Istana Kedatun

Istana Kedatun merupakan tempat kediaman Sultan Abdul Rahman Muazam Syah. Istana Kedatun turut memiliki koleksi yang digunakan oleh "Rusydiah Club". Selain itu Sultan Abdul Rahman turut memiliki koleksi kitab-kitab agama, sejarah, riwayat, dan hikayat untuk dipinjamkan bagi kegunaan majlis yang disimpan di Istana Laut.