Istana kota Rochester

Istana kota Rochester merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Terletak sepanjang Sungai Medway, istana kota Rochester merupakan salah satu istana kota Inggeris yang dibina semula menggunakan batu, dan kerja batu awal ini dilakukan oleh Gundolf, Bishop dari Rochester pada akhir kurun ke sebelas. Terkenal sebagai jurubina struktur batu yang berkebolehan, Gundolf bertanggungjawab bagi Kathedral Lama Rochester, termasuk juga Menara London.

Istana kota Rochester
Rochester, Kent, Tenggara England
Inside Rochester Castle's grounds showing the keep as seen from the north-west; clearly depicting the castle's proximity to
Rochester Cathedral.
Istana kota Rochester is located in Bumi
Istana kota Rochester
Istana kota Rochester (Bumi)
Koordinat51°23′22″N 0°30′05″E / 51.38944°N 0.50139°E / 51.38944; 0.50139
JenisIstana kota
Tinggi113 kaki (34 m) (the Keep)
Maklumat tapak
PemilikWarisan Inggeris
siurus oleh Majlis Medway
Dibuka kepada
orang awam
Ya
StatusRuntuhan
Sejarah tapak
DibinaPembinaan bermula antara 1087–1089 (1087–1089)
Menara ibu dibina sekitar 1127
Bahanbatu kapur Kent (Kentish Ragstone)

Pada tahun 1127, jagaan istana kota ini diserahkan pada Archbishop dari Canterbury, dan kekal di bawah pihak yang sama selama 90 tahun berikutnya. Dalam tempoh ini, Menara Ibu segi empat yang besar dibina menggunakan (Kentish ragstone). Masih kekal dalam bentuk yang agak baik, menara besar ini, sekitar 113 kaki (34.5m) tinggi terdiri dari bilik bawah dan tiga tingkat, tingkat kedua setinggi dua tingkat. Laluan ke Menara Ibu, secara tradisi melalui bangunan hadapan tingkat satu, langkah pertahanan tambahan bagi melindungi bahagian utama Menara Ibu. Di tingkat kedua, di atas laluan masuk istana kota terletak gereja chapel, dan sebahagian ukuran kemewahan asalnya masih kelihatan pada gerbang yang masih ada dan tingkat yangberhias indah. Bilik bawah, bilik gelap digunakan bagi menyimpan barangan, diterangi hanya melalui liang udara kecil. Di tingkat pertama, sungguhpun dengan penekanan utama pada pertahanan, bukti pendiang dan tandas (garderobes) menunjukkan bahawa ie merupakan kawasan penting bagi membuat urusan istana kota. Aspek yang lebih mewah dan terbuka kelihatan di tingkat kedua Menara Ibu, di mana Dewan Besar terletak, dengan Kamar Besar selepasnya - sebelumnya dipercayai merupakan kediaman rasmi archbishop. Sebagaian perincian ukiran mewah masih wujud sekeliling pendiang, pintu dan tingkap yang dapat memberikan gambaran bagaimana indahnya hiasan tingkat ini masa dahulu. Mengelilingi bahagian atas Dewan Besar adalah galeri mural, dengan bukaan tingkap besar. Di atas galeri, bahagian paling atas terdiri dari satu lagi bilik bagus yang memberikan gambaran menarik seberang sungai.

Pada awal kurun ke tiga belas, Istana kota Rochester telah dikepung oleh Raja John, menyebabkan kerosakan besar pada sudut selatan Menara Ibu sehingga ia kemudiannya runtuh. Tidak lama selepas itu, istana kota itu di berkan status pertahanan kukuh diraja utama, dan sudut Menara Ibu yang berkecai itu dibina semula dalam bentuk melengkung, dan selanjutnya dilindungi dengan tambahan menara drum. Lebih banyak kerosakan dialami pada tahun 1264 apabila istana kota tersebut dikepung oleh tentera Simon de Montfort, tetapi pembaikian tidak dijalankan sehingga lebih 100 tahun. dalam tempoh pengabaian ini, apabila struktur terdedah pada alam, Istana kota Rochester mula terabai menjadi runtuhan. Bagaimanapun Raja Edward III melaksanakan program pembinaan dan pemulihan utama pada bahagian kedua kurun ke empat belas dan istana kota ini sekali lagi menjadi kota yang kukuh.

Sepanjang kurun ke enam belas istana kota ini menjadi terabai, strukturnya menjad lemah, Menara Ibu terbakar, dan akhirnya tapak ini digunakan sebagai kuari oleh penduduk tempatan sebagai bahan binaan. Pada tahun 1610 Raja James menyerahkan Istana kota Rochester kepada Sir Anthony Weldon, dan ia kekal dalam keluarga yang sama sehingga 1884 disebalik cubaan pada akhir kurun ke lapan belas untuk meruntuhkan keseluruhan istana kota tersebut. Majlis Perbandaran Bandar Rochester memajak tapak istana kota tersebut pada tahun 1870 untuk menukar kawasan tersebut sebagai taman awam, dan akhirnya membeli tanah tersebut dari keluarga Weldon. Menjelang pertengahan 1960-an, tanggung jawab bagi istana kota tersebut diamanahkan pada Negeri untuk menjamin pengekalannya bagi generasi masa hadapan.

Pada hari ini, Menera Ibu istana kota atau ‘menara besar’ tersergam sebagai peringatan megah mengenai sejarah yang mengelilingi bandar lama Rochester, dengan kathederal Normannya yang cantik, dan jalan susunan batu yang tersendiri menggambarkan pengaruh Dickensian.

Rujukan sunting

Notes

Bibliografi

  • Brown, Reginald Allen (1969), Rochester Castle, London: Her Majesty's Stationery Office
  • Brown, Reginald Allen (1976) [1954], Allen Brown's English Castles, Boydell Press, ISBN 1-84383-069-8
  • Brown, Reginald Allen (1984), The Architecture of Castles: A Visual Guide, London: B. T. Batsford, ISBN 0-7134-4089-9
  • Brown, Reginald Allen (2003), "Royal castle-building in England 1156–1216", dalam Liddiard, Robert (penyunting), Anglo-Norman Castles, Woodbridge: Boydell Press, m/s. 133–178, ISBN 978-0-85115-904-1
  • Coulson, Charles (2003a), Castles in Medieval Society: Fortresses in England, France, and Ireland in the Central Middle Ages, Oxford: Oxford University Press, ISBN 0-19-927363-4
  • Coulson, Charles (2003b), "The Castles of The Anarchy", dalam Liddiard, Robert (penyunting), Anglo-Norman Castles, Woodbridge: Boydell Press, m/s. 179–202, ISBN 978-0-85115-904-1
  • Creighton, Oliver (2002), Castles and Landscapes: Power, Community and Fortification in Medieval England, Sheffield: Equinox, ISBN 978-1-904768-67-8
  • Cust, Lionel (May 1912), "J. M. W. Turner, R. A. – An Episode in Early Life", The Burlington Magazine for Connoisseurs, 21 (110): 109–110, JSTOR 858941
  • Drage, C. (1987), "Urban castles", Urban Archaeology in Britain, CBA Research Report, 61, London, m/s. 117–132, ISBN 0-906780-59-4 Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  • Harfield, C. G. (1991), "A Hand-list of Castles Recorded in the Domesday Book", English Historical Review, 106 (419): 371–392, doi:10.1093/ehr/CVI.CCCCXIX.371, JSTOR 573107
  • Holt, James Clarke (1992), Magna Carta (ed. 2nd), Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-27778-5
  • Hull, Lise (2008) [2005], Great Castles of Britain & Ireland (ed. reprint), London: New Holland Publishers, ISBN 978-1-84773-130-2
  • Hulme, Richard (2008), "Twelfth Century Great Towers – The Case for the Defence" (PDF), The Castle Studies Group Journal, 21: 209–229
  • King, David James Cathcart (1988), The Castle in England and Wales: an Interpretative History, London: Croom Helm, ISBN 0-918400-08-2
  • Liddiard, Robert (2003), "Introduction", dalam Liddiard, Robert (penyunting), Anglo-Norman Castles, Woodbridge: Boydell Press, m/s. 1–22, ISBN 978-0-85115-904-1
  • Lyon, Bryce Dale (1980) [1960], A Constitutional and Legal History of Medieval England (ed. 2nd), New York: Norton, ISBN 0-393-95132-4
  • Marsden, Simon; Horsler, Val; Kelleher, Susan (2006), This Spectred Isle: A Journey Through Haunted England, London: English Heritage, ISBN 978-1-905624-17-1
  • McNeill, Tom (1992), English Heritage Book of Castles, London: English Heritage and B. T. Batsford, ISBN 0-7134-7025-9
  • Parnell, Geoffrey (1993), The Tower of London, London: B. T. Batsford, ISBN 978-0-7134-6864-9
  • Ridgeway, H. W. (2004), "Henry III (1207–1272)", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press
  • The Paul Drury Partnership (October 2009a), Rochester Castle Conservation Plan Part 1: Understanding and Significance (pp. 1–53) (PDF), Teddington: The Paul Drury Partnership, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 April 2012
  • The Paul Drury Partnership (October 2009b), Rochester Castle Conservation Plan Part 1: Understanding and Significance (pp. 54–102) (PDF), Teddington: The Paul Drury Partnership, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 April 2012
  • The Paul Drury Partnership (October 2009c), Rochester Castle Conservation Plan Part 2: Issues and Policies (PDF), Teddington: The Paul Drury Partnership, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-02, dicapai pada 2021-08-24
  • Thompson, Michael (1987), The Decline of the Castle, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 0-521-32194-8
  • Turner, Ralph V. (2009), King John: England's Evil King?, Stroud: History Press, ISBN 978-0-7524-4850-3
  • Warren, W. Lewis. (1991), King John, London: Methuen, ISBN 0-413-45520-3
  • Waugh, Scott L. (2004), "Warenne, John de, sixth earl of Surrey (1231–1304)", Oxford Dictionary of National Biography ((langganan atau keahlian perpustakaan awam United Kingdom diperlukan)), Oxford: Oxford University Press

Bacaan lanjut sunting

  • Ayers, T.; Tatton-Brown, T. (eds) (2006), Medieval art, architecture and archaeology at Rochester, Leeds: British Archaeological Association and Maney Publishing, ISBN 978-1-904350-76-7CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Rowlands, I. W. (1989), "King John, Stephen Langton and Rochester Castle, 1213–15", Studies in medieval history presented to R. Allen Brown, m/s. 267–280 Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting