Istana Syarqiyyah merupakan istana terbaru di Malaysia yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Istana ini merupakan istana utama baginda sultan dan segala majlis rasmi akan berlangsung di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini juga terletak kediaman utama Istana Tuanku buat baginda sultan dan keluarga.[1]

Istana Syarqiyyah
ايستان شرقيييه
Istana evening.jpg
Gambar bertarikh 6 Julai 2014
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisKediaman rasmi Sultan Terengganu
LokasiKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Disiapkan pada2014
PemilikSultan Mizan Zainal Abidin

Asal usul namaSunting

 
Pemilik Istana Syarqiyyah iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin

Sebelum 4 Julai 2013, istana ini dikenali sebagai Kompleks Istana Bukit Chendering. Kemudian, nama baru iaitu Istana Syarqiyyah yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah diumumkan oleh Menteri Besar pada waktu itu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Istana Syarqiyyah membawa maksud ‘Permata Timur’.[2]

Fasa pembinaanSunting

Istana ini dibina pada tahun 2006 mengandungi 4 fasa dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalam dan sebagainya.[1]

Seni binaSunting

Jelas kelihatan Istana Syarqiyyah menampilkan gabungan senibina tradisional Terengganu dan senibina islamik[1] yang ada di sebuah bangunan bersejarah di Andalusia, Sepanyol iaitu Alhambra.

Ciri-ciriSunting

  • Seni bina istana ini dihiasi dengan lebih 5,000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.
  • Istana Syarqiyyah mempunyai lebih 100 bilik yang memiliki rekabentuk berlainan bagi setiap satunya.
  • 14 tan pintu-pintu gangsa.
  • Dewan setinggi tiga tingkat bangunan.
  • Tanah seluas 865 ekar, dikelilingi hutan.
  • Istana seluas 160,000 kaki persegi.
  • Throne room untuk 1,200 orang.
  • Banquet hall untuk 1,800 orang tanpa apa-apa columns.
  • Air pancut dan menara di taman.

RujukanSunting

  1. ^ a b c 7 Fakta Menarik Istana Syarqiyyah Dicapai 6 Jun 2015. TheVocket
  2. ^ "Istana baru Terengganu dinamakan Syarqiyyah". 2. Sinar Harian. 4 Julai 2013.