Istislah (bahasa Arab: إستصلاح, "memulihkan" atau "mencari maslahat atau faedah"[1]) dalam usul fikah ialah pertimbangan manfaat sesuatu perkara demi kepentingan umat, dan merupakan satu ijtihad digunakan oleh para ulama untuk keluarkan keputusan kepada masalah yang tiada jawapan dalam sumber-sumber hukum lain. Ia berhubung kait dengan perkataan maslahat (مصلحة) atau "kepentingan awam".[2] Pertimbangan masalah menggunakan akal umumnya diterima dalam fikah apabila Al-Quran dan umat Muslim yang sebelumnya tidak mengeluarkan sebarang pendapat. Istislah tidak boleh digunakan apabila ia dipergunakan untuk kepentingan diri atau bertentangan dengan syariat Islam.[3]

Menurut Thomas Aquinas, istislah serupa dengan adat hukum tabii di dunia Barat. Akan tetapi, hukum tabii menganggap sesuatu itu baik jika ia memang jelas bersifat baik, dan tertakluk kepada pencapaian hasrat sendiri; Istislah menganggap sesuatu itu baik apabila ia berkaitan dengan salah satu daripada lima kebaikan. Al-Ghazali merumuskan kebaikan ini sebagai lima prinsip dalam Makasid Syariah berdasarkan Al-Quran dan sunah, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.[4] Dengan konsep ini, istislah berbeza dengan utilitarianisme—"kebahagian terbanyak demi bilangan terbanyak"—kerana sesuatu yang menghasilkan "kebahagian terbanyak" boleh melanggar salah satu daripada lima prinsip ini.

Apabila tiada sebarang dalil yang dapat digunakan daripada nas, para ulama menerbitkan keputusan dengan mempertimbangkan sama ada sesuatu perkara dapat memberi manfaat kepada seluruh umat, kemudian kepada masyarakat setempat, akhir sekali manfaat kepada individu.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Syafrudin Erfan (t.t.) Pengertian maslahat. Academia.
  2. ^ Mawil Izzi Dien. Islamic Law: From Historical Foundations to Contemporary Practice. m/s. 69.
  3. ^ Para Penyunting Encyclopaedia Britannica. (2018, April 2). Istiṣlāḥ. Encyclopædia Britannica.
  4. ^ JAKIM (t.t.) Huraian Aplikasi 5 Prinsip Maqasid Syariah Dalam Tabir Urus. Jabatan Kemajuan Islam.