Itu Kamu
"Itu Kamu" merupakan sebuah single pertama berbahasa Malaysia oleh kumpulan rock Malaysia, Estranged. Lagu ini telah dimuatkan dalam album sulung mereka, In Hating Memory di samping lagu-lagu bahasa Inggeris yang bernada agresif dari edisi asal. Lagu ini telah berjaya melonjakkan nama Estranged ke arus perdana setelah menumpu pada lagu berbahasa Inggeris.
"Itu Kamu" | |
---|---|
Single oleh Estranged | |
daripada album In Hating Memory (Repackaged) | |
Dikeluarkan pada | 2007 |
Dirakam pada | 2006 |
Genre | Post-grunge |
Panjang | 4:56 |
Syarikat | EAD Entertainment |
Penulis | Estranged, Rich Gimbang |
Penerbit | Estranged |
Lagu ini ditempatkan dalam kategori pop rock dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 27 Januari 2008.[1]
Video muzikSunting
Video muzik Itu Kamu diarah oleh Jack Wung dengan Tim Shim sebagai jurukamera dan pascapenerbit, menampilkan kumpulan Estranged dalam latar serba keputihan, dan babak-babak lain yang diisi oleh sejumlah 15 orang wanita.[3] Videonya ditayangkan buat julung kali di TV menerusi saluran Astro Ria pada 30 Januari 2007.[4]
Anugerah dan pencalonanSunting
RujukanSunting
- ^ "Ini Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 22 AJL22, Malam Penuh dengan Kejutan?". Budiey. 28 Januari 2008. Dicapai pada 23 Januari 2023.
- ^ "KAMI spin-offs". The Star. 28 Julai 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ^ Estranged's 'Itu Kamu' Diarkibkan 2009-04-10 di Wayback Machine, timshim.com, 21 April 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
- ^ ITU KAMU video premiere, Estranged, 26 Januari 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2008 | Anugerah Juara Lagu 2007 | Pop Rock | Menang |
Anugerah Planet Muzik 2008 | Lagu Paling Popular | Menang | |
Anugerah Industri Muzik 15 | Lagu Terbaik | Tercalon |
| |||||||||
Album studio | |||||||||
EP | |||||||||
Single |
|
Rencana berkenaan lagu ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |