Isteri Halal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Uchee Fukada bersama oleh Nizam Zakaria, dibintangi oleh Isyariana, Uqasha Senrose, Aidit Noh dan Nazim Othman. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 27 Februari 2023 menggantikan Bukan Syurga Pilihan. [1]

Isteri Halal
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi daripada drama Filipina, The Legal Wife
Ditulis oleh
  • Suzanna Zaily Zin
  • Shaza Talib
  • Pahzai Al-Khaired
PengarahUchee Fukada
Nizam Zakaria
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Biar Sendiri" - Dinda Permata (Episod 1- 45)
"Miris" - Amylea Azizan (Episod 46-70)
Lagu penutup"Miris" - Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod70
Penerbitan
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn. Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot Tiara)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal27 Februari 2023 – 2 Jun 2023
Kronologi
MengikutiBukan Syurga Pilihan
Diikuti olehHijrah Jannah

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.

Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.

Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.

Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.

Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya. Daniel dan Eyra berpakat memerangkap Adellea di sebuah kelab, "Blueboy Club".

Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Tambahan sunting

  • Mohammad Airul bin Mohd Fauzi sebagai Staff Idea Factory
  • Marshahidatul Shahirah Mohamad sebagai Kirana PA Ramlah
  • Nurain Solehah binti Alias sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Khusnulhatimah binti Shahril sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Nurul Atiqah Izyani binti Mazlan sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Airis Amanda sebagai Eyra (5 tahun)
  • Muhammad Nasir bin Mohammad Asri sebagai Aziz (20-an)
  • Dayang Fajra Nadifa sebagai Adellea (5 tahun)
  • Muhamad Asraff bin Ani sebagai Ridwan (20-an)
  • Wirda-Izatty binti Ludin sebagai Rozie
  • Nurul Hafiza Mohd Sakir sebagai Jiran Suraya
  • Saiful Arzuan bin Zulkufli sebagai Bakri
  • Nur Syhirah Zainuddin sebagai Staff Bakri Agency
  • Mahyuddin bin Mohamad sebagai Lan Staff Bakri
  • Siti Nur Najihah binti Ahmad Sanip sebagai Staff Bakri Agency
  • Airil Hafiz bin Mat Kila sebagai PI Penyiasat
  • Fhirul Fizzi bin Abdul Aziz sebagai Pian
  • Norazlina binti Ismail sebagai Mak Som
  • Faris Nabil bin Juzaili sebagai Security Synergy 1
  • Airul Afiq bin Aizamuddin sebagai Security Synergy 2
  • Muhammad Ali Hazran sebagai Security Synergy 3
  • Ahmad Fuad bin Abdul Malid sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Nur Fatimah sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Michealle Jean sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Muhammad Akmalredzuan bin Azmi sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Muhammad Amirul bin Rizal sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Ahmad Fateh Zhafri bin Ahmad Fuad sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Zikrie Zakaria sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Ahmad Tarmizi bin Mohamed Zakaria sebagai Pekerja Synergy Mogok
  • Azhar Hisham bin Mat Dan sebagai Tuan Elias
  • Fadzil A Aziz sebagai Bod Synergy
  • BB Farah Fazlina sebagai Perempuan Seksi Daniel
  • Fairul Fadzly B Harun sebagai Waiter
  • Zulhelmi Alif Kamari sebagai Waiter Kaunter
  • Nurul Asnidah binti Ariffin sebagai Waiter
  • Muhammad Sis sebagai Waiter
  • Rezzal Rahman sebagai Syukri Big Bang
  • Ungku Iwani Al-Juffa sebagai Staff Big Bang/Wani Staff Idea Factory
  • Shaik Hani Akmal Safwan sebagai Staff Big Bang 1
  • Sofea Adilla binti Shamsul Rizal sebagai Staff Big Bang 2
  • Adam bin Yusufdin sebagai Staff Big Bang 3
  • Widya Marlinda binti Baharuddin sebagai Client Cosmetic Big Bang
  • Rohaiza Hanim binti Abdullah sebagai Datin Maimon
  • Nasx Mokhtar sebagai Dato Fazli
  • Asyraf Huzaini bin Samsuri sebagai Gangster 1
  • Alif Fadli bin Anuar sebagai Gangster 2
  • Khairul Hazman bin Abdul Hadi sebagai Peragut
  • Asyraf Huzaini bin Samsuri sebagai Bodyguard 1
  • Mohd Fauzi sebagai Bodyguard 2
  • Eyda Rahman sebagai Mira Gedik
  • Norazlina binti Ismail sebagai Pian
  • Muhammad Arif bin Kambali sebagai Polis 1
  • Nazruddin sebagai Polis 2
  • Roslina Wati binti Mat sebagai Aishah Yayasan
  • Sambari bin Ramli sebagai Gangster 1
  • Muhammad Nasreeq bin Hussein sebagai Gangster 2
  • Muhamad Firdaus bin Baharom sebagai Peragut
  • Norsyafina binti Nordin sebagai Staff Hotel 1
  • Ahmad Azizi bin Ismail sebagai Staff Hotel 2
  • Noraishahrazalai sebagai Nora Sambal
  • Hasmanliza Othman sebagai Pelanggan IKS 1
  • Mohammad Rolleff bin Abdul Rahim sebagai Pelanggan IKS 2
  • Mohd Azhari Sharif sebagai Pelanggan IKS 3
  • Nor Armiezawati Abdullah sebagai Pelanggan IKS 4
  • Suzana Yaakob sebagai Pelanggan IKS 5
  • Mohd Razif bin Abdul Wahid sebagai Doktor
  • Farezz Muzzamil bin Saifful Rizal sebagai Kawan Zarif
  • Siti Mili Supina sebagai Kak Ani
  • AJ Azman sebagai Din Shampoo
  • Rieta Yusof sebagai Maria Shampoo
  • Nurul Hafizza binti Che Rosmi sebagai Staff Shampoo
  • Qaral Yana sebagai Rita
  • Nor Intan Suria sebagai Nisa Ramlah
  • Islaily Zulaiha sebagai Nurul Staff Resort
  • Muhammad Najmuddin bin Rosli sebagai Staff Resort
  • Amir Husaini bin Ishak sebagai Saufi Staff Resort
  • Nur Farisha Natsha binti Abdul Rahman sebagai Marsha Staff Resort
  • Mat Ikmal sebagai Staff Resort
  • Mohammad Firhan bin Mohd Firdaus Tan sebagai Lelaki Pasangan Client
  • Nurhana binti Mohd Sakaf sebagai Perempuan Pasangan Client
  • Mohamad Taib Ismail sebagai ID Zakuan
  • Muhammad Azrul bin Anuar sebagai Photografer Daniel
  • Muhammad Izhar Azree bin Rosli sebagai Staff Cafe
  • Mohamad Nasrul Habil bin Mansor sebagai Peragut
  • Nurulfakhri bin Azi sebagai Pemilik Bengkel Kereta

Episod sunting

# Tarikh

penyiaran

Ringkasan
1 27 Februari 2023 Adellia ditunangkan dengan Daniel atas aturan keluarga. Zayn, terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk kelangsungan hidup. Zayn tertarik dengan Adellia sejak pandang pertama.
2 28 Februari 2023 Setelah diberhentikan, Zayn dapat kerja baharu di syarikat tempat Adellia bekerja. Mulanya Adellia bersikap dingin terhadap Zayn. Kak Pah dan Arif pula asyik mencari salah Suraya, ibu Adellia.
3 1 Mac 2023 Adellia semakin bencikan sikap bongkak Daniel. Aziz berang apabila dapat tahu Suraya berjumpa dengan Ridwan. Adellia dan Zayn menjadi semakin rapat.
4 2 Mac 2023 Daniel mengupah orang memukul Zayn. Adellia geram dan mahu memutuskan pertunangan dengan Daniel.
5 3 Mac 2023 Zayn cuba untuk meminang Adellia tanpa ibu Zayn mengetahui status sebenar Adellia. Adellia kecewa dengan apa yang telah berlaku. Adellia menghubungi Zayn untuk merancang sesuatu yang drastik.
6 6 Mac 2023 Zayn hadir ke majlis pernikahan Adellia. Dengan restu Suraya, Adellia mengambil peluang untuk memulakan hidup baru. Beberapa tahun berlalu, Eyra kembali ke tanah air dengan satu misi.
7 7 Mac 2023 Daniel cuba membeli saham syarikat Synergy. Adellia pulang ke rumah ayahnya untuk berjumpa Suraya, tetapi dia mendapat tentangan daripada Mak Pah. Adellia dan Zayn berpindah ke KL.
8 8 Mac 2023 Arif mencadangkan Synergy menggunakan khidmat Adellia bagi tujuan pemasaran. Zayn cemburu apabila mendapat tahu Daniel berjumpa dengan Adellia. Eyra mula memasang perangkap untuk memikat Zayn.
9 9 Mac 2023 Ridwan cuba berbaik dengan Eyra tetapi Eyra masih menyimpan dendam. Juliza mengadu kepada Adellia tentang perbuatan Arif kepadanya. Eyra cuba mengelak daripada berjumpa Adellia.
10 10 Mac 2023 Eyra cuba menggoda Zayn. Adellia berasa sedih kerana dia dapat merasakan Eyra sengaja menjauhkan diri darinya. Daniel memujuk Arif menjual bahagian sahamnya.
11 13 Mac 2023 Zain dan Adellia pergi ke rumah Aziz dengan harapan dapat meminta maaf daripada Aziz. Eyra terkejut dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang. Aziz melantik Lia sebagai pengurus baru di Synergy.
12 14 Mac 2023 Eyra dan Zayn diculik dan dikurung di kawasan berhampiran rumah Eyra. Arif meletak jawatan di Synergy kerana tidak puas hati dengan keputusan Aziz memberikan jawatan penting kepada Adellia.
13 15 Mac 2023 Eyra membuat pelbagai helah untuk mendekatkan diri dengan Zayn. Eyra mendapat peluang besar untuk dia terus berdampingan dengan Zayn. Adellia bersimpati dengan masalah yang menimpa Juliza.
14 16 Mac 2023 Keadaan Arif mula menjadi tidak terurus. Adellia yang menjadi semakin sibuk dengan kerjaya membuatkan Ian sentiasa berkecil hati. Satu insiden berlaku menyebabkan Adellia tidak berpuas hati dengan suaminya.
15 17 Mac 2023 Adellia mencadangkan kepada ayahnya agar menggunakan khidmat Zayn. Eyra mengambil segala peluang yang ada untuk menjadi lebih rapat dengan Zayn. Daniel terus meneruskan agenda Ridwan.
16 20 Mac 2023 Jualan sambal terus meningkat dan Aziz mula akur dengan kebolehan Zayn. Adellia izinkan Zayn untuk pergi menolong Eyra di resort barunya. Adellia syak Daniel ada berkomplot dengan seseorang.
17 21 Mac 2023 Daniel dan Ridwan mula bertelagah. Daniel memberitahu seseorang tentang rancangan Ridwan untuk menjatuhkan Synergy. Zayn mula bosan dengan sikap Lia yang lebih mementingkan keluarganya.
18 22 Mac 2023 Zayn dan Eyra semakin rapat. Suraya masih memarahi Aziz atas apa yang Aziz pernah lakukan kepada Ridwan dahulu. Zahir rasa dia pernah berjumpa dengan Kak Pah sebelum ini.
19 23 Mac 2023 Rancangan Adellia untuk mengajak Eyra cuti bersama merisaukan Zayn. Zayn masih keliru dengan perasaannya terhadap Eyra. Suraya rindukan Arif. Eyra berkongsi rahsianya dengan Noor.
20 24 Mac 2023 Adellia masih mengesyaki Zayn bermain kayu tiga. Aqil mahu Adellia berbincang dengan Zayn sebelum keadaan menjadi lebih keruh. Zayn mula terperangkap dengan agenda Eyra.
21 27 Mac 2023 Nabil menasihatkan Zayn supaya sentiasa menjaga perasaan Adellia. Zahir mahu mencari duit tambahan dengan mendapatkan bantuan Mak Pah. Suraya menasihati Arif supaya tidak bekerja dengan Ridwan.
22 28 Mac 2023 Cik Ani terkejut dengan tindakan Ridwan mengambil anak Aziz bekerja. Adellia masih mencurigai perilaku Zayn. Zahir membuat satu kejutan kepada ibunya.
23 29 Mac 2023 Suraya tidak mahu Adellia buruk sangka terhadap suaminya sendiri. Ada pekerja Eyra mula perasan tentang kemesraan antara Zayn dan Eyra. Adellia rasa Zayn ada berkomplot dengan Eyra.
24 30 Mac 2023 Adellia mengajak Daniel untuk turut serta dalam satu projek baru. Eyra dan Zayn meneruskan rancangan untuk bercuti di Singapura. Aziz marah apabila mengetahui Suraya menerima jambangan bunga.
25 31 Mac 2023 Daniel memberitahu Eyra yang dia tahu hubungan yang berlaku antara Eyra dan Zayn. Zayn berkongsi masalahnya dengan Nabil. Adellia terjumpa sesuatu dan mula mengesyaki yang Zayn ada menyimpan rahsia.
26 3 April 2023 Ibu kepada Zayn tidak mahu Adellia merahsiakan apa saja kesalahan Zayn. Eyra rasa Adellia tidak mengesyaki hubungan dia dan Zayn. Adellia berharap Aziz dapat bertegas sedikit dengan Mak Pah.
27 4 April 2023 Pergaduhan besar berlaku antara Zayn dan Adellia. Thalia cuba tenangkan Adellia yang sedang marah. Nabil mahu Zayn berubah menjadi lebih baik. Adellia cuba menyerang Eyra di rumah Ridwan.
28 5 April 2023 Aziz cuba untuk memujuk Suraya dengan pergi ke rumah Aqil. Kehadiran Ridwan di situ menimbulkan suasana tegang. Zayn teruk dimarahi oleh ibunya. Eyra cuba lakukan sesuatu di luar batasan.
29 6 April 2023 Adellia masih lagi sangsi dengan Zayn. Zayn tidak puas hati apabila melihat Daniel sering ada bersama Adellia. Eyra memutuskan untuk keluar daripada rumah Ridwan.
30 7 April 2023 Tanpa pengetahuan Adellia, Eyra juga hadir di sebuah majlis keramaian yang sama. Satu insiden berlaku di situ hingga menyebabkan Adellia naik angin. Suraya dapat membuktikan yang dia telah difitnah.
31 10 April 2023 Adellia cuba memasang alat penjejak di dalam telefon bimbit milik Zayn. Eyra terkejut kerana rahsia hubungan sulitnya sudah makin diketahui umum. Kerana situasi Adellia, Eyra dan Daniel turut bergaduh.
32 11 April 2023 Adellia resah apabila Eyra juga turut hadir dalam mesyuarat bersama pemilik jenama syampu. Niat Eyra untuk membantu Zayn telah menyebabkan Adellia salah sangka. Eyra mendapati dirinya kurang sihat.
33 12 April 2023 Zayn terus buruk sangka apabila melihat Adellia keluar makan bersama Daniel. Akibat tekanan emosi, Ian mula memberontak. Eyra mencari peluang untuk memberitahu Zayn tentang kandungannya.
34 13 April 2023 Mak Pah mahu Aziz segera bangkit demi untuk masa depan keluarga. Pelanggan Adellia mula memberi pelbagai nasihat kekeluargaan kepada Adellia. Zayn mahu berdepan dengan Aziz untuk meminta maaf.
35 14 April 2023 Eyra rasa Adellia perlu tahu tentang dirinya yang kini mengandung. Aziz mahu Arif kembali semula kepada keluarga. Adellia termakan hasutan orang dan mula kembali berasa sangsi terhadap keikhlasan Zayn.
36 17 April 2023 Satu kejutan besar berlaku kepada Ridwan. Eyra dikejutkan dengan kedatangan pakciknya, Rasyid. Adellia tidak dapat lagi merahsiakan perilaku Zayn daripada pengetahuan Aziz.
37 18 April 2023 Aziz berharap Arif dapat membantu untuk menerajui Synergy. Eyra buntu apabila memikirkan soal wali jika dia hendak berkahwin nanti. Adellia mahu Zayn melepaskannya dengan cara baik.
38 19 April 2023 Zayn masih cemburu buta terhadap Daniel dan Adellia. Adellia tetap dengan pendiriannya untuk meminta cerai daripada Zayn. Eyra rasa Zayn perlu lebih prihatin terhadap dirinya yang mengandung.
39 20 April 2023 Zayn memandu ke Genting Highland dengan perasaan marah. Eyra sedar yang Aziz adalah antara orang yang sering tidak sehaluan dengan Ridwan dahulu. Eyra tidak berpuas hati dengan wasiat ayahnya.
40 21 April 2023 Adellia terkejut apabila Ian bertanya kepadanya maksud penceraian. Rasyid memulakan agenda untuk masuk ke dalam Synergy. Adellia tetap berkeras untuk bercerai, dan berita ini menggembirakan Eyra.
41 24 April 2023 Zayn risau bila tahu Adellia mula mendapatkan khidmat peguam syariah yang terkenal. Rasyid meneruskan langkah untuk mengenali keluarga Aziz. Tindakan Zayn membawa Ian ke rumah Eyra mengundang padah.
42 25 April 2023 Zayn masih tidak mahu melepaskan Adellia. Adellia bertegas yang dia tetap akan berjumpa peguam dan tuntut fasakh. Eyra cuba menyerang Adellia, tetapi Eyra tersilap langkah.
43 26 April 2023 Eyra berpura-pura simpati terhadap Zayn yang baru menceraikan Adellia. Zayn tahu yang dia sudah tersilap langkah dan mahu Thalia membantunya. Rasyid meneruskan agenda untuk memerangkap Aziz..
44 27 April 2023 Rasyid meminta maaf daripada Adellia atas kejadian tempoh hari. Aziz mulai curiga terhadap Rasyid. Zayn berang apabila Daniel mahu turut serta dalam perbincangan kes cerainya ke atas Adellia.
45 28 April 2023 Daniel menyelinap masuk ke rumah Adellia pada malam hari. Zayn tidak sempat untuk membantu Adellia yang dalam keadaan trauma. Mak Pah berharap Maria dapat memenangi hati Aziz secepat mungkin.
46 1 Mei 2023 Adellia terkejut apabila mengetahui ada berita yang memburukkan namanya sudah tersebar di media sosial. Mak Pah mahu Maria lebih berhati-hati. Zayn mula resah akibat ditimpa masalah kewangan.
47 2 Mei 2023 Aziz sudah tahu siapa sebenarnya Rasyid dan mahu memerangkap Rasyid. Akibat terlalu marah, Adellia mula bertindak melulu. Adellia terpaksa berkongsi status perkahwinannya dengan Ian.
48 3 Mei 2023 Zayn terkejut apabila ibunya juga turut menjemput Adellia untuk turut serta makan bersama. Eyra terasa dirinya disisihkan oleh keluarga Zayn. Dr Farhan menceritakan kisah hidupnya kepada Adellia.
49 4 Mei 2023 Ibu kepada Zayn lebih mesra dengan Adellia, hingga Eyra sentiasa rasa dirinya disisihkan. Dr Farhan menceritakan kisah sedih hidupnya kepada Adellia. Eyra membuat satu tindakan drastik.
50 5 Mei 2023 Zayn buntu dengan nasib Eyra, dan berharap Adellia tidak akan membuat laporan polis. Mak Pah berang apabila Aziz mahu melambatkan tarikh pernikahan. Rasyid mahu mencari duit yang hilang.
51 8 Mei 2023 Eyra dan Zayn merayu kepada Adellia supaya tidak membuat laporan polis. Eyra baru sedar yang Rasyid adalah seorang penipu. Zayn terdengar perbualan Dr Farhan yang ada kaitan dengan dirinya.
52 9 Mei 2023 Adellia dapat mengesahkan pistol yang dijumpai adalah pistol sama yang digunakan untuk menembak Ridwan. Aziz memaksa Rasyid untuk menceritakan segalanya. Dr Farhan semakin mesra dengan Adellia.
53 10 Mei 2023 Memandangkan Aziz akan berkahwin, Arif bertanya kepada ayahnya tentang wasiat. Mak Pah tidak mahu Aziz menyiasat latar belakang Maria. Noor sudah tidak tahan dengan sikap Eyra.
54 11 Mei 2023 Zayn mahu kepastian yang Dr Farhan akan menjaga Adellia dan Ian dengan baik. Eyra diculik oleh sekumpulan samseng yang mahu menuntut hutang. Kak Pah mula mengesyaki Maria ada agenda tersendiri.
55 12 Mei 2023 Eyra beritahu Zayn yang Adellia telah mengupah orang untuk menculiknya. Adellia gembira melihat Dr Farhan semakin mesra dengan Adrian. Aziz mulai sangsi dengan perilaku Maria.
56 15 Mei 2023 Maria bangga kerana rancangannya untuk menghapuskan Aziz sudah hampir berjaya. Eyra pelik dengan perubahan perangai Zayn. Seluruh keluarga Mak Pah terkejut dengan apa yang berlaku kepada Aziz.
57 16 Mei 2023 Arif sekeluarga tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku. Syukri mahu mereka semua menghormati wasiat Aziz. Maria mula menukar imej dan memperkenalkan dirinya sebagai ketua syarikat.
58 17 Mei 2023 Adellia semakin bingung kerana tidak dapat menjejaki Adrian. Zayn memarahi Adellia kerana cuai. Eyra trauma kerana dirinya hampir diperkosa. Dr Farhan menyatakan hasrat hatinya kepada Adellia.
59 18 Mei 2023 Adellia geram kerana terpaksa membuang masa untuk membersihkan dirinya daripada kes fitnah. Dr Farhan kembali kepada tabiat buruknya yang dahulu. Adellia dan Arif mahu menyiasat kes wasiat Aziz.
60 19 Mei 2023 Maria masih tidak berpuas hati dengan Arif. Eyra memulakan rancangan untuk mendapatkan seorang pembantu rumah buat Adellia dan Ian. Mak Pah terus menyiasat latar belakang Maria.
61 22 Mei 2023 Dengan kehadiran 'Bedah', Eyra dapat meneruskan langkahnya untuk menjatuhkan Adellia. Nabil terpaksa meminta pertolongan Adellia untuk menyelamatkan perniagaan Zayn. Maria masih penuh dengan muslihat.
62 23 Mei 2023 Kerana kepenatan bekerja, Zayn hampir pengsan. Maria risau kerana Mak Pah sudah mula menyiasat tentang identitinya yang sebenar. Maria cuba memecat Adellia daripada bekerja di Synergy.
63 24 Mei 2023 Mak Pah risau apabila Maria tiba-tiba menghilangkan diri. Arif ada cadangan untuk menyingkirkan Maria. Keadaan kesihatan Adrian semakin teruk. Nabil mahu fikirkan masa depannya di syarikat Zayn.
64 25 Mei 2023 Helah Bedah dapat dikesan oleh Dr Farhan. Namun Bedah keliru kerana Dr Farhan juga ada agenda tersendiri. Maria terkejut apabila Mak Pah tiba-tiba dan menyerangnya. Eyra mula mendekati Maria.
65 26 Mei 2023 Zayn terkejut apabila mendapat tahu Dr Farhan telah membayar rawatan perubatan Adrian. Noor tidak sangka yang Eyra tergamak mahu meracuni Adrian. Eyra tampil memberi satu kejutan baru kepada Adellia.
66 29 Mei 2023 Eyra menyesal diatas perbuatannya terhadap Noor. Adellia keliru apabila Zayn mengatakan yang dia tahu perancangan Adellia untuk pindah ke United Kingdom. Zayn terjumpa sesuatu yang mengejutkan.
67 30 Mei 2023 Arif bersemuka dengan Mak Pah perihal duit simpanan adik-beradiknya. Syukri tidak mengetahui yang dia juga bakal menjadi mangsa Maria. Mak Pah hilang arah dan meminta simpati daripada Adellia.
68 31 Mei 2023 Zayn memarahi Eyra kerana masih terus menyusahkan ramai orang. Adellia tidak mahu buat laporan ke atas Zayn lagi kerana fikirkan kesan ke atas Adrian. Pengakuan Zayn membuatkan Eyra kecewa.
69 1 Jun 2023 Adellia memberitahu Maria supaya lebih berhati-hati. Maria mahu Eyra terus mencari Syukri supaya rahsianya tidak terbongkar. Zahir terjumpa sesuatu yang melibatkan Noor.
70 2 Jun 2023 Penyiasat berjumpa dengan Zayn untuk bertanyakan tentang Eyra, suspek utama satu kes jenayah. Eyra meminta bantuan Malek, sambil mengatakan semua yang berlaku adalah akibat fitnah daripada Adellia.

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Isteri Halal. Myinfotaip. Dicapai 22 Februari 2023