Isteri Aku Kalis Cinta

Isteri Aku Kalis Cinta ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Mawar Kamila, dikeluarkan pada 2014 oleh Lovenovel Publication. Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk Cetera Hati Diya oleh TV3 pada 2017.[1]

Isteri Aku Kalis Cinta
PengarangMawar Kamila
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
PenerbitLovenovel Publication
Tarikh penerbitan
Mac 2014
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
Halaman686
ISBNISBN 9789670657103

SinopsisSunting

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.

Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!

Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?

Keluaran dan legasiSunting

Isteri Aku Kalis Cinta dikeluarkan pada 2014 oleh Lovenovel Publication. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 17 Jun di TV3, dibintangi oleh dibintangi oleh Azar Azmi dan Fattah Amin.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Isteri Aku Kalis Cinta by Mawar Kamila Goodreads. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  2. ^ Drama Cetera Hati Diya (TV3) My Infotaip (16 Jun 2019). Dicapai pada 17 Jun 2019.