Istana kota Warwick

Istana kota Warwick merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Kewujudannya bermula dengan ancaman berterusan dari pejarahan oleh kaum Danes, penduduk Anglo-Saxons membina tembok tanah bagi mempertahankan kediaman puncak bukit mereka yang mengarah Sungai Avon pada 914. Satu setengah kurun berikutnya, istana kota Norman telah dibina di Warwick. Kubu kayu awal ini, kebiasaan bagi kedudukan kuat busut (motte) dan tembok tertutup (bailey) semasa William Penakluk, akhirnya digantikan dengan Menara Ibu bedinding batu dan tembok pertahanan yang mengelilingi kemudahan tempat tinggal menjelang pertengahan kurun ke tiga belas. Tetapi binaan kerja tanah masih terdapat, termasuk busut kon (motte) yang dibina oleh William I pada tahun 1068.

Istana kota Warwick
Warwick, Warwickshire in England
Istana kota Warwick dan Sungai Avon, Warwickshire
Istana kota Warwick is located in Bumi
Istana kota Warwick
Istana kota Warwick (Bumi)
Shown within Warwickshire
Koordinat52°16′45″N 001°35′05″W / 52.27917°N 1.58472°W / 52.27917; -1.58472Koordinat: 52°16′45″N 001°35′05″W / 52.27917°N 1.58472°W / 52.27917; -1.58472
Maklumat tapak
PemilikMerlin Entertainments
Tapak sesawangwarwick-castle.com
Sejarah tapak
Dibina1068 (1068)
Diguna sejak1068–kini

Semasa bahagian kedua kurun ke empat belas satu pembinaan umum bagi Istana kota Warwick berlangsung, dan kebanyakannya pembinaan masa ini yang masih kekal sehingga hari ini. Satu rumah pagar (gatehouse) mengkagumkan dan barbican diletakkan ditengah tembok timur laut, dan satu menara besar dimasukkan pada setiap susut tembok. Menara Caesar adalah sekitar 100 kaki (30m) dari aras laman tengah, tetapi Menara Guy menjulang sehingga ketinggian 128 kaki (37.2m). Sungguhpun agak berbeza bentuknya, kedua menara mengandungi kubah menonjol pada setiap lima tingkat. Satu barisan bangunan domestik dibina sepanjang tembok timur di puncak jurang curam sebelah sungai, bertarikh tempoh masa yang sama. Kebanyakan bilik ini diubah sepenuhnya menjelang tempoh Jacobean apabila Fulke Greville, seorang pujangga dan ahli politik, menjadikan Istana kota Warwick menjadi istana mewah. Beberapa pengubah suaian dan pemulihan berikutnya menghasilkan gambaran kualiti dan kemewahan yang mampu menyaingi sebarang rumah negara.

Turutan Earls dari Warwick tinggal di sini sehingga tahun 1978, apabila ia dijual pada kumpulan leisure, dan sejak tempoh itu banyak pameran kekal telah diadakan dikeseluruhan istana kota tersebut. Perlahan-lahan berubah dari kota zaman pertengahan yang kebal kepada kediaman mewah milik Grevilles, Istana kota Warwick mampu berbangga dengan masa lalu yang amat menyeramkan. Ia telah menjadi saksi pembunuhan dan kekejaman, menghadapi serangan, melalui perperangan, terbabit dengan raja dan dalam pengkhianatan politik. Dalam masa yang lebih aman, ia menerima Raja, menjadi pusat hiburan besar-besaran, dan menjadi tumpuan pertemuan sosial. Apabila muka bumi di perindah dan taman dibina pada kurun ke lapan belas, peninggalan kelongsong Menara berbentuk oktagon menjadi ciri pada 'Busut', dan bilik istana kota dan juga istana dipenuhi dengan perabut dan hasil seni bernilai.

Selepas seribu tahun menghasilkan sejarah, kekuatan besar dan saiz istana kota Warwick menjadikannya sebagai pemandangan mengkagumkan walaupun pada pengunjung pada masa aman. Sungguhpun tembok curam dan menara kurun ke empat belas itu mencabar, kesemuanya dapat dijelajahi oleh para pengunjung. Menara Caesar merupakan menara-tembok dengan reka bentuk unik, dari dasarnya sehingga ke puncaknya dalam gaya Perancis dua parapet. Di bilik bawah tanah terbawah terdapat bilik kurungan berkubah, satu tempat menyedih dan menakutkan bagi tahanan yang berhadapan dengan kurungan berapa lama sekalipun. Menara Guy adalah pembinaan dua belah sisi, dengan puncak machicolated, tetapi aturan dalamannya pada asasnya adalah serupa.

Istana kota Warwick dikatakan sebagai ‘istana kota terbaik di England’, dan adalah sukar untuk mempertikaikannya. Ia pastinya mewakili pengalaman kemuncak bagi ‘melalui’ sejarah kita, dengan setiap bahagian istana kota menonjolkan tempoh berbeza untuk di siasat.


Rujukan sunting

Notes
Bibliografi
  • Allison, K. J.; Dunning, R. W.; Jones, S. R. (1969). "The Borough of Warwick: Introduction". Dalam Stephens, W. B. (penyunting). A History of the County of Warwick: Volume 8: The City of Coventry and Borough of Warwick. Victoria County History. m/s. 417–451. ISBN 0-19-722734-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Brown, R. Allen (2004) [1954]. "Allen Brown's English Castles" (ed. New). Woodbridge: The Boydell Press. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Buttery, David (July 1987). "Canaletto at Warwick". The Burlington Magazine. 129 (1012): 437–445. JSTOR 882921.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Crouch, David (1982). "Geoffrey de Clinton and Roger, earl of Warwick: new men and magnates in the reign of Henry I". Historical Research. 60: 113–24. doi:10.1111/j.1468-2281.1982.tb01151.x.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Davis, H. W. C. (October 1903). "The Anarchy of Stephen's Reign". The English Historical Review. 18 (72): 630–641. doi:10.1093/ehr/XVIII.LXXII.630.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Friar, Stephen (2007) [2003]. The Sutton Companion to Castles (ed. Revised). Sutton Publishing. ISBN 978-0-7509-3994-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Fuller, Thomas; Nuttall, P. Austin (1840). "The History of the Worthies of England". Thomas Tegg. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Greville, Frances Evelyn Maynard (1903). "Warwick Castle and its earls from Saxon times to the present day". Hutchinson. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hamilton, J. S. (Summer 1991). "Piers Gaveston and the Royal Treasure". Albion: A Quarterly Journal Concerned with British Studies. The North American Conference on British Studies. 23 (2): 201–07. doi:10.2307/4050602. JSTOR 4050602.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Harfield, C. G. (1991). "A Hand-list of Castles Recorded in the Domesday Book". English Historical Review. 106: 371–392. doi:10.1093/ehr/CVI.CCCCXIX.371. JSTOR 573107.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hyams, Edward (1971). Capability Brown and Humphry Repton. J M Dent & Sons. ISBN 978-0-460-03809-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Jacques, David (Summer 2001). "Warwick Castle Grounds and Park, 1743–60". Garden History. The Garden History Society. 29 (1): 48–63. doi:10.2307/1587354. JSTOR 1587354.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Keightley, Thomas (1839). The History of England. Whittaker and co. ISBN 978-0-559-37870-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Liddiard, Robert (2005). Castles in Context: Power, Symbolism and Landscape, 1066 to 1500. Carnegie Publishing Ltd. ISBN 0-9545575-2-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mee, Arthur (1936). Warwickshire. The King's England. Hodder & Stoughton. ISBN 978-1-872438-06-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Pettifer, Adrian (1995). English Castles: a Guide by Counties. The Boydell Press. ISBN 0-85115-782-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Potter, K.R. (ed) (1955). "Gesta Stephani – The Deeds of Stephen". Thomas Nelson. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Thornbury, Walter (1878). "Holborn: The northern tributaries". Old and New London: Volume 2. Cassell.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stephens, W.B. (Editor) (1969). "Victoria County History for Warwickshire". A History of the County of Warwick: Volume 8: The City of Coventry and Borough of Warwick. Institute of Historical Research. Dicapai pada 18 May 2011.CS1 maint: extra text: authors list (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting