mengalami sekatan berkahwin dengan orang Islam mengikut undang-undang syariah tempatan. Walaupun jumlah mereka tidak diketahui bilangannya secara tepat, laporan mencadangkan bahawa terdapat berdozen pengikut Ahmadiyah di Tebing Barat.[10]

Tidak bermazhab sunting

Mengikut Pusat Kajian Pew, Muslim yang tidak bermazhab mempunyai 15% daripada penduduk Muslim Palestin.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ West Bank. CIA Factbook
  2. ^ Gaza Strip. CIA Factbook
  3. ^ "The World Factbook." CIA. 19 December 2015. West Bank
  4. ^ "The World Factbook." CIA. 19 December 2015.
  5. ^ a b "Religious Identity Among Muslims". Pew Research Center's Religion & Public Life Project (dalam bahasa Inggeris). 2012-08-09. Dicapai pada 2020-07-06.
  6. ^ Clarke, Colin P. (2019-08-14). "How Salafism's Rise Threatens Gaza". Foreign Affairs : America and the World (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0015-7120. Dicapai pada 2020-07-06.
  7. ^ Read The 'Wahhabi Myth' Online by Haneef James Oliver | Books (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ Kaufman (2006). The 1922 census also listed the Muslim minority in al-Bassa as Shia, but Kaufman determined they were actually Sunni.
  9. ^ Census of Palestine 1931; Palestine Part I, Report. Volume 1. Alexandria. 1933. m/s. 82. |volume= has extra text (bantuan)
  10. ^ Maayana Miskin (May 31, 2010). "PA's Moderate Muslims Face Threats". Israel National News. Dicapai pada March 11, 2015.