Ismail Yaacob (1949 - 21 Mei 2009) merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Kelantan, Malaysia. Beliau lebih mesra dengan panggilan Paksu Weng.

Ismail Yaacob
Kelahiran1949 (1949)
Meninggal dunia21 Mei 2009(2009-05-21) (umur 59–60)
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai, Kelantan, Malaysia
PasanganSiti Zaharah Ibrahim
Anak-anak10

Keluarga sunting

Isterinya Siti Zaharah Ibrahim dan mempunyai 10 orang anak.

Politik sunting

Ismail memenangi Dun Manek Urai selama lima penggal. Paksu Will menang kerusi Dun Manek Urai pada Pilihan Raya 1986. Beliau berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dengan majoriti 594 undi. Paksu Will memperolehi 3650 undi berbanding Wan Zaid yang mendpat 3056 undi.

Tahun 1990 adalah tahun 'sapu bersih' bagi PAS dan Parti Semangat 46 di Kelantan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Beliau menang lagi pada pilihan raya 1995 dan 1999. Tahun 2004 beliau tidak bertanding.Tahun 2004 kerajaan PAS nyaris-nyaris tumbang di Kelantan. Kelantan kekal dengan kelebihan hanya tiga kerusi, termasuk satu kerusi dimenangi calonnya dengan kelebihan hanya dua undi. Pengganti Paksu Weng di Manek Urai tahun 2004 tewas majoriti sangat tipis, iaitu hanya 53 undi.

Atas kekuatan peribadi dan pengaruhnya di Manek Urai ,tahun 2008 PAS mencalonkan semula Ismail Yaakob dan menang.

Rujukan sunting