Ivars Godmanis
Ivars Godmanis (lahir 27 November 1951) ialah seorang ahli politik Latvia. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama negara tersebut setelah merdeka dari Kesatuan Soviet, dan menyandang jawatan yang sama buat kali kedua pada Disember 2007.
Ivars Godmanis | |
---|---|
Perdana Menteri Latvia | |
Memegang jawatan 20 Disember 2007 | |
Presiden | Valdis Zatlers |
Didahului oleh | Aigars Kalvītis |
Dalam jawatan 7 Mei 1990 – 3 Ogos 1993 | |
Presiden | Guntis Ulmanis |
Didahului oleh | Vilnis-Edvīns Bresis |
Digantikan oleh | Valdis Birkavs |
Butiran peribadi | |
Lahir | Riga, RSS Latvia, Kesatuan Soviet | 27 November 1951
Parti politik | Latvijas Ceļš |
Godmanis bertugas selaku Perdana Menteri dari tahun 1990 hingga 1993, yang mana beliau memberi tumpuan kepada keperitan peralihan ekonomi Latvia dari komunis ke kapitalis. Pada tahun 1995, Godmanis dikurniakan anugerah Darjah Kebesaran Tiga Bintang.[1] Kemudian, beliau berkhidmat selaku Menteri Kewangan dari tahun 1998 hingga 1999. Mula-mulanya beliau menyertai Barisan Popular Latvia, tetapi setelah Barisan tersebut dibubarkan, beliau beralih ke parti Latvijas Ceļš (Arah Latvia). Pada bulan November 2006, berikutan pilihanraya yang dimenangi Arah Latvia yang bergandingan bahu bersama Parti Pertama Latvia, Godmanis menjadi Menteri Dalam Negeri.
Pada 14 Disember 2007, Godmanis dicalonkan sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Valdis Zatlers.[2] Beliau diberi kelulusan oleh parlimen pada 20 Disember, melalui undian 54 lawan 43.[3]
Pada 18 Jun 2008, Godmanis tercedera dalam kemalangan jalan raya.[4] Pada 19 September 2008 beliau mengambil tempat Roger Taylor sebagai pemain dram ketika gandingan kumpulan Queen + Paul Rodgers mendendangkan lagu "All Right Now" di sebuah konsert di Riga.[5][6]
Kemelut ekonomi dan tuduhan rasuah mengakibatkan jemaah menteri Godmanis semakin kurang popular. Pada Januari 2009, tunjuk perasaan anti-kerajaan bertukar ganas menjadi rusuhan paling dahsyat dalam negara semenjak merdeka pada tahun 1991.[7] Pada 20 Februari 2009, Godmanis meletak jawatan selaku Perdana Menteri bersama seluruh pentadbirannya berikutan kebimbangan terhadap keupayaan mereka menangani krisis ekonomi.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Triju Zvaigžņu ordenis" (dalam bahasa Latvian). gramata21.lv. Dicapai pada 2008-12-02.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Godmanis nominated for prime minister", The Baltic Times, 19 Disember 2007.
- ^ "Latvia’s old coalition back in power", Reuters (The Peninsula Online), 21 Disember 2007.
- ^ "Latvian PM fractures skull in Riga car accident", AFP (Canada.com), Wednesday, 18 Jun 2008.
- ^ "Queen + Ivars Godmanis". Queen Productions. 22 September 2008. Dicapai pada 21 February 2009.
- ^ http://www.brianmay.com/queen/queennews/queennewssep08c.html
- ^ http://www.ft.com/cms/s/0/34cc61da-e215-11dd-b1dd-0000779fd2ac.html
- ^ "Latvian PM quits as crisis bites". BBC. 20 February 2009. Dicapai pada 20 February 2009.
Pautan luar
sunting- Government of Latvia, The Cabinet of Ministers of the Republic of Latvia: Prime Minister Diarkibkan 2009-09-02 di Wayback Machine
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Aigars Kalvītis |
Perdana Menteri Latvia 2007 – kini |
Diikuti oleh: Penyandang |
Didahului oleh Vilnis-Edvīns Bresis Latvian SSR |
Perdana Menteri Latvia 1990 – 1993 |
Diikuti oleh: Valdis Birkavs |