Islam semasa Dinasti Ming

Apabila Dinasti Yuan berakhir, ramai orang-orang Mongol dan juga Muslim yang datang bersama mereka kekal di China. Kebanyakan dari keturunan mereka mengambil nama Cina dan menjadi sebahagian dari dunia pelbagai budaya China.[1] Semasa pemerintahan Ming berikut (1368-1644), orang-orang Muslim benar-benar mengambil budaya Cina. Ramai daripada mereka menjadi fasih berbahasa Cina dan menggunakan nama Cina dan ibu kota, Nanjing, menjadi pusat pembelajaran Islam. Hasilnya, orang-orang Muslim menjadi "luaran tidak dapat dibezakan" berbanding orang-orang Cina.[2]

Ketika pemerintahan Dinasti Ming jumlah penduduk Muslim merosot dengan pantas di bandar pelabuhan lalu. Ini disebabkan penutupan kesemua perdagangan ke dunia luar melalui jalan laut kecuali perdagangan yang dikawal dengan ketat oleh kerajaan.

Perpaduan sunting

Hasil peningkatan dasar pengasingan oleh Dinasti Ming, imigrasi dari negara-negara Muslim merosot dengan teruknya, dan orang-orang Muslim di China menjadi semakin terasing dari dunia Islam yang lain dan perlahan-lahan diserap, mengambil bahasa dan pakaian Cina. Orang-orang Muslim diserap sepenuhnya kedalam masyarakat China. Salah satu contoh menarik sintesis ini adalah proses bagaimana orang-orang Muslim menukar nama mereka.

Dalam tempoh ini, orang-orang Muslim mula menggunakan nama keluarga Cina. Ramai orang-orang Muslim berkahwin dengan wanita Cina Han dan menggunakan nama isteri. Orang-orang Muslim yang lain, yang tidak menjumpai nama keluarga Cina yang serupa dengan nama mereka, mengambil huruf Cina yang menyerupai nama mereka - Ha untuk Hasan, Hu untuk Hussain dan Sa'I untuk Said dan sebagainya. Nama keluarga Cina yang biasa di kalangan keluarga orang-orang Muslim adalah Mo, Mai, dan Mu - nama yang diguna pakai oleh orang-orang Muslim yang memiliki nama keluarga Muhammad, Mustafa dan Masoud.

Budaya pakaian dan makanan orang-orang Muslim turut mengalami sintesis dengan budaya Cina. Mod pakaian Muslim dan peraturan permakanan masih dikekalkan dalam bidang kerangka budaya Cina. Masakan Islam Cina banyak dipengaruhi oleh hidangan Beijing, dengan hampir keseluruhan cara memasak adalah serupa, dan berbeza hanya dari segi bahan yang digunakan disebabkan syarat ugama. Hasilnya, hidangan Islam utara sering kali dimasukkan sebagai sebahagian hidangan Beijing.

Semasa Dinasti Ming, tradisi penulisan Islam Cina mula berkembang, termasuk amalan menulis bahasa Cina menggunakan skrip Arab (xiaojing) dan bentuk Cina tersendiri bagi tulisan khat hiasan.[3] Skrip ini digunakan secara meluas di masjid di timur China, dan pada sesetengah peringkat di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang penulis seni khat Cina tersohor adalah haji Noor Deen Mi Guangjiang.

Seni bina masjid mula mengikut seni bina Cina. Contoh terbaik adalah Masjid Agung Xi'an, yang bangunan samasa bertarikh sejak Dinasti Ming. Masjid China barat lebih berkemungkinan memiliki kubah dan menara sementara masjid China timur lebih kelihatan seperti pagoda.[4]

Dengan peredaran masa, Muslim keturunan pendatang dari negara-negara Muslim mula bertutur loghat tempatan dan membaca bahasa Cina.

Maharaja Ming dan Islam sunting

Maharaja Hongwu mengarahkan pembinaan beberapa masjid di selatan China, dan mengarang sajak Madah Seratus Perkataan yang mengandungi 100 huruf dalam memuji Islam, Allah dan rasul Muhammad. Dia mempunyai 10 jeneral Muslim dalam tenteranya.[5] Isterinya Maharani Ma keturunan muslim, dan Zhu Yuanzhang pada asalnya merupakan ahli kumpulan pemberontak muslim yang diketuai oleh Guo Zhixin. Maharaja membina masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian.[6] Zhu membina semula masjid Jin Jue di Nanjing dan sejumlah besar muslim Hui berpindah ke Nanjing semasa pemerintahannya.[7] Dia memerintah ukiran yang memuji Nabi Muhammad diletakkan di masjid.

Maharaja Yongle memerintah penubuhan dan pembaikian masjid semasa pemerintahannya. Dua masjid dibina olehnya, satu di Nanjing dan yang lain di Xi'an dan ia masih berdiri sehingga hari ini. Pembaikian digalakkan dan masjid tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain.[8][9]

Sarjana Muslim sunting

Era Ming melihat Nanjing menjadi pusat pendidikan Islam penting. Dari sini Wang Daiyu menulis Zhengjiao zhenquan (Ulasan berkenaan Kepercayaan Ortodok "Orthodox Faith"), sementara penggantinya, Liu Zhi, menterjemah Tianfang xingli (Falsafah Islam) Tianfang dianli (Amalan Islam) dan Tianfang zhisheng shilu (Nabi Terakhir Islam). Sarjana lain, Hu Dengzhou memulakan sekolah Islam yang pesat di Nanjing, yang mengajar hadith, Al Quran, dan perundangan Islam. Sekolah ini berkembang menjadi sistem empat belas bidang, dengan kelas dalam bahasa Arab dan Parsi. Wilayah lain memiliki sistem berlainan dan pengkhususan berlainan; Wilayah Lintao dan Hezhou memiliki sistem pendidikan tiga tahap di mana yang termuda belajar bahasa Arab yang diperlukan bagi namaz dan wudu, dan tamat kepada pengajian lebih maju. Daerah Shandong menjadi pusat pengkhususan dalam teks Parsi. Apabila masyarakat Muslim Hui menjadi semakin bercampur, sarjana Cina bekerja kuat untuk menterjemah teks ke dalam bahasa Cina untuk memberikan lebih banyak teks kepada orang-orang Muslim bagi menyakinkan golongan pemerintah elit Han bahawa Islam tidak kkurang berbanding Konfucianism.[10]

Karya geografi Islam telah sampai ke China semasa Dinasti Yuan digunakan semasa Dinasti Ming Dynasty untuk melukis Daerah barat dalam Da Ming Hun Yi Tu, peta dunia tertua masih terselamat di Asia Timur. Sementara lebih jauh ke barat, penulisan Arab mengisahkan kisah menakjubkan mengenai China, yang dimasukkan dedalam Hikayat Seribu Satu Malam (Malam-malam Arab), yang paling terkenal merupakan kisah Aladdin. Cerita lain dalam Kisah Seribu Satu Malam yang bertempat di China termasuk "Hikayat Qamar al-Zaman dan Budur", "Kisah Putera Sayf al-Muluk", dan kisah "The Hunchback's Tale".[11]

Muslim terkemuka sunting

Semasa Dinasti Yuan, orang-orang Muslim daripada timur tengah diberikan status tinggi berbanding Cina Han tempatan dalam lingkaran politik Mongol. Mungkin, hasilnya, terdapat ramai orang-orang Muslim yang menjadi ahli dipercayai dalam kelompok tertinggi kerajaan Ming.

Falsafah sunting

Li Nu merupakan pedagang dan sarhana, dan anak kepada Li Lu Pada 1376 Li Nu melaway Ormuz di Parsi, memeluk Islam, berkahwin dengan orang Parsi atau Arab dan membawanya kembali ke Quanzhou di Fujian. Salah seorang keturunannya adalah falsafah Baru KonfucianLi Zhi.[12][13][14]

Jeneral tentera sunting

Beberapa komander Zhu Yuanzhang, pengasas Dinasti Ming, merupakan orang Hui Muslim.

Jeneral Lan Yu, pada tahun 1388, memimpin sekumpulan tentera yang kuat keluar daripada Tembok Besar dan memenangi kemenangan mutlak terhadap puak Mongol di Mongolia, secara berkesan mengakhiri mimpi puak Mongol untuk kembali menakluk China. Lan Yu kemudiannya dibunuh oleh Maharaja, bersama beberapa yang lain, dalam pembersihan mereka yang dilihat sebagai berpotensi mengancam waris penggantinya.[15]

Mu Ying merupakan beberapa orang jeneral yang berkebolehan yang terselamat penyembelihan oleh Maharaja Zhu Yuanzhang. Dia dan keturunannya mengawal Yunnan, wilayah berhampiran Vietnam, sehingga berakhirnya Dinasti Ming.

Jeneral Dinasti Ming yang lain termasuk Feng Sheng, Ding Dexing dan Hu Dahai.

Zheng He sunting

Dinasti Ming turut memberi kebangkitan kepada Cina Muslim termashyur, Zheng He, penjelajah, pelaut, duta, dan laksamana armada. Dia dilahirkan pada 1371, di wilayah Yunnan. Dia berkhidmat sebagai penasihat kanan ("close confidant") kepada Maharaja Yongle China (memerintah 14031424), maharaja ke tiga bagi Dinasti Ming. Antara 1405 dan 1433, kerajaan Ming membiayai siri lapan ekspedisi laut, dipimpin oleh Zheng He ke Lautan India, dan sejauh sehingga Afrika timur. Sejarahwan amatur Gavin Menzies mendakwa bahawa Zheng He mengembara ke Afrika Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Greenland, Antartika dan Australia dan kebanyakan dunia lain, sungguhpun idea ini tidak dianggap serius oleh sejarahwan profesional.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Richard Bulliet, Pamela Crossley, Daniel Headrick, Steven Hirsch, Lyman Johnson, and David Northrup. The Earth and Its Peoples. 3. Boston: Houghton Mifflin Company, 2005. ISBN 0-618-42770-8
  2. ^ Israeli(2002), pg. 292
  3. ^ [1] Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine Islamic Calligraphy in China
  4. ^ Cowen, Jill S. (July/August 1985). "Muslims in China: The Mosque". Saudi Aramco World. m/s. 30–35. Dicapai pada 2006-04-08. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ China China archaeology and art digest, Volume 3, Issue 4. Art Text (HK) Ltd. 2000. m/s. 29. Dicapai pada 2010-6-28. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  6. ^ Tan Ta Sen, Dasheng Chen (2000). Cheng Ho and Islam in Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 170. ISBN 9812308377. Dicapai pada 2010-6-28. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  7. ^ Shoujiang Mi, Jia You (2004). Islam in China. 五洲传播出版社. m/s. 135. ISBN 7508505336. Dicapai pada 2010-6-28. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  8. ^ China archaeology and art digest, Volume 3, Issue 4. Art Text (HK) Ltd. 2000. m/s. 29. Dicapai pada 2010-6-28. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  9. ^ Dru C. Gladney (1996). Muslim Chinese: ethnic nationalism in the People's Republic. Harvard Univ Asia Center. m/s. 269. ISBN 0674594975. Dicapai pada 2010-6-28. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  10. ^ "Looking East: The challenges and opportunities of Chinese Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2010-08-09.
  11. ^ Ulrich Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf (2004). The Arabian Nights Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 521–2. ISBN 1576072045.
  12. ^ Association for Asian studies (Ann Arbor;Michigan) (1976). A-L, Volumes 1-2. Columbia University Press. m/s. 817. ISBN 0231038011, 9780231038010 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Dicapai pada 2010-6-29. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  13. ^ Chen, Da-Sheng. "CHINESE-IRANIAN RELATIONS vii. Persian Settlements in Southeastern China during the T'ang, Sung, and Yuan Dynasties". Encyclopedia Iranica. Dicapai pada 2010-6-28. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  14. ^ Joseph Needham (1971). Science and civilisation in China, Volume 4. Cambridge University Press. m/s. 495. ISBN 0521070600, 9780521070607 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Dicapai pada 2010-6-29. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  15. ^ Dun J. Li The Ageless Chinese (Charles Scribner's Sons: 1971), p. 276