Istana Osu (bahasa Inggeris: Osu Castle) merupakan suatu kompleks istana berbenteng terletak di pantai Accra, Ghana menghadap Teluk Guinea. Ia merupakan bekas tempat bersidangnya pemerintah Ghana sehingga tahun 2009 di mana ia dipindahkan ke Jubilee House semasa pemerintahan John Kufuor.[1]

Pemandangan Istana Osu dari jauh.

Bangunan ini dibuka kepada orang ramai sejak 2017,[1] namun kebenaran memasuki dalaman istana secara persendirian ditegah.[2]

Sejarah sunting

Kawasan ini mula dibangunkan sebagai suatu kubu oleh Empayar Sweden atas pimpinan Hendrik Carloff, seorang pedagang Belanda pada 1652 sebagai tempat berdagang emas dan gading dengan para penduduk setempat. Ia kemudannya menjadi milik Denmark-Norway di mana ia menjadi lokasi berurusan dalam perdagangan hamba abdi yang lazim serata benua Afrika ketika itu;[1] dari waktu ini juga ia diberi nama Fort Christiansborg sempena Raja Christian V yang memerintah ketika itu.

Kesemua binaan istana terangkum dalam pembelian jajahan Pantai Emas oleh pihak British yang bernilai £10,000 (antara £850,000 dan £1.5juta mengikut inflasi 2007).

Istana ini menjadi kediaman Gabenor Jeneral Ghana apabila negara tersebut merdeka tahun 1958; pekarangan istana diubahsuai untuk menambahkan beberapa buah bilik menyambut kedatangan Ratu Elizabeth II setahun kemudian.[1] Ia menjadi rumah kediaman Presiden Ghana apabila negara tersebut menjadi republik pada tahun 1960.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d ghanacastle.gov.gh Diarkibkan 3 April 2007 di Wayback Machine
  2. ^ "Ghana Museums & Monuments Board". www.ghanamuseums.org. Dicapai pada 2019-10-19.
  3. ^ "Osu Castle". shoutghana.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-12. Dicapai pada 7 Februari 2007.

Pautan luar sunting