Isteri Untuk Diiktiraf (novel)

Isteri Untuk Diiktiraf ialah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Nurfaza Alisya, dikeluarkan pada 2015 oleh Fajar Pakeer. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Radio Televisyen Malaysia pada 2018.[1]

Isteri Untuk Diiktiraf
PengarangNurfaza Alisya
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, keluarga
PenerbitFajar Pakeer
Tarikh penerbitan
2015
Jenis mediaCetakan (kulit keras)
ISBNISBN 9789673652501

SinopsisSunting

“Awak ni dah gila ke apa? Saya pun tak inginlah nak kahwin dengan awak ni. Sudahlah perangai macam harimau, muka macam burung belatuk. Memang malang betul!” – Safiyya. “Eh, sekali aku petik jari, berduyun perempuan yang datang tahu. Tak adalah aku nak kahwin dengan perempuan macam kau ni.” - Tengku Wildan.

Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah memerangkapnya sewaktu dia bekerja di Hotel Mahkota Royal. Safiyya terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Hairie demi Tok Aki yang mahu melihatnya berkahwin sebelum datuknya menutup mata.

Di awal perkahwinan mereka, Tengku Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Safiyya untuk diikuti. Safiyya yang suka melawan kata-kata Tengku Wildan akhirnya terpaksa menurut kata-kata lelaki itu yang pandai mematahkan setiap kata-katanya. Sikap Tengku Wildan yang menjengkelkan membuatkan Safiyya benar-benar sakit hati. Tetapi, bila lelaki itu meroyan tiba-tiba, dia mula pening kepala.

“Aku baru nak tag nama kau untuk share kata-kata daripada Ustaz Nazmi Abdul Karim ni. Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya. Nak pahala senang aje. Peluk bini pun satu pahala. Mulai malam ni, nak tidur malam aku nak peluk kau.”

Kemunculan Rafiq dan Tengku Wafie secara tiba-tiba membuatkan Tengku Wildan dilanda cemburu. Dalam diam dia mula jatuh sayang dengan isterinya. Mulut kata tidak, tapi hati kata mahu. Cemburu yang menguasai diri menyebabkan dia menuduh Safiyya bermacam-macam sehingga isterinya itu merajuk menjauhinya. Ketiadaan Safiyya membuatkan hatinya benar-benar sunyi rindukan kehadiran seorang isteri.

Tengku Wildan dituduh merogol Ana Julia memberi tamparan hebat buat Safiyya. Dan lebih menyakitkan hatinya apabila suaminya turut melakukan sesuatu ke atas dirinya tatkala dia tidak sedarkan diri. Dapatkah Safiyya memaafkan perbuatan suaminya itu? Adakah bahagia untuk mereka apabila Puan Sri Raja Mona tetap berkeras mahukan Bella menjadi menantu?

Keluaran dan legasiSunting

Isteri Untuk Diiktiraf dikeluarkan pada 2015 olrh Fajar Pakeer. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Widuri bermula 29 Jun 2018 di TV1, dibintangi oleh Redza Rosli dan Elvina Mohamad.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Isteri untuk Diiktiraf by Nurfaza Alisya Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  2. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 Jun 2018). "Berjaya 'ikat' penonton". MyMetro. Dicapai pada 24 Jun 2018.