Istana kota Carlisle

Istana kota Carlisle merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Ia terletak sekitar sepuluh batu dari sempadan Scotland, dengan itu menjadikannya sebagai sasaran serangan dan dendam bagi sebahagian besar tujuh abad kewujudannya. Istana kota yang pertama dibina dari kayu, menghadap Sungai Eden di Cumbria, ia dibina oleh William Rufus, selepas menguasai bandar yang sebelum ini dikuasai oleh orang-orang Scotland.

Istana kota Carlisle
Carlisle, England

Istana kota Carlisle
Istana kota Carlisle is located in Bumi
Istana kota Carlisle
Istana kota Carlisle (Bumi)
Koordinat rujukan grid NY396562
Bahan
binaan
Batu
Pemilik
sekarang
Warisan Inggeris
Dibuka kepada
 awam
Ya

Bangunan yang masih wujud terbesar dan paling tua adalah Menara Ibu kurun ke-12 besar, yang terletak di timurlaut penjuru Laman Dalam ("Inner Bailey"). Ini merupakan bangunan batu pertama di tapak ini, dan kemungkinannya digunakan sebagai Istana DiRaja David I, selepas istana kota itu diserahkan oleh Inggeris pada tahun 1136. Dikembalikan pada Henry II semula pada tahun 1157, istana kota Carlisle kekal di tangan Inggeris kebanyakan masa sejak tempoh ini, kecuali pegangan sementara Scotland semasa tempoh Perang Saudara Inggeris, dan tempoh singkat lain semasa Pemberontakan Jacobite.

Luaran istana kota Carlisle dengan laluan masuk di tengah dan menara utama di belakang.

Pada asalnya terdiri daripada empat tingkat, dengan satu bilik besar pada setiap tingkat, Menara Ibu bertujuan bagi memberikan kemudahan penempatan utama, tetapi apartment baru yang dibina di laman dalam semasa kurun ke-14 meninggalkan menara montok ini tanpa apa-apa fungsi. Carlisle diubahsuai dengan banyaknya pada akhir Zaman Pertengahan dan digunakan bagi pelbagai tujuan dari bilik simpanan, penjara, dan berek. Di bilik utama di tingkat satu, sisa pendiang api kurun ke-14 yang besar masih dapat dilihat, kemungkinannya ketika ia memuatkan garison tentera. Di tingkat kedua, lagenda yang mengerunkan wujud sebagai 'batu jilat'. Dikatakan bilik di sini digunakan sebagai bilik kurungan semasa Kebangkitan Jacobite dan akibat kekurangan air, tahanan menjilat batu dalam usaha mendapatkan cukup kelembapan untuk kekal hidup. Sesetengah ukiran rumit yang dihasilkan oleh tahanan kurun ke-15 masih kelihatan dalam bilik kurungan kecil.

Bangunan lain dalam Laman Dalam termasuk Menara Kapten (atau Rumah Pintu dalam), struktur biasa kurun ke-12 dengan pintu kayu yang berat, portcullis dan 'lubang bunuh' yang mengerunkan. Terdapat puing runtuhan kediaman diRaja, gereja kecil, dan Dewan Besar, kini dibayangi oleh Muzium Regimen Sempadan King's Own dan, kemungkinannya yang paling terkenal, puing runtuhan Menara Ratu mary di timurlaut. Menara ini antara bangunan yang tertua di istana kota ini dan dinamakan sempena Mary Ratu Scotland yang dipenjarai di istana kota Carlisle. Laluan Wanita ("lady's Walk") pula dinamakan sempena laluan Mary semasa hari panas semasa tahanannya di istana kota ini.

Dengan sejarah yang bergolakan dan berbagai, ia tidak sukar untuk memahami mengapa istana kota ini mengalami beberapa program pembinaan semula utama sepanjang kurun. Pada tahun 1541, Henry VIII menukar istana kota zaman pertengahan kepada kubu meriam yang kukuh. Kemudian, binaan kubu di istana kota Carlisle dikembangkan dengan meriam tambahan - akibat meletusnya Perang Saudara Inggeris. Sukar dipercayai bahawa kerosakan yang dialami oleh tembok kota dan istana kotan itu sendiri dibaiki dengan batu yang diambil dari pusat Katederal Carlisle.

Pertempuran terakhir yang dialami oleh istana kota ini adalah pada 1746 apabila pihak jacobite yang berjuang bagi meletakkan 'Bonnie Putera Charlie' pada takhta Inggeris. Selama separuh abad istana kota Carlisle aman berada di bawah jagaan awam, tetapi kurun ke-19 menyaksikan kelahiran kembali sebagai pangkalan tentera. Kini blok garison moden dan peralatan tentera mengelilingi 'istana kota kuno'. Bagaimanapun, ia kekal struktur mengkagumkan, dan rumah pintu kelihatan mengerunkan sebagaimana ia kelihatan pada akhir kurun ke-14, ketika ia merupakan pusat pentadbiran utama bagi counti tersebut.


Bacaan Lanjut sunting

  • McCarthy, M R; Summerson, H R T; Annis, R G (1990), Carlisle Castle, A survey and documentary history, English Heritage, ISBN 1-85074-271-5

Nota kaki sunting

Pautan luar sunting