Isteri Misteri merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2020 arahan bersama Faisal Ishak dan Esham Shahlin dengan skrip oleh Ayu Amirrol, Maizura Ederis, Baizura Kahar dan Eddie Mazlan. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi. Siri ini disiarkan serentak di TV3 dan Viu dari 25 November 2020 sehingga 24 Disember 2020 dan ditayangkan sebanyak 2 episod setiap minggu.[1][2][3]

Isteri Misteri
Genre
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sahana Kamath (Viu)
  • Nor Shahila Harun Shah
Penerbit
Penyunting
  • Nik Johan
  • Farra Aizurin Zulkarnain
SinematografiZambree Haras
Tempoh siaran45–50 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 November 2020 – 24 Disember 2020
Kronologi
MengikutiKebaya Kasut Kanvas
Diikuti olehMadam E-Wallet
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Mengisahkan Rizal, seorang kaki perempuan yang menerima ramalan seorang dukun bahawa isterinya ingin membunuhnya. Dengan bantuan pembantunya, Jun, dia perlu menyelamatkan dirinya serta menghalang rancangan isterinya. Namun, masalah utamanya adalah dia mempunyai tiga orang isteri.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Isteri Misteri diterbitkan bersama oleh Primeworks Studios dan Viu.

Ini merupakan drama Viu Originals kedua yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad selepas Devoted.[5][6]

Keluaran sunting

Isteri Misteri memulakan tayangan perdana serentak di TV3 dan Viu bermula 25 November 2020.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f "Drama Isteri Misteri (TV3)". My Infotaip. 25 November 2020. Dicapai pada 7 Januari 2021.
  2. ^ Nisa' Halid (23 Disember 2020). "Isteri Misteri Siri Komedi-Drama Mencuit Hati". EH!. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  3. ^ "Viu's Isteri Misteri is a hilarious tale of a man trying to outsmart his wives" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 25 November 2020. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  4. ^ Murni Md Rejab (25 November 2020). "Sakan Betul Sharnaaz! Ada 3 Ke 4 Isteri? Betul-Betul 'Isteri Misteri' Ni…". Rotikaya. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  5. ^ "Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru "Isteri Misteri"". Kakimuvee. 25 November 2020. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  6. ^ Nisa Irina (20 November 2020). "Sharnaaz Ahmad kembali ke Viu dengan siri 'original' "Isteri Misteri"". Cinema Online. Dicapai pada 8 Januari 2021.

Pautan luar sunting