Buka menu utama

Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor

Makam Di-Raja Mahmoodiah

Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Al-Haj berlangsung pada 23 Januari 2010. Sultan Mahmud Iskandar ibni Sultan Ismail telah mangkat pada 22 Januari 2010 jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Baginda selamat di makamkan di Makam Di-Raja Mahmoodiah, Johor Bahru dengan penuh adat istiadat Di Raja.

Sakit jantungSunting

DYMM Baginda Sultan Iskandar Al-Haj telah mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru kerana sakit jantung. Kemangkatan baginda telah diumumkan melalui radio dan TV di seluruh Malaysia oleh Jurucakap Istana. Kemangkatan baginda telah di sahkan oleh Doktor-doktor Hospital Pakar Puteri. Jenazah baginda kemudiannya di pindahkan ke Istana Besar Johor untuk dimandikan dan disembahyangkan.

Tanda berkabungSunting

Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.

Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai.

Pahang turut berkabung selama 3 hari dengan bendera separuh tiang. Hiburan dan keceriaan anjuran kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan tidak digalakkan. Perlawanan bola sepak Liga Super 2010 antara Pahang dengan Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur ditunda kepada 9 Februari 2010.[1]

Pemasyhuran Sultan Johor baruSunting

Pada jam 1.30 tengah hari 23 Januari 2010, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim dimasyhurkan oleh Menteri Besar Johor sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah kesultanan Johor Moden di Tangga Agung, Istana Besar.

PemakamanSunting

Jenazah baginda dibawa menaiki pedati khas ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah sambil diiringi Askar Timbalan Setia, pehgawai-pegawai istana dan agama, kerabat diraja dan pemimpin yang lain. Pedati khas itu ditarik oleh Angkatan Tentera Johor sejauh 3 km dari Istana Besar dengan iringan syahdu al-Quran. 77 das tembakan mariam oleh 41 Bateri istiadat Kem Sungai Buloh tanda usia 77 tahun sultan ketika mangkat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut membaca talkin dan doa. Air mawar disiram dan bunga rampai ditabur.

Turut HadirSunting

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah berada di sepanjang istiadat pertabalan. Antara yang hadir ialah

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir. Datuk Seri Najib berangkat pulang lebih awal dari Chennai, India bagi menghadiri istidat pemakaman ini. Antara orang-orang tehormat lain yang hadir pada istiadat pemakaman baginda ialah bekas Menteri Besar Johor dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad bin Haji Hassan; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.[2]

Pemimpin luar negara yang turut hadir ialah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

PenafianSunting

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj melalui Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menafikan adanya unsur paksaan terhadap seluruh rakyat Johor berkenaan adat berkabung. Isu blog yang mencerca keluarga Diraja Johor telah disiasat oleh pihak polis. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menyatakan terdapat 35 atau lebih laporan polis telah di buat berhubung blog tersebut.[3]

RujukanSunting