Istana Merdeka
Istana Merdeka (juga dikenali dengan nama Istana Gambir atau Paleis te Koningsplein) merupakan salah satu daripada enam buah istana presiden di Indonesia. Ia juga menjadi tempat kediaman rasmi bagi Presiden Republik Indonesia. Istana ini terletak di utara Dataran Merdeka, di Jakarta Tengah. Awalnya istana ini digunakan sebagai rumah kediaman rasmi bagi Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda semasa zaman penjajahan.
Istana Merdeka | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Istana presiden |
Gaya seni bina | Senibina Palladio |
Lokasi | Jalan Medan Merdeka Utara Gambir Jakarta 10160, Indonesia |
Negara | Indonesia |
Koordinat | 6°10′12.6″S 106°49′26.75″E |
Pembinaan bermula | 1873 |
Pelanggan/klien | Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda |
Pemilik | Indonesia |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Jacobus Bartholomeus Drossaers |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingPada pertengahan kurun ke-19, Istana Rijswijk didapati mula tidak sesuai digunakan bagi tujuan pentadbiran. Pada tahun 1869, Gabenor-Jeneral Pieter Mijer mengarahkan pembinaan istana baru. Pembinaan bermula sedikit lewat iaitu pada tahun 1873 semasa di bawah pentadbiran Gabenor-Jeneral James Loudon. Mulanya istana ini bernama Istana Koningsplein. Namun istana ini kerap disebut sebagai Istana Gambir kerana banyaknya pohon gambir yang tumbuh.
Istana ini telah digunakan oleh para pejuang kemerdekaan Indonesia semasa Pengisytiharan Kemerdekaan Indonesia daripada Belanda pada tahun 1949. Republik Indonesia telah diwakili oleh Sri Sultan Hamengkubuwono IX manakala Belanda diwakili oleh A.H.H Lovink, perwakilan tertinggi kerajaan Belanda di Indonesia.
Teriakan "Merdeka! Merdeka!" dilaungkan oleh rakyat Indonesia semasa upacara penukaran bendera Belanda kepada Indonesia. Disebabkan peristiwa inilah Istana Gambir dinamakan semula menjadi Istana Merdeka.
Sehari setelah pengakuan kemerdekaan Indonesia oleh Belanda, pada 28 Disember 1949 Presiden Soekarno berserta ahli keluarga beliau telah tiba dari Yogyakarta dan tinggal untuk pertama kalinya di Istana Merdeka. Peringatan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos di Istana Merdeka buat pertama kali diadakan pada tahun 1950. Selain Presiden Soekarno, Presiden Abdurrahman Wahid, Susilo Bambang Yudhoyono, dan Joko Widodo juga tinggal di istana ini.
Kini Istana Merdeka digunakan untuk upacara kenegaraan antaranya Peringatan Detik-detik Pengisytiharan, menyambut orang kenamaan, penyerahan surat tauliah duta besar negara sahabat serta pelantikan anggota muda sama ada dari Tentera Nasional mahupun Kepolisian Negara.
Bermula pada tahun 1975, lokasi mengadakan perayaan Hari Kemerdekaan Indonesia beralih ke Monumen Nasional di Jakarta Pusat.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Istana Merdeka profile Diarkibkan 2010-05-23 di Wayback Machine (in Indonesian)
- Istana Merdeka history Diarkibkan 2006-09-07 di archive.today (in Indonesian)
Koordinat: 6°10′12.60″S 106°49′26.75″E / 6.1701667°S 106.8240972°E