Count Ivan Andreyevich Osterman (Rusia: Иван Андреевич Остерман) (1725–1811) ialah seorang negarawan Rusia dan anak kepada Andrei Osterman.[1]

Ivan Osterman

Selepas reputasi bapa Osterman jatuh, Ivan Osterman telah dipindahkan tugas daripada Pengawal Kerajaan kepada tentera biasa dan kemudian dihantar ke luar negara, di mana beliau meneruskan pendidikannya. Pada tahun 1757, Osterman berkhidmat di Rusia sekali lagi. Beliau memegang jawatan diplomatik di Paris dan Stockholm, di mana beliau mempunyai pengaruh yang besar terhadap Gustav III dari Sweden. Pada tahun 1774, Osterman telah dilantik sebagai ahli Senat Kerajaan.

Pada tahun 1783, Osterman dilantik sebagai Menteri Luar Negeri Empayar Rusia, tetapi hanya akan memainkan peranan kedua dalam jawatan ini. Rakan-rakan terdekatnya: Count Bezborodko, Putera Zubov, Fyodor Rostopchin adalah mereka yang mempunyai kuasa sebenar, tetapi mereka tidak mempunyai kefasihan berbahasa dan cara penyampaian yang berbunga-bunga yang terkenal sebagai kelebihan Osterman.

Pada tahun 1796, Osterman dilantik sebagai Canselor Empayar Rusia sebagai boneka penggubal dasar sebenar. Setahun kemudian, Pavel I dari Rusia yang baru menaiki takhta memecatnya dari jawatan. Ivan Osterman menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di Moscow. Oleh sebab dia tidak mempunyai anak sendiri, gelaran dan nama keluarganya diwarisi oleh anak saudaranya, Leo Tolstoy yang terkenal.

Rujukan sunting

  1. ^ "Count Ostermann House". Dicapai pada 3 Januari 2014.

Pautan luar sunting