Ismail Abdul Rahman

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Ismail bin Abdul Rahman)

Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman[1] (Jawi: إسماعيل بن عبدالرحمن; 4 November 1915 – 2 Ogos 1973) merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga mempunyai abang yang bernama Dato' Suleiman Abdul Rahman.


Ismail Abdul Rahman

SSM, PMN; SPMJ (Johor)
إسماعيل عبدالرحمن
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-2
Dalam jawatan
22 September 1970 – 2 Ogos 1973
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriTun Abdul Razak
Didahului olehTun Abdul Razak
Digantikan olehTun Hussein Onn
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Dalam jawatan
20 Mei 1969 – 2 Ogos 1973
Yang di-Pertuan AgongTuanku Ismail Nasiruddin Shah
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Didahului olehTun Abdul Razak
Digantikan olehTun Ghazali Shafie
Dalam jawatan
1965–1967
Yang di-Pertuan AgongTuanku Ismail Nasiruddin Shah
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehTunku Abdul Rahman
Digantikan olehTun Abdul Razak
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Dalam jawatan
3 Februari 1959 – 31 Ogos 1960
Yang di-Pertuan AgongTuanku Abdul Rahman
Sultan Hisamuddin Alam Shah
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehTunku Abdul Rahman
Digantikan olehTunku Abdul Rahman
Timbalan Presiden UMNO ke-2
Dalam jawatan
22 September 1970 – 2 Ogos 1973
PresidenTun Abdul Razak
Didahului olehTun Abdul Razak
Digantikan olehTun Hussein Onn
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Johor Timur
Dalam jawatan
11 September 1959 – 2 Ogos 1973
Digantikan olehAbdul Rahman Sabri
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu untuk Johor Timur
Dalam jawatan
1955–1959
Didahului olehMajlis ditubuhkan
Butiran peribadi
Lahir(1915-11-04)4 November 1915
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia2 Ogos 1973(1973-08-02) (umur 57)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Parti politik
Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Norashikin Dato' Mohd Seth (k. 1950)
Anak-anakMohamed Tawfik Ismail
Zailah Ismail
Badariah Ismail
Tarmizi Ismail
Zamakhshari Ismail
Mohamed Ariff Ismail
IbuDatin Zaharah Abu Bakar
BapaDato' Haji Abdul Rahman Mohamed Yassin
SaudaraDato' Suleiman (abang)
Toh Puan Khadijah (kakak)
Abdullah (adik)
Puan Sri Aishah (adik)
Dato' Mohamed Yasin (adik)
Rafiah (adik)
Toh Puan Dr. Zubaidah (adik)
Fatimah (adik)
HubunganDato' Mohd Seth Mohd Said (bapa mentua)
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (abang ipar)
Tun Dr. Awang Hassan (abang ipar)
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman (anak saudara)
Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (anak saudara)
Tariq Ismail Mustafa (cucu)
Alma materQueen's College, The University of Melbourne (MBBS)
ProfesionAhli Politik, Doktor

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin pernah bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri.[2] Bapa beliau juga merupakan Speaker Dewan Negara yang pertama. Bapanya juga berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.[3][4]

Pendidikan sunting

Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru. Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau mendapat penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru.

Jawatan semasa hayat sunting

Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 1951.

Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957. Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.

Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960 sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi oleh Tun Abdul Razak.

Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.

Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul Razak pada 1970.

Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau:

It was during the agonising days that his outstanding qualities came to the fore. Perhaps it can be said that more than anybody else the Tun contributed substantially to the restoration of public confidence in the Government's determination to restore law and order after the May 13th incidents.

Meninggal dunia sunting

Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr. Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung dan jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.

 
Makam Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Ungkapan terkenal sunting

Jangan sapu ke bawah permaidani.

Ini adalah ungkapan popular beliau. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Penghormatan sunting

  • Pidato Tun Dr. Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan Malaysia untuk memperingati beliau. Pidato ulung itu telah diberikan oleh Yang Amat Arif Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan Ogos 1974.
  • Sebuah tempat di kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan Taman Tun Dr. Ismail sebagai memperingati jasanya.
  • Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai sempena memperingati jasa beliau kepada negara.
  • Kolej Tun Dr. Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau. Salah sebuah kolej yang ternama dan unggul dalam bidang sukan, kebudayaan dan akademik. Beberapa tokoh terkenal negara sempat meluangkan masa bersama warga kolej KTDI UPM.
  • Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat juga diberikan dengan menggunakan nama beliau
  • Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM, Cheras (PPUKM) mengambil nama beliau sempena memperingati jasa beliau sebagai seorang doktor dan negarawan yang banyak berjasa kepada tanah air ini..

Anugerah sunting

Di dalam karya sunting

Tun Dr. Ismail dilakonkan oleh Zizan Nin dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Penyata Rasmi Dewan Rakyat 11 Julai 1973" (PDF). Parlimen Malaysia. 11 Julai 1973. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Julai 2021. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  2. ^ Thajunnisa (2004), p. 4
  3. ^ Ooi, Kee Beng (18 January 2007). The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time Diarkibkan 18 Mac 2009 di Wayback Machine, pp. E2–E3, E8. The Sun.
  4. ^ Sunday Interview: Secrets and all – A son shares a legacy Diarkibkan 13 Oktober 2007 di Wayback Machine. (7 January 2007). Malaysia Today.
  5. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-12-24.
  6. ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2019. Dicapai pada 17 September 2021.
  7. ^ "Kurniaan tinggi kepada Sultan Pahang, Dr. Ismail". eresources.nlb.gov.sg. Singapura: Berita Harian. 29 Oktober 1965. OCLC 220731980. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  8. ^ Thajunnisa (2004), p. 63

Bibliografi sunting

  • Thajunnisa Mohamed Ibrahim, Tun Dr. Ismail: Kejora timur yang mengerdip, Utusan Publications, 2004, ISBN 9676116467
Didahului oleh
Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
1970–1973
Diikuti oleh:
Tun Hussein Onn