Istora Gelora Bung Karno

(Dilencongkan daripada Istora Senayan)

Istora Gelora Bung Karno (singkatan dari Istana Sukan Gelora Bung Karno, disebut pula Istora Senayan) adalah sebuah stadium sukan tertutup yang terletak di dalam kompleks Gelanggang Sukan Bung Karno di daerah Jakarta, Indonesia. Kapasiti asal Istora adalah 10,000, kemudian selepas diubah suai dan dibuka kembali pada tahun 2018, kapasitinya menjadi 7,166.[3] Arena ini sering menjadi lokasi kejohanan badminton. Acara perdananya adalah Piala Thomas 1961.[4]

Istana Olahraga Gelora Bung Karno
Istora, Istora Senayan
Nama lamaIstana Olahraga Senayan (1969–2001)
LokasiGelora, Tanah Abang, Jakarta Pusat
Koordinat6°13′13.2″S 106°48′22.5″E / 6.220333°S 106.806250°E / -6.220333; 106.806250
Pecah tanah8 Februari 1960 (seluruh kompleks)
Dibuka21 Mei 1961
Diubahsuai2016–2018
Ditutup2016–2018
PemilikPemerintah Indonesia
PengendaliPusat Pengelolaan Kompleks Gelora Bung Karno (PPKGBK)
PermukaanKayu
Papan mataSeiko
Kos pembinaan$12,500,000 (1958, seluruh kompleks)
Rp132 bilion (2016–2018)[1]
Kapasiti7,166[2]
Sejarah kapasiti
  • 10,000 (1962–2008)
    9,500 (2008–2016)
    7,166 (2018–sekarang)
Dimensi padang50 kali 25 meter (55 kali 27 yd)
Penyewa
Terbuka Indonesia (badminton)

Bangunan sukan ini digunakan sebagai kelengkapan prasarana dalam rangka Sukan Asia 1962.[5] Istora dibuka sejak tanggal 21 Mei 1961 sebelum Piala Thomas 1961 yang diadakan di Jakarta.[4] Istora diubah suai untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018.[6] Acara pertamanya selepas diubah suai ialah Indonesia Masters 2018. Semasa Sukan Asia 2018, Istora menjadi lokasi perlawanan badminton serta bola keranjang, sementara ketika Sukan Para Asia 2018, arena ini merupakan tuan rumah perlawanan badminton.[7][8][9]

Kegunaan

sunting

Selain digunakan dalam Sukan Asia, Sukan Asia Tenggara dan Minggu Sukan Nasional, bangunan sukan ini telah berkali-kali dipilih sebagai arena perlawanan sukan yang memerlukan arena tertutup. Sepanjang sejarah sukan di Indonesia, banyak perlawanan sukan antarabangsa berlangsung di sini sehingga nama Indonesia dapat dikenali di seluruh dunia melalui sukan, antara lain:

Pertandingan sukan terkenal

sunting

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Diah, Femi (18 Oktober 2017). "Potensi Masalah Setelah Istora Tiba-Tiba Jadi Venue Basket Asian Games 2018". Detik.com. Dicapai pada 10 Disember 2017.
  2. ^ Ganesha, Amal (23 Januari 2018). "Jokowi Inaugurates Newly Renovated Istora Sports Hall". Jakarta Globe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2018.
  3. ^ Velarosdela, Rindi Nuris (31 Ogos 2018). "Perubahan pada Kursi Penonton di Istora Senayan demi Asian Games". Kompas.com. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  4. ^ a b Abdiel, Bagas (18 Januari 2017). "Indonesia Pertahankan Piala Thomas 1961 di Istora Senayan". Okezone.com. Dicapai pada 10 Disember 2017.
  5. ^ Nailufar, Nibras Nada (10 Julai 2018). Robertus Belarminus (penyunting). "Riwayat Stadion Utama GBK dan Ambisi Soekarno". Kompas.com. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  6. ^ Raya, Mercy (25 Januari 2018). "'Istora Sudah Layak Gelar Asian Games'". detikSport. Dicapai pada 27 Januari 2018.
  7. ^ Sawitri, Yus Mei (17 Ogos 2018). "Asian Games 2018: Istora Senayan, Surga atau Kuburan bagi Tim Bulutangkis Indonesia?". Liputan6. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  8. ^ Rida, Muhammad Ivan (30 Ogos 2018). "Asian Games 2018: Hanya Dalam Waktu 46 Jam, Istora Senayan Disulap Jadi Venue Basket". Bola.com. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  9. ^ Pambudhy, Agung (5 Oktober 2018). "Atlet Asian Para Games Jajal Istora Senayan". detikSport. Dicapai pada 6 Oktober 2018.

Pautan luar

sunting