Buka menu utama

Fazlisham bin Mat Hussin (lahir pada 26 Jun 1987) atau lebih dikenali sebagai Issey Titan ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Hot FM (2016–2018) dan Suria FM. Beliau merupakan anggota kumpulan lawak Titan dalam Bintang Mencari Bintang.

Issey Titan
KelahiranFazlisham bin Mat Hussin
(1987-06-26) 26 Jun 1987 (umur 32)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Nama lainIssey Fazlisham, Issey Hussin
Pekerjaan
Tahun aktif2013–sekarang
PasanganSyuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid (k. 2015; c. 2016)

KerjayaSunting

Beliau pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma, di mana beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.

Kehidupan peribadiSunting

Issey Titan berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, tetapi bercerai pada 21 Ogos 2016. Issey mengakui rumah tangga mereka ketika itu sedang bergoncang dan sedang berusaha menyelamatkan ikatan mereka. [1].

FilemografiSunting

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2012 Sebuah Piala Seekor Kambing Hisham Salok Madu Astro Prima
2016 Cintaku Terkail TV9 Slot Skrin di 9
Cik Sayur Encik Seafood Amsyar TV9 Slot Skrin di 9
Takraw Kampung TV9 Slot Skrin di 9
Mat Chia Chia TV9
2017 Joyah TV9 Slot Kelakarama
2018 Kebaya Mek Hwa Piang TV3 Slot Cerekarama
Baju Raya Eksklusif Asyraf Cempiang TV3
Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati Rosit Astro Citra

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2013 Mat Three Four TV3
2015 Kau Aku Kita Mus TV3 Slot Lestary
Pengembaraan Jason Murad TV9
2017 Mocha Kau Bahagia Jefry TV3
2018 Kalis Kasih TV3 Slot Samarinda

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2013 Bintang Mencari Bintang Peserta TV3 Peserta berkumpulan Titan bersama Ammar Titan
2015
2018 Bintang Bersama Bintang

RadioSunting

Tahun Stesen Peranan Nota
2016–2018 Hot FM Penyampai Rancangan Jam Hot
2018–sekarang Suria FM Rancangan Team Pagi Suria dan Carta Suria Top 40

DiskografiSunting

  • Alololo (2019) Single

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ ISSEY TITAN SAHKAN SUDAH BERCERAI OGOS LALU MyArtis (19 November 2016). Diperoleh pada 20 Novemebr 2016.

Pautan luarSunting