Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek

Isu Skandal Seks DVD adalah satu isu skandal seks yang terdapat di dalam DVD yang tersebar luas di Johor terutamanya Batu Pahat. Ia melibatkan Chua Soi Lek pada akhirnya beliau meletakkan semua jawatan samada menjadi Ahli Parlimen Labis, Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat

Isu ini tersebar luas apabila DVD ini dilaporkan dimasukkan ke dalam kotak-kotak pos dan rumah, kedai yang dipilih di Muar dan Batu Pahat. Nama beliau dikatakan ditulis di atas tempat tutup DVD.

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV).

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, di atas nasihat kabinet, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali. [1]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-04. Dicapai pada 2008-01-05.