Iz Sulaini (lahir Khairullah Ezuan bin Sulaini; 8 Jun 1983) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan salah seorang peserta One in a Million musim kedua.[1]

Iz Sulaini
Nama lahirKhairullah Ezuan bin Sulaini
Kelahiran (1983-06-08) 8 Jun 1983 (umur 40)
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, komposer, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2007—kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia

One in a Million 2 sunting

Iz merupakan salah seorang dari 12 peserta One in a Million musim kedua sewaktu ujibakat diadakan di Sungai Petani, Kedah. Beliau tersingkir menjelang konsert minggu keempat. Sepanjang menjadi peserta OIAM, beliau menyanyikan lagu:

Konsert Tema Lagu Ked.
Top 20 - "Time" nyanyian Billy Porter Top 12
Top 12 Pop "Wait for You" nyanyian Elliott Yamin Selamat
Top 10 Idol "When I Get You Alone" nyanyian Robin Thicke Selamat
Top 9 Rock "Suci Dalam Debu" nyanyian Iklim Tersingkir

Kerjaya sunting

Muzik sunting

Selepas tersingkir dari OIAM2, beliau melancarkan album EP pertamanya yang bertajuk Gonna Be Alright yang memuatkan sebanyak 7 lagu termasuk "Gonna Be Alright" yang dikeluarkan sebagai single pertamanya, dan lagu "Bersama Together" menampilkan Nora Danish. Pada Jun 2010, beliau bersama Amanda Imani telah dipilih oleh Austin Chase Malaysia bagi mengedarkan album mereka.[2]

Iz juga pernah mencipta lagu tema rancangan Clever Girl Malaysia yang bertajuk "Clever Girl" dan dipersembahkan oleh bekas peserta Malaysian Idol musim pertama, Nikki Palikat.[3]

Lakonan sunting

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi sebuah filem pendek bertajuk Cinta Akhir.[4]

Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Iz berlakon dalam filem sulung lakonannya, Misteri Dilaila lakonan Zul Ariffin dan Elizabeth Tan. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai seorang jurugambar.[5]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

  • "Gonna Be Alright" (2008)
  • "Bersama Together - feat Nora Danish (2008)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Judul Peranan Nota
2011 Cinta Akhir
2019 Misteri Dilaila Jurugambar

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007-2008 One in a Million (Musim 2) Peserta Tersingkir di konsert Top 9.

Rujukan sunting

  1. ^ Profile Iz OIAM 2 Sensasi Selebriti (20 Julai 2008). Dicapai pada 18 Mac 2014.
  2. ^ Siti Azira Abdul Aziz (22 Jun 2010). Iz OIAM akur nasib penyanyi indie mStar Online. Diperoleh pada 18 Mac 2011.
  3. ^ Zaidi Mohamad (20 April 2016). Iz ambil masa 10 minit gubah lagu tema Clever Girl Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  4. ^ Wahiduzzaman (23 April 2011). Iz anggap lakonan macam bogelkan diri sendiri MSTAR Online. Dicapai pada 18 Mac 2014.
  5. ^ More than a pretty face The Sun Daily (28 Ogos 2018). Dicapai pada 18 Mac 2019.

Pautan luar sunting