Istana Bukit Serene

istana di Johor Bahru, Johor, Malaysia

Istana Bukit Serene ialah istana kediaman rasmi Sultan Johor. Almarhum Sultan Iskandar yang mula menjadikan istana ini sebagai kediaman rasmi baginda dengan mengisytiharkan Istana Besar Johor dijadikan muzium diraja negeri untuk tatapan rakyat jelata. Istana ini terletak di Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, Malaysia, dan menghadap Selat Johor.

Istana Bukit Serene
Map
Maklumat umum
JenisIstana
AlamatJohor Bahru
Penyewa terkini
Sultan Ibrahim
Pembinaan bermula1933
Disiapkan pada
1939
PemilikAlmarhum Sultan Ibrahim

Pembinaan sunting

Istana Bukit Serene mula dibina pada tahun 1933 dan disempurnakan pembinaannya pada 1939. Istana ini adalah milik kerajaan negeri Johor tetapi diberikan sebagai hadiah kepada Almarhum Sultan Ibrahim bersempena dengan ulangtahun pemerintahan baginda sebagai Sultan Johor.

Istana Bukit Serene yang berbumbung hijau ini terletak di atas Bukit Serene yang menghadap Teluk Danga dan terletak dalam keluasan seluas 121.4 hektar. Ia juga mempunyai menara setinggi 35 meter dan mudah dilihat dari Teluk Danga atau turut dikenali sebagai Danga Bay. Istana ini juga menjadi salah satu daripada mercu tanda tarikan pelancong di Johor Bahru. Kawasan istana ini mempunyai sebuah taman yang indah dan kerap menjadi tapak majlis keramaian. Kawasan istana dikawal oleh Pasukan Askar Timbalan Setia Johor ataupun The Johor Military Force.

Terdapat lima buah bilik di Istana Bukit Serene tetapi bilik-bilik tersebut tidak mempunyai nama khusus dan diberi gelaran tidak rasmi atas kegunaan biasa. Oleh itu, semasa pemeritahan Sultan Ibrahim, kamar beradu Sultan Johor sering dirujuk sebagai bahagian sayap sultan manakala sayap yang satu lagi digelar sebagai sayap Tuanku Raja Zarith. Tiga buah lagi bilik adalah untuk kegunaan paduka anakanda-anakanda Sultan Johor dan sebuah ruang umum yang khusus untuk kegunaan keluarga diraja. Selain lima buah bilik yang berada di tingkat atas itu, terapat juga perpustakaan, pejabat sultan dan bilik persidangan di tingkat bawah.[1]

Sejarah sunting

Semasa Perang Dunia II, Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Daripada istana tersebut, Yamashita dapat melihat kedudukan askar Australia di seberang Selat Johor. Walaupun diberikan nasihat oleh pegawai-pegawainya bahawa Istana Bukit Serene sasaran mudah untuk diserang, Tomoyuki Yamashita sendiri yakin pihak British tidak akan menyerang Istana Bukit Serene yang menjadi pusaka Sultan Johor. Tekaan Tomoyuki Yamashita tepat sekali; pihak British tidak menyerang Istana Bukit Serene. Tomoyuki Yamashita menggunakan menara Istana Bukit Serene sebagai tempat pemerhatian untuk meninjau keadaan di Pulau Singapura.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Shadiqe, Jassmine (23 Mac 2015), "Istana Bukit Serene Stands Tall", New Straits Times, Kuala Lumpur (Coronation of Sultan of Johor) Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link)