Itik Pekin atau Itik Pulau Long [1] (Anas platyrhynchos domestica [2][3] atau Anas peking [1] ), ialah baka itik ternakan yang digunakan, terutamanya, untuk pengeluaran telur dan daging. Itik ini diternakkan daripada spesies Itik Melewar di China. Leluhurnya berasal dari tali air yang menghubungkan jalan air di Nanjing (bukan Beijing) dan pada asalnya memiliki badan yang kecil serta bulu yang berwarna hitam.

Itik Pekin

Dengan penempatan semula ibu negara China ke Beijing, lalu lintas barj bekalan meningkat di Beijing dan seringnya menumpahkan biji-bijian dalam pemindahanya ke darat, lalu biji-bijian itu dimakan oleh Itik Pekin. Justera, bilangan itik beransur-ansur bertambah dan bulu itik itu berubah daripada warna hitam menjadi warna putih. Menjelang zaman Lima Dinasti, spesies itik yang baharu ini diternakkan oleh petani Cina.[4]

Pada tahun 1873, sembilan ekor itik dieksport dari China ke Pulau Long di New York, Amerika Syarikat dan justera, itik itu serta dagingnya kadangkala dirujuk sebagai "Itik Pulau Long".[5] Itik Pulau Long merupakan itik komersil yang paling banyak diternakkan di Amerika Syarikat, sungguhpun sesetengah penternakannya telah dipindah dari Kaunti Suffolk, New York ke negeri Indiana. Sekitar 95% daripada semua jenis daging itik di Amerika Syarikat ialah daging Itik Pulau Long, iaitu Itik Pekin.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b http://books.google.com/books?id=qf2l--rO3JIC&pg=RA1-PA196&lpg=RA1-PA196&dq=%22long+island+duck%22+anas&source=bl&ots=ZnPb8trecw&sig=fPQRQ9w8Qor93Cq5Yb4HBFNGxmI&hl=en&ei=KTamSfTBCYjTnQf05uj4Dw&sa=X&oi=book_result&resnum=1&ct=result
  2. ^ # ^ Li, Ping-Wei; Wei Liu, Gen-Pei Li, Rong-Huan Zhu, Da-Cheng Wang (2001). "Overexpression, purification, crystallization and preliminary X-ray diffraction analysis of Cu,Zn superoxide dismutase from Peking duck". Acta Crystallographica 57 (11): 1646–1649. doi:10.1107/S0907444901011106.
  3. ^ http://www.hsus.org/farm/resources/research/welfare/welfare_ducks.html Diarkibkan 2009-02-10 di Wayback Machine - please note this source has an animal rights POV.
  4. ^ Davidson, Alan (1999). Oxford Companion to Food. Oxford: Oxford University Press. m/s. 593.
  5. ^ Food Facts & Trivia