Ito Mendoza Curata (2 November 1959 - 26 Mac 2020) ialah seorang pereka fesyen Filipina yang mengkhususkan diri dalam berkonsepkan gaun pengantin dan pakaian Filipina. Antara pelanggan terkenalnya ialah pelakon Hollywood Sharon Stone, bekas presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo, dan pelakon Filipina, Bea Alonzo.[1][2]

Ito Curata
Curata pada 2019
Kelahiran
Ito Mendoza Curata

(1959-11-02)2 November 1959
Meninggal dunia26 Mac 2020(2020-03-26) (umur 60)
Muntinlupa, Filipina
WarganegaraFilipina
PekerjaanPereka fesyen
Karya terkenal
Berpakaian pelakon Hollywood Sharon Stone dan bekas presiden Gloria Macapagal Arroyo
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Curata tinggal di San Francisco, Amerika Syarikat selama 26 tahun. Semasa di San Francisco, Curata menguruskan atelier sendiri dan merekabentuk busana untuk personaliti terkenal seperti pelakon Sharon Stone dan sosialit Helena Maria Schulz. Beliau merupakan pereka Filipina-Amerika pertama menarik perhatian Hollywood.[3] Pada awal 2000-an, Curata pulang ke Filipina dan mereka bentuk busana untuk sosialit ternama Filipina. Bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo, dan pelakon dan penyanyi Filipina Bea Alonzo merupakan antara kliennya.[1]


Di pameran fesyen Miss Universe Philippines pertama pada 2019, hasil karya Curata ialah antara yang dipamerkan.[3] Curata juga menjadi juri dan mereka gaun untuk ratu cantik.

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Curata meninggal dunia pada 26 Mac 2020 akibat pneumonia, komplikasi daripada jangkitan COVID-19. Beliau dan suaminya, Robert Miller dimasukkan ke hospital akibat gejala COVID-19.[4]

Curata mempunyai anak lelaki dengan Miller.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Filipino fashion designer Ito Curata dies of pneumonia". ABS-CBN News. 27 Mac 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  2. ^ "Fashion designer Ito Curata, 60". BusinessWorld. 30 Mac 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  3. ^ a b "The Prolific Career Of Fashion Designer Ito Curata". The Manila Times.
  4. ^ "Fashion designer Ito Curata dies after battle with COVID-19". GMA News. 28 Mac 2020. Dicapai pada 5 April 2020.
  5. ^ Moral, Cheche (29 Mac 2020). "The friendly and cheery Ito Curata". Philippine Daily Inquirer. Dicapai pada 5 April 2020.