Aileen Quimado Iwamoto (lahir 29 Ogos 1988), yang lebih dikenali sebagai Iwa Moto (Jepun: イワ・マートー), ialah seorang pelakon dan model wanita Filipina. Beliau ialah pemenang tempat musim ke-3 StarStruck, sebuah rancangan televisyen realiti pencarian bakat di GMA Network. Beliau paling dikenali menerusi watak Rita Acuesta dalam Kung Mahawi Man Ang Ulap dan Valentina dalam Darna.

Iwa Moto
ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan)
Iwa Moto pada April 2010
Kelahiran
Aileen Quimado Iwamoto

(1988-08-29) 29 Ogos 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2005–kini

Kehidupan peribadi sunting

Iwa Moto ialah anak sulung daripada tiga beradik. Bapanya, Hiroaki Iwamoto (Jepun: 岩本 宏明) ialah seorang pendatang Jepun di Filipina sementara ibunya ialah orang Filipina. Bapanya menghidap kanser hati dan meninggal pada 8 Mac 2009.[1]

Kerjaya hiburan sunting

Moto menghadiri uji bakat untuk StarStruck musim kedua namun gagal mara pada pusingan kelayakan sehingga berjaya diuji bakat untuk musim ketiga dimana beliau mara sebagai Puteri Pertama bersama Gian Carlos sebagai Putera Pertama. Selas StarStruck, Moto tampil dalam SOP Gigsters, Love to Love: Young At Heart dan Nuts Entertainment.

Moto menjalani 6 minggu bersama dengan Jackie Rice. Selepas penggantungan, Moto kembali ke Nuts Entertainment, menjadi salah seorang pelakon drama Bakekang, drama waktu pertamanya dimana beliau memegang watak Jenny, rakan karib Kristal (lakonan Lovi Poe) dan juga musim terakhir Love to Love yang merupakan Jazz Got Lucky. Moto juga menceritakan kisah hidupnya dalam Magpakailanman.

Pada tahun 2007, Moto tampil dalam Super Twins, dimana beliau memegang watak Moshi Moshi Manika, peranan antagonis pertamanya. Setelah itu, Moto memegang watak Rita dalam siri ketiga Sine Novela, Kung Mahawi Man Ang Ulap, dimana ia mendapat sambutan dari para penonton.[2][3] Selepas muncul dalam Kung Mahawi Man ang Ulap, beliau muncul pula dalam Zaido: Pulis Pangkalawakan sebagai orang kulit hitam amazon, peranan antagonisnya yang ketiga.[4][5]

Pada tahun 2008, Moto menjadi model gambar dari pertandingan FHM Filipina, menjadikannya orang Filipina ketiga yang menyandang gelatan tersebut setelah Asia Agcaoili dan Katrina Halili. Pada September tahun yang sama, Iwa menjadi penghias muka depan FHM Filipina untuk kali kedua.[6] Beliau sebelum ini menjadi penghias muka depan di FHM Singapura.

Selepas Zaido: Pulis Pangkalawakan, Moto menjadi pelakon pembantu dalam Joaquin Bordado karya Robin Padilla,[7] sebagai Diane, namun wataknya dimatikan kerana Moto terikat dengan siri kelapan Sine Novela, Magdusa Ka bersama Katrina Halili dan Dennis Trillo.[8] Setelah itu, Moto berlakon dalam Luna Mystika sebagai Donita Sagrado, antagonis utama dari watak lakonan Heart Evangelista.[9]

Pada tahun 2009, Moto muncul dalam siri waktu perdana Adik Sa'Yo sebagai Andrea, namun meninggalkan siri itu kerana terikat dengan drama Darna untuk memegang watak Valentina, antagonis utama dari Darna dan peranan terbesarnya dalam sebuah filem drama setakat ini.

Pada tahun 2010, Moto muncul kembali dalam Darna dan juga dalam Sine Novela: Ina, Kasusuklaman Ba Kita?, dengan memegang watak sebagai Rossan.[10] Beliau kemudian berlakon dalam Love Bug: "Last Romance" dan juga sebagai seorang pelakon undangan dalam Pilyang Kerubin dan dalam siri TV Beauty Queen.

Pada tahun 2011, beliau muncul dalam Dwarfina, bersama Heart Evangelista dan Dennis Trillo.[11] Projek TV terakhirnya ialah Andres de Saya, yang dibintangi oleh Cesar Montano dan Iza Calzado.

Pada tahun 2012, beliau muncul dalam Wil Time Bigtime namun meninggalkan rancangan itu kerana kontraknya dengan GMA Network tamat. Sehingga kini, belum diketahui samada beliau berpindah ke TV5 atau kekal bersama GMA-7.

Kontroversi sunting

Insiden 12 Mei sunting

Pada 12 Mei 2011, Moto betengkar dengan teman lelakinya, Mickey Ablan. Beliau berada di Studio 6 dari GMA-7 untuk menjalani penggambaran rancangan Andres de Saya. Ablan datang tepat sebelum makan tengahari. Peristiwa itu menyebabkan Moto terluka dan dibawa oleh wartawan Nelson Canlas ke Hospital Memorial Delgado di Kamuning, Bandar Quezon. Moto tidak mahu ditemubual oleh media.[12] Pada 15 Mei, beliau dihantar ke hospital. Menurut temannya Justin Ferrer, beliau kini sihat.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ "Iwa Moto's father passes away". Philippine Entertainment Portal. 9 Mac 2009.
  2. ^ "Iwa Moto plays her most daring role yet in "Kung Mahawi Man ang Ulap"". Philippine Entertainment Portal. 29 Julai 2007.
  3. ^ "Iwa Moto gets favorable responses for her contravida role". Philippine Entertainment Portal. 22 Ogos 2007.
  4. ^ "GMA-7's "Pulis Pangkalawakan" replaces "Shaider"". Philippine Entertainment Portal. 13 Julai 2007.
  5. ^ ""StarStruck 3" runner-up Iwa Moto plays villain again in "Zaido"". Philippine Entertainment Portal. 18 September 2007.
  6. ^ "Iwa Moto goes topless in latest FHM issue". Philippine Entertainment Portal. September 1, 2008.
  7. ^ Iwa Moto considers sexy role in "Joaquin Bordado" as challenging
  8. ^ ""Katrina, 'di bagay maging bida!'"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-12. Dicapai pada 2020-11-03.
  9. ^ ""Luna Mystica" casting is almost complete". Philippine Entertainment Portal. 3 Oktober 2008.
  10. ^ "GMA-7 offers two new star-studded afternoon soaps". Philippine Entertainment Portal. 15 Januari 2010.
  11. ^ "Iwa Moto on the neverending- rumor about her: Uulitin ko, hindi po ako kasal, hindi po ako buntis". Philippine Entertainment Portal. December 12, 2010.
  12. ^ "Iwa Moto and non-showbiz boyfriend Mickey Ablan make a scene on GMA-7 premises". Philippine Entertainment Portal. May 13, 2011.
  13. ^ "Iwa Moto is now safe after suspected suicide attempt". Philippine Entertainment Portal. May 16, 2011.

Pautan luar sunting