Istana Kota Beeston

Istana Kota Beeston dibina di atas krag, unjuran batu yang merupakan sebahagian dari rantaian bukit, berhadapan dengan lapangan Cheshire, British. Ia tersergam setinggi 150 meter (500 kaki) dengan pemandangan luas ke sekitar pergunungan Welsh dan Pennines. Kini hanya tinggal runtuhan Istana Kota Beeston yang tersergam di krag. Tapak ini diketahui diduduki oleh penduduk Zaman Gangsa, dan kemudiannya pada Zaman Besi, sebuah kota bukit dibina bagi melindungi penduduk yang berladang di kawasan tersebut. Tetapi sejak zaman tersebut sehingga awal 1200-an tidak jelas samaada kawasan tersebut kekal digunakan.

Pada 1225, Ranulf, Earl ke-6 Chester telah menggunakan idea bagi membina kota yang kebal - "Istana Kota Batu". Bukan sahaja bukit yang curam itu menawarkan pertahanan semulajadi, tetapi istana kota Beeston turut dilindungi oleh rumah pintu luar yang kukuh di kaki bukit dan rumah pagar yang besar di bahagian dalam di laluan masuk istana kota. Perparitan yang dalam, menara kukuh, dan pelantar tempur di aras atap memberikan kelebihan besar bagi menghalang serangan. Tetapi Ranulf dan penggantinya tidak sempat melihat istana kota tersebut disiapkan, kerana menjelang 1238 raja Henry III telah mengambil alih jajahan earldom, termasuk istana kota tersebut. Menggunakan istana kota Beeston sekadar tempat berkumpul bagi tentera dan perbekalan, raja Henry III tidak memerlukan persiapan domestik, dan blok penginapan, dewan mahupun dapur tidak pernah ditambah kepada istana kota tersebut.

Istana Kota Beeston dibina di atas puncak batu 350 kaki (110 m) dari aras Dataran Cheshire.
Istana Kota Beeston dilihat dari timur, menunjukkan (dari atas ke bawah), bailey dalam, tembok pertahanan, dan pintu kota kurun ke-19.

Pada 1245, Putera Edward mewarisi istana kota Beeston sebagai Earl Chester, tetapi selepas perlantikannya dan kejayaan kempen Welsh, baginda tidak memerlukan istana kota Beeston lagi. Sungguhpun istana kota Beeston dijaga dengan baik sepanjang kurun ke-14, ia telah ditinggalkan menjelang raja Henry III menaiki takhta, dan akhirnya ia dijual pada pemilik tanah tempatan. Dengan meletusnya Perang Saudara, ia dipulihkan dengan pantas dan ditempatkan garison sehingga mereka menyerah diri pada tahun 1645. Selepas Perang Saudara, kebanyakan pertahanan dimusnahkan, dan bukit tersebut digunakan sebagai tanah ragut. Sejak awal 1700-an, batu dan tanah dikuari, rumah pagar luar yang lama hampir dibinasakan sepenuhnya bagi memberikan laluan mudah pada kuari. Menjelang pertengahan kurun ke-19, runtuhan istana kota Beeston dilihat sebagai imej masa lalu yang perlu dipulihkan, dan Lord Tollemache Pertama memulakannya. Sebagai pemilik barunya, dia membina semula rumah pagar di laluan masuk pada tahun 1846 dan membukanya pada pelawat.

Rujukan sunting

Notes

Petikan

Bibliografi

  • Brennand, Mark; Hodgson, John (2006), "The Prehistoric Period Resource Assessment", Archaeology North West, 8: 23–58, ISSN 0962-4201
  • Dore, R. N. (1966), The Civil Wars in Cheshire: (Volume 8 of A History of Cheshire edited by J. J. Bagley), Cheshire Community Council
  • Fry, Plantagenet Somerset (1980), The David & Charles Book of Castles, David & Charles, ISBN 0-7153-7976-3
  • Hough, P. R. (1978), "Excavations at Beeston Castle, 1975–1977", Journal of the Chester Archaeological Society, 61: 1–24
  • Ormerod, G. (1882), Helsby, T. (penyunting), History of the County Palatine and City of Chester (ed. 2nd)

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting