Wan Syahman bin Wan Yunus (lahir 1 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia dan Indonesia. Beliau kini masih memperjuangkan muzik dangdut, tetapi dalam genre nasyid sejak tahun 2009 dengan nama komersil Iwan Syahman[1]. Beliau terkenal dengan lagu dangdut dan pop melayu malar segar seperti "Yang Sedang-sedang Saja", "Fantasia Musim Cinta", "Cinta Keruan" dan "Wulan".

Iwan Syahman
Nama lahirWan Syahman bin Wan Yunus
Juga dikenali sebagai
Iwan
Kelahiran (1961-01-01) 1 Januari 1961 (umur 63)
Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia
Berasal dariKelantan, Malaysia
Genre1991–1994: Pop Melayu
1995–1999: Dangdut
2011–kini: Nasyid
PekerjaanPenyanyi
Penerbit
Komposer
InstrumenVokal
Percussion
Gitar
Tahun aktif1977–1999
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Amelina

Kerjaya Muzik sunting

Sebut sahaja nama Iwan pasti kita akan terkenang era kegemilangan irama dangdut kontemporari yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an. Bermula dari situ nama Iwan terus meniti di bibir peminat sehingga dia digelar raja dangdut.Simbiosis Raja Dangdut Iwan tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan Ratu Dangdut, Amelina [2]. Ketika itu jualan album solo dan kolaborasi Iwan mencecah ratusan ribu unit hingga merajai pasaran muzik tempatan. Namun selepas memasuki alaf baharu, populariti irama dangdut mula merudum ekoran diskriminasi stesen radio swasta yang enggan memutarkan lagu-lagu dangdut. Penyanyi yang banyak mencungkil bakat penyanyi dangdut wanita muda tempatan itu, masih mengharapkan peminat setia dangdut tetap bersamanya untuk menaikkan semula irama tersebut yang pernah menguasai persada muzik tanah air[3]. Iwan pernah menang saman terhadap penerbit Bollywood, Sanjeev Darshan kerana membuat saduran lagu "Yang Sedang-sedang Saja" tanpa kebenaran untuk filem lakonan Aamir Khan berjudul Mann dimana lagu itu diberi judul "Tinak Tin Tana" dalam bahasa Hindi [4].

Peribadi sunting

Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia, bapa kandung Iwan berasal dari Kelantan, Malaysia. Ketika berusia 30 tahun Iwan mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur bagi melancarkan karier nyanyiannya, biarpun masih tidak melupakan tugasnya sebagai komposer di kedua-dua negara. Iwan yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rosnah Mohd Noor pada tahun 1987 sebelum menikahi Wan Rafidah Wan Abu Bakar pada tahun 1998.[5]. Rosnah telah meninggal dunia pada tahun 2013. Iwan berkahwin dengan Avie Suriyanti, 26, berasal dari kampungnya di Permatang Siantar, Medan, Sumatera Utara pada 20 Februari 2009 dan dikurniakan tiga anak, Sumayah, 6, Sofiyah, 2, dan Abiyah, 5 bulan. (2015) [6]

Ketika meniti zaman populariti dan bergelar duda pada tahun 1996, Iwan pernah menjalin hubungan dengan Amelina selama tiga tahun sebelum hubungan mereka terlerai secara kontroversi pada tahun 1998. Amelina berkata, segala-galanya bermula selepas dia bergambar dengan aktor Norman Hakim untuk sebuah majalah hiburan [7] manakala khabar angin bertiup kencang ketika itu Iwan menjalin hubungan sulit dengan penyanyi dangdut Ani Maiyuni[8]. Pada tahun 1999, Iwan telah memfailkan saman malu terhadap Amelina berkenaan "kontroversi seluar dalam" sebelum penyanyi itu menghilangkan diri selama 15 tahun.[9].

Keluarga sunting

Iwan kini cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, yang dinikahi 20 Februari 2009. Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya untuk beralih ke muzik nasyid. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah (lahir 2009).[10]

Iwan yang pernah berkahwin dengan Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun (perkahwinan pertama), dikurniakan tiga cahaya mata. Yang sulung, Wan Ramada Agus Putra (1989), seorang graduan dari salah sebuah universiti di Australia, Wan Syamira Putri Octovia (1991), dan yang bongsu, Wan Syahera Putri Aprena, (1993). Sementara itu, Iwan dan Rafidah (perkahwinan kedua) pula sebaliknya mempunyai seorang anak angkat bernama Nursyafiqah Emisya (2002).[11]. Pada tahun 2011, Iwan menerima menantu apabila anak gadisnya Wan Syamira Putri Octavia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Mohd. Izat Abdul Rahman di rumah Rosnah di Taman Putra Perdana, Puchong.

Diskografi sunting

Album Studio sunting

Pop Melayu sunting

  • E-1 (1991)
  • E-1-3 (1993)
  • Cinta Gunawan (1993)
  • E-1-4 (1994)

Dangdut sunting

  • Wulan (1996)
  • Dangdutnya Iwan (1997)
  • Memang Enak! (1999)
  • Iwan Laki Esi Suboghang Pasa Ngilang (2003)

Nasyid sunting

  • Segalanya Allah (2011)
  • RASA (Rindu Allah, Sayang Allah) (2014)
  • The Best Of NasyidNya Iwan Syahman (2017)
  • Suara Da'ie (2018)
  • AJAIB (Akirat Janji Allah itu Benar)(2020)

Album Kolaborasi sunting

Album Kompilasi sunting

  • Best Of The Best Dangdutnya Iwan (2000)
  • Slow Rock & Dangdutnya Iwan (2005)

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2014-12-06.
  5. ^ "Iwan dan Wan Rafidah impin dan harapan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2015-12-03.
  6. ^ https://www.hmetro.com.my/node/87941
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  9. ^ Bintang Popular (1999). Iwan saman Amelina Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine. Berita Harian. Diperolehi pada 2008-08-13
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-20. Dicapai pada 2014-12-06.