Isteri Tuan Ihsan ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Raja Ahmad Alauddin. Dibintangi oleh Aaron Aziz, dan Amyra Rosli. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 5 Disember 2016 menggantikan Awak Sangat Nakal. [1]

Isteri Tuan Ihsan 3
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Isteri Tuan Ihsan karya Sara Kyoko
Ditulis oleh
  • PGR'S Team
  • Rozie Rashid
  • Amka Ahmad
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Aaron Aziz
Amyra Rosli
Harris Baba
Gambit Saifullah
Mardiana Alwi
Maria Farida
Azhar Sulaiman
Lagu pembukaanBukan Yang Pertama - Faizal Tahir
Lagu penutupBukan Yang Pertama - Faizal Tahir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episode
Penerbitan
PenerbitDatin Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal5 Disember 2016 – 5 Januari 2017
Kronologi
MengikutiAwak Sangat Nakal
Diikuti olehSayang Papa Saya Tak

Sinopsis sunting

Seroja Irdina, gadis remaja membesar di kota. Hidupnya nampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Isteri Tuan Ihsan. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021