Istana Ahmadi merupakan tempat kediaman Raja Muhamad Yusuf yang menjadi Yang Dipertuan Muda Riau ke-IX selama 58 tahun (1858 - 1899). Beliau terkenal kerana memiliki koleksi manuskrip yang besar, yang ditempatkan di Istana Ahmadi di Pulau Penyegat dan juga di Istana Damnah di Daik-Linggi. Sebahagian kumpulan koleksi dan kitab-kitam agama itu masih tersimpan di bawah panji-panji Khutub Khanah Marhum Ahmadi dan tersimpan di Masjid Sultan Riau di Pulau Penyengat.