Istana ʻIolani (Hawaii: Hale Aliʻi ʻIolani, bahasa Inggeris: ʻIolani Palace) adalah sebuah bangunan jenis istana yang didirikan dalam kota Honolulu, pulau negeri Hawaiʻi di Lautan Pasifik. Ia merupakan tempat persemayaman raja-ratu yang pernah memerintah Kerajaan Hawaii dari Raja Kamehameha III dari Wangsa Kamehameha tahun 1845 sampailah ke Ratu Liliʻuokalani (1893) dari Wangsa Kalākaua.

Istana ʻIolani
Hale Aliʻi ʻIolani / ʻIolani Palace
Istana ʻIolani pada tahun 2014
LokasiHonolulu, Hawaii
Koordinat21°18′24″N 157°51′32″W / 21.30667°N 157.85889°W / 21.30667; -157.85889Koordinat: 21°18′24″N 157°51′32″W / 21.30667°N 157.85889°W / 21.30667; -157.85889
Luas10.6 ekar (4.3 he)
Dibina pada1879
ArkitekThomas J. Baker, Charles J. Wall, Isaac Moore
Gaya seni binaAmerican Florentine
Sebahagian daripadaHawaii Capital Historic District (ID78001020)
No. rujukan NRHP66000293
Tarikh penting
Ditambahkan ke NRHP15 Oktober 1966
Penetapan NHL29 Disember 1962

Setelah Kerajaan Hawaii digulingkan pada tahun 1893, bangunan itu digunakan sebagai bangunan pemerintahan Republik, Wilayah (dalam Amerika Syarikat) dan kemudiannya pemerintah negeri Hawaiʻi hingga 1969. Istana ini dipulihkan dan dibuka untuk umum sebagai muzium pada tahun 1978 sebagai suatu Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan empat tahun sebelumnya.[1]

Sejarah sunting

Tapak asal sunting

Tapak Istana ʻIolani terletak berdekatan suatu tempat pemakaman kuno bernama Pohukaina[2] sempena seorang pembesar yang diceritakan memilih sebuah gua di Kanehoalani di Pegunungan Koʻolau sebagai tempat persemadian terakhir.[3] Makam-makam banyak pembesar ini semakin bertambah padat lalu menjadikan ruang baharu tidak mencukupi, maka suatu pemindahan sebanyak 20 mayat kerabat diraja dipindahkan ke Makam Diraja Hawaii di Lembah Nuʻuanu pada 1865.

Pada bulan Julai 1844, Kekūanāoʻa mula membina sebuah rumah besar daripada batu bata dan kayu di lokasi istana sekarang bernama Hale Aliʻi (Balai/Rumah Pembesar) sebagai kurniaan kepada puterinya Victoria Kamāmalu. Tanah ini dibeli Kamehameha III di mana kediaman itu menjadi persemayaman baginda setelah ibu kota kerajaan dipindahkan ke Honolulu dari Lāhainā.[4]

Pada zaman Kamehameha V, Hale Aliʻi diberi nama baharu sempena salah satu nama kakanda baginda raja (nama penuh diberi: Alexander Liholiho Keawenui ʻIolani) yang sendirinya dinamakan dari ʻio, sejenis burung helang yang ada di kepulauan Hawaii yang merupakan lambang kekuasaan kerabat ini.[5]:61

Pembinaan besar sunting

Seni bina istana ini menonjol menerapkan unsur-unsur Eropah (terutamanya seni bina Itali zaman pertengahan) digabungkan dengan unsur-unsur peribumi Hawaii menggunakan kayu-kayan dan bahan tempatan lain. Perkara tersebut ilham baginda raja Kalākaua semasa berangkat menjelajah keliling dunia tahun 1881 di mana baginda sering mengamati istana-istana agung milik para penguasa sedarjat, hal ini dilihat sebagai antara langkah pembaratan dilakukan ke dalam adat masyarakat baginda untuk memperindahkan kerajaan baginda di mata dunia.[6]

Pembinaan istana ini dilakukan di bawah pengawasan tiga orang arkitek iaitu Thomas J. Baker yang mereka bentuk utama[7][8][9] manakala Charles J. Wall[10] dan Isaac Moore[7] menyumbang kepada perincian sampingan lain istana.[8] Batu asas diletakkan pada 31 Disember 1879 semasa pentadbiran Menteri Dalam Negeri Samuel Gardner Wilder.[11]:204 Pembinaan istana ini dijalankan selama tiga tahun[9] sebelum siap pada November 1882 dan menelan belanja lebih $340,000 pada kadar semasa itu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Iolani Palace". National Historic Landmark summary listing. National Park Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Jun 2008.
  2. ^ Sistem Maklumat Nama Geografi Tinjauan Geologi Amerika Syarikat: Pohukaina
  3. ^ Papers of the Hawaiian Historical Society. Bulletin Publishing Company. 1930. m/s. 34.
  4. ^ All about Hawaii: The Recognized Book of Authentic Information on Hawaii, Combined with Thrum's Hawaiian Annual and Standard Guide. Honolulu Star-Bulletin. 1904. m/s. 75–76.
  5. ^ Kamehiro, Stacy L. (2009). The Arts of Kingship: Hawaiian Art and National Culture of the Kal?kaua Era. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-3263-6.
  6. ^ Gabaccía, Donna R.; Hoerder, Dirk (2011). "Sovereignty, Settlement and Belonging in Hawaiʻi". Connecting Seas and Connected Ocean Rims: Indian, Atlantic, and Pacific Oceans and China Seas Migrations from the 1830s to the 1930s (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 451. ISBN 978-90-04-19316-1.
  7. ^ a b "Honolulu Star-Bulletin Travel".
  8. ^ a b "'Iolani Palace". National Park Service. Dicapai pada 8 September 2018.
  9. ^ a b Ben Levy (December 1985). "Iolani palace nomination form". National Register of Historic Places. U.S. National Park Service. Dicapai pada 6 April 2010.
  10. ^ "Charles John Wall". 21 Januari 2015.
  11. ^ Ralph Simpson Kuykendall (1967). Hawaiian Kingdom 1874-1893, the Kalakaua Dynasty. 3. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-87022-433-1.

Pautan luar sunting