Muzium Istana Kesultanan Melaka

(Dilencongkan dari Istana Kesultanan Melaka)

Istana Kesultanan Melaka (replika Istana Kesultanan Melayu Melaka) terletak di atas Bukit Melaka. Replika Istana ini dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1456 hingga 1477.

Istana Kesultanan Melaka
Muzium Istana Kesultanan Melaka
موزيوم إيستان کسلطانن ملاک
Map
Maklumat umum
JenisMuzium
LokasiBandaraya Melaka, Melaka, Malaysia
Disiapkan pada
1984
Pembukaan17 Julai 1986
PemilikMalacca Museum Corporation

Objektif sunting

  • Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta ciri-ciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu di samping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat dan pengajaran daripada peristiwa tersebut.
  • Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad pada 17 Julai 1986. Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya daripada kepingan kayu belian. *Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu Melaka yang mana sendi bangunan diperkuat dengan pasak sahaja.

Secara keseluruhannya, muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.

Lihat juga sunting