Tan Sri Dato' Sri Ismee Ismail adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji. Semasa di bawah pengurusan beliau, lembaga Tabung haji itu adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang mencatatkan keuntungan melebihi RM1 bilion sejak lima tahun berturut-turut.

Tan Sri Dato' Sri

Ismee Ismail

P.S.M., P.J.N., S.S.A.P., S.S.I.S., D.H.M.S., D.S.N.S.
Pengerusi Lembaga Pengarah
TV Alhijrah
Dalam jawatan
2016–2018
Didahului olehMohd Yusof Noor
Digantikan olehHussamuddin Yaacub
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Tabung Haji
Dalam jawatan
2006 – 1 Julai 2016
Didahului olehMohd Bakke Salleh
Digantikan olehJohan Abdullah
Butiran peribadi
LahirIsmee bin Ismail
1964 (umur 59–60)
Batu Pahat Batu Pahat, Johor

Selain itu badan itu turut menguruskan hampir sejuta akaun jemaah haji, akaun pendeposit yang mencecah 7.8 juta orang serta mengurus dana tabung haji berjumlah RM34 bilion.

Latar belakang sunting

Ismee Ismail dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada tahun 1964. Beliau lulusan akauntan (1987) dan menjadi ahli Chartered Institute of Management Accountants (FCMA) dan Chartered Accountants of Malaysia, CA(M).

Beliau pernah bekerja di sektor swasta seperti Pengurus Besar syarikat kewangan seperti Arab Malaysian Development Berhad (19701989);Shell Malaysia Trading Sdn Bhd ()1989-1996 ; ECM Libra Securities Sdn Bhd (2003-2005) dan syarikat pengeluar minyak antarabangsa.Selain itu menjadi Timbalan Presiden (operasi) AIH Group (M) Sdn Bhd (sejak 2001) ; Medical Online (M) Sdn Bhd; Syarikat Takaful Malaysia Bhd ; Bimb Holdings Bhd and Bank Islam Malaysia Berhad; Felda Global Ventures Holdings Berhad ; TH Plantations Berhad ; KFC Holdings Malaysia Bhd; Johor Corporation (2010); Techsteel Corporation Berhad ; TH Technologies Sdn Bhd; Pelikan International Corporation Berhad ; Theta Edge Berhad dll .[1]

Selain itu pernah menjadi Ketua Akauntan di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) dan Pengurus Besar Kanan Kewangan di TH bermula Disember 2001 hingga November 2003. Selain itu menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat broker saham. Beliau menyertai semula TH sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serentak dengan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 1 Januari 2006.[2]

Kontroversi gaji tinggi sunting

Pada 8 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan gaji dan elaun yang diterima oleh Ismee Ismail. Bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan. Gaji dibayar berdasarkan kepada profesionalismenya, kepakarannya, dan kadar pasaran yang ada.

Mahfuz Omar mendakwa mendakwa Ismee Ismail dibayar RM85,000 sebulan - meningkat daripada RM70,000 sebulan tahun 2011 - dan menerima bonus sejumlah RM700,000 tahun 2011, selain ganjaran sebanyak RM490,000 apabila berakhirnya kontrak. Tabung Haji mencatatkan keuntungan melebihi RM1 bilion sejak lima tahun berturut-turut. TH menguruskan hampir sejuta akaun jemaah haji, akaun pendeposit yang mencecah 7.8 juta orang serta mengurus dana tabung haji berjumlah RM34 bilion. Sebagai perbandingan, bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican dibayar 3 kali gaji setelah bekerja dengan syarikat Singapura.[3] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom menyatakan bahawa gaji CEO Tabung Haji ditetapkan oleh Majlis Gaji Kebangsaan ("National Wage Council") berdasarkan perjanjian perkhidmatan. Ia berdasarkan kadar berjadual dan peraturan Tabung Haji.” [4]

Mahfuz Omar di Dewan Rakyat/Parlimen turut membangkitkan tentang kerugian syarikat pembuat kek dan roti jenama High 5, Silver Bird di Nilai di mana Tabung Haji ada saham 22.19 % di dalamnya selain Koperasi Permodalan Felda Bhd (12.7 %) . Silverbird kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat bermasalah yang mesti mengemukakan pelan pemulihannya kepada Bursa Malaysia. Berikutan dengan itu, Silver Bird telah menggantung tiga esekutif utama. Pegawai Ketua Esekutif Tabung haji, Datuk Ismee Ismail menyatakan bahawa adalah adil bagi pengarah Silver Bird dibenarkan melakukan tugas mereka (tanpa campur tangan TH).[5],[6]

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar turut memohon penjelasan tentang arahan pindahan wang RM308,700.00 dari akaun Tabung Haji (TH) kepada akaun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Datuk Ismee Ismail.[7] Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim menjawap dalam parlimen bahawa pemindahan tersebut adalah "mengikut prosedur".

Anugerah dan penghargaan sunting

  •   Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2014)
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2007)
  •   Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (2007)
  •   Kedah
    • Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.) - Dato' Paduka (2011)
  •   Selangor
    • Darjah Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) - Dato' Setia (2014)
  •   Pahang Darul Makmur
    • Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2015)

Rujukan sunting

  1. ^ Ismee Bin Ismail
  2. ^ "Ismee Ismail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-19. Dicapai pada 2012-10-08.
  3. ^ Gaji CEO Tabung Haji tak dibayar sembarangan, kata menteri
  4. ^ Jamil Khir on mega-kenduri: Well, if you can afford it…[pautan mati kekal]
  5. ^ Thursday March 8, 2012 Silver Bird board will try to steer company out of troubled water, By FINTAN NG
  6. ^ Silver Bird suspends 3 key executives.
  7. ^ PPIM kesal Tabung Haji labur dalam syarikat bermasalah[pautan mati kekal]