Izara Aishah

Pelakon wanita dan model Malaysia

Izara Aishah Hisham (lahir 28 September 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.[1][2]

Izara Aishah
Kelahiran
Izara Aishah binti Hisham

(1992-09-28) 28 September 1992 (umur 31)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanKolej Universiti Sunway
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian1.66 m (5 ka ​5 38 in)
PasanganMuhammad Adib Khalid (k. 2017)
Anak-anak2 (Irisa Alaia,Amara Amina)
Ibu bapaShafina Khalid (ibu)
KeluargaDato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa (Bapa mentua)
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin (Ibu mentua tiri)
Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham (Ibu mentua)
Dato’ Sri Rayyan Joseph King Abdullah (Bapa mentua tiri)
Izara Aishah
Maklumat pemodelan
Warna rambutHitam
Warna mataPerang

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada Isnin, 28 September 1992 Masihi bersamaan 1 Rabiatulakhir 1413 Hijrah di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor dan berdarah kacukan Melayu (bapa) dan Pakistan (ibu), beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarganya. Izara mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan SK Bukit Indah, seterusnya beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Cochrane dan SMK Seri Hartamas. Beliau bekelulusan Diploma Seni Persembahan daripada Universiti Sunway di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor.

Kerjaya sunting

Izara merupakan finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 yang turut disertai oleh Neelofa, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi dan telah memenangi tempat kedua (naib juara). Izara mula dikenali melalui drama Keranamu Laila dalam slot Zehra di TV3, dam popular menerusi drama Vanilla Coklat yang menggandingkannya bersama Aiman Hakim Ridza.[3] Beliau memegang watak Azlin dalam siri Oh My English! yang disiarkan di Astro TVIQ.[4][5]

 
Izara ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 5 April 2016.

Peranan filem Izara hadir pada 2013 apabila beliau menjadi bintang utama bersama Zizan Razak, Siti Saleha dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku FIXI, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013,[6] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.[7]

Beliau mempunyai peranan pembantu sebagai Pemandu Pelancong dalam filem Gangsterock Kasi Sengat (2015) arahan sulung pelakon Soffi Jikan. Izara menjadi bintang utama bersama pelakon senior Zamarul Hisham membintangi drama adaptasi novel Cinta Masam Manis untuk siaran di Slot Akasia TV3; beliau memegang watak sebagai Sarah, kepentingan cinta Johan lakonan Zamarul.[8]

Izara memegang watak Eddie dalam filem aksi J Revolusi (2017) lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil dan Fazura.[9] Beliau bersama pelakon cilik Nur Qistina Raisah muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[10][11][12]

Beliau dan Zul kembali bersama dengan menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Nana.[13]

Izara merupakan antara lima selebriti yang dipilih sebagai duta bagi kempen #ThroughTheLens anjuran AirAsia. Empat selebriti lain yang terlibat termasuk Alvin Chong, Elfira Loy, Juliana Evans dan Zahirah MacWilson.[14]

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar 10 Oktober 2014, Izara mula berpacaran dengan Muhammad Adib Khalid, anak tiri penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan anak kepada ahli perniagaan terkenal Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa.[15][16] Pasangan ini berkahwin pada 17 November 2017.[17][18]

Selain itu, Izara juga bersahabat baik dengan pelakon Kilafairy yang dikenalinya sejak berusia 9 tahun dan sama-sama belajar di sekolah sama di USJ Subang.[19]

Pada 15 April 2020, Izara dan Adib dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 KL Zombi Ana Filem pertama
2014 Chikaro Nori
Sejoli: Misi Cantas Cinta Nita
2015 Pilot Cafe Maya
Sinaran Tina
Gangsterock Kasi Sengat Maya
2016 Showdown The Movie Farin
2017 J Revolusi Eddie
Kau Yang Satu Salina
Balun Nur Ain

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Keranamu Laila Laila TV3
Soffiya Fiona
Kasih Najihah Najihah TV9
Jejaka J Julia Astro Prima
Vanilla Coklat Zara Aishah TV3
2012 Amukan Pocong Amy Amir
Naziha Naziha
Friday I'm In Love Fatin TV9
Oh My English! Azlin Astro TVIQ
2013 Cinta Pandang Kedua Salmah TV9
Oh My English! Musim 2 Azlin Astro TVIQ
2014 Kifarah 2: "Kejam" Murni TV3
2015 Teman Lelaki Upahan Zarra Aulia
2016 Cinta Masam Manis Nur Sarah
2017 Sayang Papa Saya Tak? Kasih Astro Ria
Masih Membara Cintaku TV2
Dia Emelda TV3
2018 Mr. London Ms. Langkawi Nana Astro Warna
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Annisa Astro Prima
Cinta Yang Ku Rasa Laila Nabila TV2
Ombak Rindu The Series Izzah Iflix
2021 Realiti Cinta Ariana WeTV

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Hantu Gigi Astro Prima
Selumbar Kasih Zulaikha TV9
Di Sini Bermula Maria TV AlHijrah
Pusing Beraya TV3
2012 Alamak 7 Hari Lagi Diana
Vanila Coklat Raya Zara Aishah
2013 Cinta Mat Semperit Ariani
Nama Aku Beng Lisa Astro Ria
2014 Tollgate Asmara Latifah TV3
Seteguh Kasih Ibunda TV1
2015 Hajah Heathrow TV3
Sawan
Kayaku Kayap
Cik Siti Cik Siti
Cikgu Gangster Astro Ria
Noda Setitik Arak Mawar
Cinta Riyadhus Solihin Salina TV AlHijrah
2016 Yang Terakhir Untukku Dhia TV3
Rantai TV2
Sirat Al-Mustaqeem Eika Astro Oasis
2017 Dika Baran Dika TV1
Isteriku, Cikguku Maria TV3
Amnesia Pelamin Erina Erina TV2
Ramadan Terindah Nurani Nuraini TV3
Lambor Kanan Belakang Dewan Astro Prima
Siapa Dia Sebenarnya Adrianna TV3
Baby Bro Astro First Eksklusif
Menyusur Erti Rindu Dalila TV9
2020 Semperit Cinta Zara TV2
2021 Kerana Setitik Susu Mia TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Sepahtu Reunion Live Suri Astro Warna Episod: "Samseng Kampung Cherry"
2018 Bintang Bersama Bintang Juri Jemputan TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk
2005 Tok Rimau

Iklan sunting

Tahun Tajuk
McDonald's
Fair & Lovely
Burger King
Veet

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009/2010
Dewi Remaja
Tempat ke-2 Menang
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Artis Baru Wanita Popular Tercalon
Artis Wanita Popular Online Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Menang
Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
Anugerah Skrin ke–16
Anugerah Sinaran Pantente Tercalon
2013
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–26
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2014
Anugerah Skrin ke–18
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Sejoli: Misi Cantas Cinta Tercalon
2015
Festival Filem Malaysia ke-27
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Tribute P Ramlee Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seteguh Kasih Ibunda Menang
Anugerah Skrin ke-19
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Pilot Cafe Tercalon
2016
Anugerah Stail EH!
Selebriti Pilihan Kulit Majalah Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016
Pelakon Wanita Pilihan Online Tercalon
2017
Anugerah Stail EH!
Selebriti Paling Fotogenik Menang
Festival Filem Malaysia ke–29
Pelakon Wanita Terbaik Kau Yang Satu Tercalon
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) J Revolusi Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Beto Kusyairy) Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Aaron Aziz) Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Terbaik Filem Kau Yang Satu Menang
Anugerah Skrin ke–22
Pelakon Wanita Terbaik Filem Kau Yang Satu Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mangsa hamba seks Diarkibkan 2011-10-23 di Wayback Machine. beritaharian. 23 Oktober 2011. Retrieved 10 Ogos 2013.
  2. ^ Zaidi Mohamad (18 Oktober 2017). "Izara sah bergelar isteri Adib". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  3. ^ "Aiman, Izara mesra bersama". Kosmo!. 28 Ogos 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  4. ^ "Astro launches Oh My English". The Borneo Post. 26 Mei 2012. Dicapai pada 5 Disember 2012.
  5. ^ "Izara Aishah dengan uniform sekolah untuk Oh My English". Beautifulnara. 25 Mei 2012. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  6. ^ KL Zombi tidak seram Diarkibkan 2017-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  7. ^ "What would KL look like in a zombie apocalypse?". Poskod.my. 29 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
  8. ^ Aqmar Mustaza (5 Oktober 2016). Cinta Masam Manis bukan drama hingusan Sinar Harian. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  9. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (15 Februari 2017). "Izara Aishah is one tough cookie in upcoming action flick, J Revolusi". New Straits Times. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  10. ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  11. ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  12. ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  13. ^ "Mr London Ms Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah". KepalaBergetar. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  14. ^ "A shot at being double ambassador". The Star Online. 24 Oktober 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (14 Oktober 2014). "Kilafairy, Izara 'kamcing' sejak usia 9 tahun". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  16. ^ Zaidi Mohamad (14 April 2015). "Izara Aishah bakal jadi menantu Siti Nurhaliza?". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  17. ^ Feride Hikmet Atak (17 November 2017). "Izara sah bergelar isteri Adib". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  18. ^ Zaidi Mohamad (7 Julai 2017). "Izara, Adib nikah 17 November". Berita Harian. Dicapai pada 5 Disember 2017.
  19. ^ Zaidi Mohamad (10 Mei 2018). "Kilafairy, Izara 'kamcing' sejak usia 9 tahun". Berita Harian. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  20. ^ Sudirman Mohd Tahir (16 April 2020). "Sudirman Mohd Tahir". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2020.

Pautan luar sunting