Istana Kuala Cegar
Istana Kuala Cegar ialah sebuah istana yang terletak di dalam kawasan Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah ( 1881- 1943). Istana ini masih mengekalkan sebahagian daripada kebesaran dan warisan diraja Kedah Darulaman.
Istana Kuala Cegar menjadi tempat bersemayam Almarmum Sultan Abdul Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Almarhumah Sultanah Bahiyah ketika menjadi Raja Muda Kedah. Kini istana ini dikhaskan untuk ketua negeri dan pembesar yang datang melawat ke Negeri Kedah Darulaman.