Buka menu utama

Dato' Haji Ismail @ Mansor bin Said merupakan ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 31 Ogos 1949 di Batu Rakit, Terengganu. Mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi pada tahun 1966 sehingga 1969 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi.

Dato' Haji Ismail @ Mansor bin Said
Setiausaha Parlimen
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehDato' Awang Jabar
Digantikan olehShahrizat Abdul Jalil
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Kemaman, Terengganu
Didahului olehAbdul Manan bin Othman
Digantikan olehRamli Taib
Butiran peribadi
Lahir (1949-08-31) 31 Ogos 1949 (umur 70)
Terengganu Batu Rakit, Terengganu
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO
PasanganTo' Puan Wan Kamarias Sarip
KediamanSelangor Ampang, Selangor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Kemaman, negeri Terengganu. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional mewakili parti UMNO. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn dan Timbalan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjadi ahli parlimen Kemaman sehingga tahun 1995. Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi MARA dari tahun 1987 sehingga 1990 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 1990 sehingga 1995. Beliau pernah juga dilantik oleh Parlimen menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan berkhidmat dari tahun 1985 sehingga 1990.

Lihat jugaSunting