Istana kota Tintagel

Istana kota Tintagel merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Ia terletak di persisiran utara Cornwall, yang liar dan lasak dan, akibatnya mengalami banyak hakisan sepanjang kurun. Tapak ini terbahagi dua segmen yang jelas: seksen daratan mengandungi peninggalan wad atas dan bawah yang berdiri hampir-hampir dengan tebing cerun yang lerai; dan wad dalam yang terletak di rabung sembit yang menyambung tanjung dengan tanah besar.

Istana kota Tintagel (Cornish: Dintagel)
Tintagel, Cornwall, England
Bahagian wad luar dan atas dari runtuhan istana kota Tintagel (sebahagian kampung Tintagel dapat dilihat kejauhan)
Koordinat50°40′01″N 4°45′34″W / 50.66706°N 4.75936°W / 50.66706; -4.75936
Maklumat tapak
PemilikDuchy dari Cornwall
Dikawal olehWarisan Inggeris
StatusRuntuhan
Sejarah tapak
DibinaKurun ke-13
Dibina olehRichard, Earl dari Cornwall
BahanBatu dan serpihan
Istana kota Tintagel

Ia tidak diketahui dengan pasti siapakah yang membina istana kota zaman pertengahan tetapi bukti mencadangkan bahawa dia merupakan Richard, Earl dari Cornwall (saudara kepada Henry III), ketika dia mendapat tanah tersebut pada sekitar 1234, yang kelihatan berbetulan dengan tarikh peninggalan tembok. Dasar Norman bagi istana kota tersebut telah dikatakan oleh Reginald de Dunstanville, bekas Earl dari Cornwall pada pertengahan kurun ke dua belas. Dari usaha cari gali pada kurun ke dua puluh, terdapat banyak bukti dijumpai yang menyokong pendudukan tapak ini sejak zaman Rom, apabila aktiviti pelombongan timah sedang dilakukan. Tetapi menjelang permulaan kurun ke tujuh ia kelihatannya bahawa pulau tersebut ditinggalkan untuk selama 400 tahun berikutnya. Tiada penjelasan didapati mengapa penduduk di situ pergi, atau mengapa mereka kembali pada akhir kurun pertama, apabila gereja kecil (chapel) Kristian St Julitte dibina.

Sehingga sekarang pun, asal Istana kota Tintagel diselubungi pertanyaan dan misteri, tetapi apa yang diketahui bahawa ia tidak diduduki buat tempoh masa yang panjang. Bukti dokumentasi menunjukkan bahawa istana kota tersebut berada dalam keadaan terbiar pada kurun ke empat belas, Dewan Besarnya kelihatannya tanpa bumbung. Menjelang 1483 istana kota itu terbiar sepenuhnya, sungguhpun Chapel St Julitte masih digunakan. Disebabkan itu, peninggalan istana kota adalah jarang kelihatan.

Wad dalam mengandungi peninggalan binaan batu yang lebih banyak, dengan beberapa bahagian Dewan Besar tegak pada ketinggian agak tinggi. Binaan asasnya menunjukkan bahawa dewan tersebut kemungkinannya sepanjang 80 kaki (21m) panjang dan 36 kaki (10.7m) lebar. Kebanyakan tapak tersebut dipulihkan semasa zaman Victoria, termasuk dinding Utara berbentuk kota (castellated) yang memberikan gambaran mengkagumkan berlatar persisiran pantai lasak Atlantik.

Secara fakta, hanya sedikit yang diketahui mengenai sejarah istana kota, tetapi mitos dan lagenda telah dikaitkan dengan Tintagel sejak Zaman Kegelapan. Apabila pihak Rom meninggalkan tempat itu, siapakah yang menduduki tempat tanjung yang getir dan sukar ini, dilanda oleh laut? Mungkinkan ia merupakan tempat yang dicari oleh masyarakat Kristian Celtic atau, kemungkinannya, tapak bagi penguasaan raja bagi raja Cornish awal. Pada kurun ke dua belas, Geoffrey dari Monmouth menulis mengenai ‘istana kepunyaan Gorlois Duke dari Cornwall yang isterinya, Igerna, suaru hari menarik berahi Raja Uther Pendragon. Satu pertikaian meletus akibat perhatiannya, dan Uther mengepung istana tersebut.

Gagal menembusi tembok istana, Uther, dengan bantuan ahli sihir Merlin, menyamar sebagai Gorlois satu malam dan memasuki istana kota tanpa disedari dan menggoda Igerna. Anak yang terhasil malam itu membesar sebagai Raja Arthur’. Samaada perkataan Geoffrey berdasarkan fakta tau cereka romantik tidak pasti, kerana hikayat tersebut ditulis selepas 600 selepas apa yang dikatakan pemerintahan Arthur. Bagaimanapun, lagenda tersebut menarik perhatian beberapa generasi, dan pastinya akan terus melakukannya.

Tidak kira perkara sebenar, ia adalah boleh diterima andaian bahawa kawasan ini merupakan kubu kuat Raja Cornish berdasarkan fakta bahawa Richard membina istana kota moden di sini. Tida terdapat sebarang kelebihan tentera atau strategik bagi membina istana kota di sini, dengan itu kita boleh andaikan bahawa ia dilakukan hasil dari keinginannya bagi membina istana kota di tapak di mana leluhur lagendanya memerintah.

lawatan ke Tintagel adalah unik dan pengalaman yang membuka minda, kerana ia amat sukar untuk tidak menjadi tenggelam dalam sejarah mistik yang mengaburi masa lalunya. Tapak istana kota ini agak sukar untuk dijelajahi dengan tangga curam, berpanjangan, dan laluan pejalan kaki yang sukar, tetapi tarikannya hampir pasti setimpal dengan usaha fizikal.

Rujukan sunting

Nota kaki
Bibliografi
  • Burrow, Ian C. G. (1974), "Tintagel – some problems", Scottish Archaeological Forum (5)
  • Davison, Brian (2009) [1999], Tintagel Castle, English Heritage, ISBN 978-1-85074-701-7
  • Henderson, Charles, In: Cornish Church Guide (1925) Truro: Blackford; p. 203–205
  • Pearce, Susan M. (1978) The Kingdom of Dumnonia. Padstow: Lodenek Press; pp. 76–80, 151–155 (monastic site; Tristan, Mark and Isolt)
  • Thomas, Charles (1988) Tintagel Castle; in "'Antiquity article". Dicapai pada 12 April 2009. A reassessment of the evidence proposing a Celtic royal history for the site.
  • Thomas, Charles (1993), Tintagel: Arthur and Archaeology, London: Batsford/English Heritage, ISBN 978-0-7134-6690-4

Pautan luar sunting