Istana Billah
Istana Billah merupakan sebuah rumah agam yang asalnya dimiliki oleh seorang kerabat DiRaja Mandailing iaitu Raja Billah. Raja Billah adalah 'orang yang berpengaruh' dan kaya, beliau telah membina rumah agam, yang lalu lebih dikenali sebagai Istana Billah yang berdiri utuh ditepi Sungai Perak.
Istana Billah mempunyai reka bentuk sebuah rumah agam papan yang mengagumkan, dekoratif seni reka dalaman juga dilihat kemas sebagai suatu bentuk kesinambungan seni reka rumah besar raja masyarakat Mandailing ataupun Bagas Godang.
Istana ini terletak di atas sebuah bukit, rumah agam yang tersergam indah, dan sangat bagus tentu sesuai dengan persona bermaruah pemilik pertama - Raja Billah, bangsawan DiRaja yang berketurunan Sumatera, yang membuat rumahnya Perak dan sebagai tempat menghabiskan saki baki kehidupannya yang terakhir. Pembinaan istana ini telah selesai pada 1896, villa berkembar ini dilihat sebagai bangunan yang terbesar di Pekan Papan, Perak.
Terletak di sebelah rumah kayu yang berusia 128-tahun, (kini dikenali sebagai Rumah Asal), menghadap Masjid Lama Papan, rumah agam itu, yang kini dirujuk sebagai Besar Rumah, telah dibina oleh Raja Billah apabila beliau diangkat sebagai penghulu Papan. Berdasarkan kenyataan pakar sejarah Mandailing tempatan iaitu Abdur-Razzaq Lubis kepada New Straits Times, apabila Raja Billah dan pengikutnya telah mencapai beberapa ukuran kemakmuran, keprihatinan beliau mula bercambah bagi memastikan masa depan masyarakat Mandailing di Perak kekal terpelihara pada jangka masa yang lama. "Walaupun kebanyakan masyarakat Mandailing meninggalkan Papan pada akhir tahun 1890-an, Raja Billah mengekalkan visi beliau bahawa ia akan menjadi pusat komuniti di Kinta.
"Rumah Besar boleh disamakan dengan Bagas Godang, kediaman rasmi Raja Mandailing yang terletak di tengah-tengah tanah Mandailing, di Sumatera. Demi kasihnya kepada sejarah Mandailing di Perak khususnya, Abdur-Razzaq, bersama isterinya Khoo Salmah Nasution, juga telah menulis sebuah buku sejarah awal Mandailing di Malaysia yang diberi nama "Raja Billah dan Mandailing di Perak: 1875-1911".
Seni reka
suntingMenurut Abdur-Razzaq, Rumah Besar Raja Bilah kelihatan hampir serupa dengan rumah-rumah besar golongan bangsawan Melayu dan pelombong Cina Kinta. Tetapi keadaan seni reka dalaman rumah adalah berbeza. Di tingkat bawah, terdapat sebuah ruangan besar dengan kolum berbentuk segi lapan dan satu platform yang dibangkitkan (pangkin). Dalam seni bina Mandailing, ruangan lapan sisi yang melambangkan bahawa bangunan itu telah didirikan dengan sokongan orang-orang dari lapan arah kompas.
Di tingkat atas, terdapat beberapa bilik tetamu dan ruangan besar yang lain.
Fungsi
suntingHakikatnya, Rumah Besar lebih berfungsi seperti Sapo Godang (satu rumah persidangan bagi para bangsawan dan orang yang lebih tua dari Masyarakat Mandailing) berbanding Bagas Godang yang lebih kepada sebuah kediaman Raja. Abdur-Razzaq juga mendakwa bahawa tidak Raja Bilah mahupun mana-mana ahli keluarga lain yang pernah berpindah ke Rumah Besar (menetap seakan-akan rumah kediaman).
Dari segi sejarah, ia telah digunakan untuk majlis perkahwinan, perayaan-perayaan dan majlis-majlis lain. Namun yang paling penting, motif utama pembinaan Rumah Besar (Istana Billah) ini adalah sebagai pusat musyawarah dan pertemuan bagi masyarakat Mandailing dan kaum Muslim dari wilayah Kinta Barat. Kebanyakkan dari mereka akan bertemu dengan Raja Billah bagi membincangkan masalah yang dihadapi dan mengutarakan cadangan-cadangan pembangunan khususnya selepas Solat Jumaat di Masjid Lama Papan.
Selaras dengan hasrat Raja Billah, Rumah Besar (Istana Billah) dan segala barangan dan perkakas didalamnya telah diberikan kepada keturunannya serta menjadi bahan-bahan waqaf.
Pembinaan
suntingAbdur-Razzaq berkata bahawa sebelum kerja-kerja dimulakan, doa khusus telah dibuat dan satu hari bertuah dipilih untuk mula membina rumah, sambil menambah bahawa segenggam tanah dari tanah air Mandailing ditabur di atas asas rumah agam itu.
"Walaupun dibina terutamanya oleh pakar pembinaan berbangsa Cina, masyarakat Mandailing turut menyumbang dalam pembinaannya, masyarakat Mandailing turut membantu membina rumah bersama dengan penghulu mereka. Dipercayai gajah mungkin telah digunakan untuk mengangkat rasuk kayu yang besar."
Satu pejabat penghulu telah dibina ke dalam dinding banir di sepanjang sisi dari sebuah bukit, dan ini adalah selepas itu dikenali sebagai Balai Penghulu.
Tanggapan
suntingMenurut Abdur Razzaq, keturunan Raja Bilah telah sentiasa dipanggil di majlis dewan Rumah Besar, tetapi sejak kebelakangan ini, ia telah datang yang dikenali sebagai Istana Raja Bilah, dalam tanggapan yang salah bahawa Raja Bilah adalah Raja Melayu dan rumahnya itu adalah istana hinggapnya. Namun, pada hakikatnya Rumah Besar (Istana Billah) bukanlah rumah kediaman Raja Billah yang sebenar.
Menurut Saadiah Kamaruddin, cicit Raja Billah, yang kini tinggal di Rumah Asal: "Ibu saya memberitahu saya bahawa dewan besar di tingkat bawah telah digunakan untuk kenduri, mesyuarat dan majlis lain, ia juga menjadi taman permainan saya apabila saya seorang gadis kecil. "
Saadiah, 69, berkata lelaki akan makan di pangkin di hujung dewan selepas Solat Jumaat di Masjid Lama Papan. Ia merupakan masjid lama yang hanya tinggal di bandar dan masih berdiri tinggi, walau bagaimanapun ia tidak lagi digunakan apabila kebanyakan keluarga bermigrasi keluar dari Papan selepas tahun 1910.
Kini Rumah Besar sentiasa dikunci dan hanya akan dibuka apabila ia memerlukan pembersihan atau atas permintaan ahli-ahli keluarga dan pengunjung.
Istana Billah dan misteri
suntingPenduduk di sekitar Istana Billah ini sebilangan daripadanya menganggap rumah ini mempunyai pelbagai misteri dan fenomena yang aneh, ini dibuktikan dengan usia rumah ini yang begitu lama, usang dan jarang diurus dengan baik oleh waris-waris keturunan Raja Billah, masyarakat Mandailing ataupun pihak berkuasa. Terdapat pintu zink dan berpagar berkunci yang mengelilingi halaman rumah agar orang luar tidak mencerobohinya dari melakukan aktiviti tidak bermoral.
Ada dakwaan dari penduduk sekitar yang menyatakan Masjid Lama Papan yang terletak bersebelahan Istana Billah ini akan membunyikan beduk dan azan dengan sendiri walaupun tidak ada orang yang melakukan perkara tersebut, ini kerana masjid tersebut adalah masjid lama dan usang dan sudah tidak digunakan lagi untuk tujuan pengibadatan khusus masyarakat sekitar.
Istana Billah juga turut terkenal dengan fenomena paranormal dan kewujudan makhluk halus seperti yang pernah digembar-gembur menerusi penghasilan drama produksi televisyen Warkah Terakhir dan juga filem dokumentari Penunggu Istana yang mendapat tayangan meluas di panggung wayang di seluruh Malaysia.[1]
Rujukan
sunting- ^ "Dokumentari Puaka Istana Billah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-29. Dicapai pada 2011-10-06.