Isyariana Che Azmi
Isyariana Che Azmi (lahir 31 Oktober 1990)[3] merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia dan juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang. Beliau sering dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica.[4] Beliau mula terkenal dengan watak Lisa dalam siri drama terpanjang iaitu Hati Yang Dikhianati.
Isyariana Che Azmi | |
---|---|
Kelahiran | Isyariana binti Che Azmi 31 Oktober 1990 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi[1] |
Tahun aktif | 2014–kini |
Televisyen | Akademi Fantasia (2016)[2] |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 31 Oktober 1990 di Temerloh, Pahang dan berkelulusan dalam bidang Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.[5]
Kerjaya
suntingKerjaya awal
suntingSebelum memulakan kerjaya hiburan, Isyariana terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai pelukis pelan di negeri kelahirannya. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV i-Klon terbitan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert penyanyi Indonesia, Rossa di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan. Isya juga pernah menjadi penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cats selama setahun.
Hanarose
suntingSebelum menyertai Akademi Fantasia 2016, Isyariana pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish pada tahun 2014.[6] Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk "Girlfriend" pada April 2014.[7] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan pertemuan Isya dengan Eka telah diatur oleh Cat. Sepanjang tempoh aktif dalam industri muzik tanah air, Hanarose pernah mengeluarkan beberapa lagu yang kesemuanya digunakan sebagai muzik tema filem Melayu tempatan—"UFO" (Usin UFO), "Tiba Kini Waktu" (Coverina) dan "Deritaku" (Pengantin Malam). Kumpulan ini dibubarkan secara rasmi pada 2016.
Akademi Fantasia
suntingIsyariana merupakan salah seorang daripada 16 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 9 Oktober 2016,[8] di mana beliau menduduki tangga ke-11 dan tersingkir di konsert minggu kelima. Dalam temuramah bersama Astro Awani, Isya berkata penyingkiran beliau dari AF2016 dengan keadaan sebegini dianggap kejam. "Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya."[2] Sepanjang penglibatannya dalam AF2016, Isya menyanyikan lagu:
- "Tak Tercapai Akalmu" (Elyana)
- "Flora Cinta" (Min Malik)
- "Melompat Lebih Tinggi" (Sheila on 7)
- "Tanpa Kekasihku" (Agnez Mo)
Bidang lakonan
suntingMelengkapkan diari kerjaya hiburannya, Isyariana memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Married Tapi Benci yang dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz; beliau memegang watak ibu tiri Rina. Ia kemudian diikuti oleh watak lakonan sebagai Hanissa dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2017 juga, Isya muncul dalam telefilem Cinta Bae Kicap. Kerjaya filemnya bermula dengan memegang watak Cikgu Nur dalam filem Warkah (2019).[9].
Bidang muzik
suntingPada Jun 2021, Isyariana melancarkan single sulungnya, "Bisik Hati".[10]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Warkah | Cikgu Nur | Filem pertama |
2022 | Seratus | Penampilan khas | |
2023 | Mat Tudung Begins | Neesa | |
2024 | Saka Perawan | Putri Emilia | |
2025 | Dari Yong Peng Ke Kodiang | Pra-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Married Tapi Benci | Shiera/Mak tiri Rina | TV3 | Drama pertama |
2017 | Cerita Dari Mastika | Suraya | Astro Prima | Episod: "Mayat Ipoh Melambai" |
Urusan Hati Cik Drama Queen | Hanissa | Astro Ria | ||
Cik Serba Tahu | Sarah | Astro Ria | ||
Duda Pujaan Dara | Airis | Astro Ria | ||
2018 | Geng Tadarus | Noni | TV2 | |
Jangan Padam Rindu | Akma | TV Okey | ||
Lelaki Kiriman Tuhan | Zeenat | Astro Oasis | ||
Mata Ketiga | Farah | Tonton | Web drama | |
2019 | Cerita Dalam Kain | Azian | Astro Prima | Episod: "Suamiku Pondan" |
Calon Menantu Tuan Rumah | Ika | TV Okey | ||
Puteri Yang Ditukar | Maria (muda) | Astro Prima | ||
Rumah Siti Khadijah | Fatin | TV3 | Episod: "Call Girl" | |
Satukan Rasa | Ayu Saerah (Mak Ngah) | Astro Ria | ||
2020 | Tolong Sempurnakan Cerita Mami | Razean Safiya (mami) | Astro Ria | |
2021 | Hati Yang Dikhianati | Nur Melisa (Lisa) | Astro Prima | Watak Utama (Heroin) |
Cinta Kalut | Nur Ain | TV1 | ||
2022 | Wan Senja | Tina | TV3 | |
Biarkan Ia Pergi | Alissa | |||
Luka Di Hati Diya | Diya Mirza | TV1 | ||
2023 | Isteri Halal | Adellea | Astro Ria | |
Jangan Ambil Kerja Tuhan | Wina | TV2 | Episod: "Obses" | |
2024 | Hero Seorang Cinderella 2 | Melissa | Astro Ria |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Cinta Bae Kicap | Suhaili | Astro Warna | Telefilem pertama |
2018 | Malam Ini Aku Menangis | Shereen | Astro Ria | |
Secarik Kasih Mama | Nicky | TV Okey | ||
2019 | Kipas Belum Mati | Opie | Astro Citra | |
Izinkan Aku Menyayanginya | Zarra | TV2 | ||
Papa Segera | Cik Moon | TV1 | ||
2020 | Pentas | Rozana | Astro Citra | |
Musnahkan Pelamin Anganku | Sofiya | |||
Kemelut Impian | Nisa | TV2 | ||
Ustazah Ekpress | Tania | TV Okey | ||
3 Dukun Santet | Emma | Astro Citra | ||
2022 | Suamiku Old School | Zureen | Awesome TV | |
Walimatul Tak Urus | Mira |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2020 | Rasa | Puteri Gunung Ledang |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Sepahtu Reunion Live | Suri | Astro Warna | Episod: "Wali Tirai Besi" |
Zati | Episod: "Suri Hati Encik Duda" | |||
2021 | Laila | Episod: "Biarkan Bermimpi" | ||
Yana | Episod: "Di Ambang Bahaya" | |||
2022 | Farah | Episod: "Hanya Aku Cinta Kau Seorang" | ||
Mia | Episod: "Jodoh Pasti Bertemu" | |||
2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Artis jemputan | Muncul pada persembahan minggu ke-5 |
Peserta
suntingTahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2016 | Akademi Fantasia (musim 13) | |
2024 | Muzikal Lawak Superstar (musim 4) | Gahal |
Diskografi
suntingTahun | Tajuk |
---|---|
2014 | Girlfriend
|
Deritaku
| |
2015 | Tiba Kini Waktu
|
2016 | UFO
|
2021 | Vida
|
2021 | Bisik Hati
|
Videografi
suntingTahun | Lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2014 | Bertahan | Kristal |
Girlfriend | Hanarose |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Anugerah Telenovela 2019 | Pelakon Wanita Popular | Tercalon |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular[11] | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Zaidi Mohamad (25 Januari 2017). Isyariana 'korban' rambut panjang Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
- ^ a b Tersingkir dengan cara begini, sangat kejam - Riana AF2016 Astro Awani (19 September 2016). Diperoleh pada 25 Jun 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (12 Februari 2017). "Isyariana tak kisah watak pembantu". Berita Harian. Dicapai pada 2018-05-07.
- ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2017). Isyariana enggan 'hanyut' digelar klon Agnes Monica Berita Harian. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
- ^ Azlan Jusoh (8 September 2017). Biodata Isyariana Azmi Encik Shino. Diperoleh pada 25 Jun 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (2 September 2014). Duo Hanarose milik Cat Farish Diarkibkan 2016-09-22 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 26 Jun 2018.
- ^ Kumpulan duo Hanarose bakal lancar single "Girlfriend" Budiey (22 Mei 2014). Diperoleh pada 26 Jun 2018.
- ^ Rafiq Mazlan (20 September 2016). "Perjalanan tiga pelajar AF2016 terhenti". Sinar Harian. Dicapai pada 2018-05-07.
- ^ Norhayati Suboh (7 November 2018). Riana AF tak tolak jodoh sesama artis Mingguan Wanita. Diperoleh pada 12 September 2019.
- ^ Amri Hassan (7 Jun 2021). "Pernah sertai AF2016, Isyariana lancarkan lagu Bisik Hati". Astro Gempak. Dicapai pada 16 Ogos 2021.
- ^ Artis Baharu Wanita Popular milik Isyariana Berita Harian. 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.