Izi Yahya
Izi Yahya (1965 – 25 Jun 2007) merupakan seorang pelakon dan dramatis yang cukup terkenal dengan lakonannya sebagai penjahat dengan watak negatif dan antagonis.
Izi Yahya | |
---|---|
Kelahiran | Rafizi bin Yahya 1965 |
Meninggal dunia | 25 Jun 2007 (berumur 41–42) |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, Selangor |
Nama lain | Izi Yahya |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1984–2007 |
Pasangan | Suraya Abdullah |
Anak-anak | 1 |
Bapa | Yahya Mat Samah |
Saudara | Aswad Yahya (abang) |
Lakonan Izi Yahya akan tetap dikenang ramai kerana beliau merupakan antara pewaris yang menyambung legasi pelakon legenda berwatak jahat dan bengis seperti Salleh Kamil dan A. Rahim.
Beliau telah meninggal dunia pada hari 25 Jun 2007 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada jam 10.30 pagi akibat sakit jantung. [1]
Sepanjang kerjayanya dalam bidang seni, beliau telah menggegarkan industri perfileman termasuk melakonkan watak tentera Jepun bernama Lieutenant Akaishi yang cuba memperkosa Embun (Umie Aida) dalam filem Embun pada tahun 2002. Beliau turut berlakon dalam banyak drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada.
Meninggal dunia pada 25 Jun 2007 setelah jatuh semasa penggambaran, doktor mengesahkan beliau meninggal akibat sakit jantung.
Jenazah Izi telah dibawa balik ke rumah keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di perkuburan Islam Ulu Klang.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1985 | Ali Setan | Jeff | Filem pertama |
1986 | Balik Kampung | Johari | |
Ali Setan 2 | Jeff | ||
1993 | Pemburu Bayang | Helmy | |
1995 | Pesona Cinta | ||
Johnny Bikin Filem | Robert | Tidak ditayangkan | |
2002 | Embun | Leftenan Akaishi | |
2007 | Qabil Khushry Qabil Igam | Asrul | Filem terakhir |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1998 | Roda-Roda Kuala Lumpur | TV1 | |
1999 | Gerak Khas (Musim 1) | ||
2004 | Rahsia Sebuah Pengorbanan | ||
Sephia | TV3 | ||
Kalau Kasih Masih Ada | |||
2005 | Nur |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1990 | Tuhan Sayang Padamu | Bob Tokan | |
1993 | Peti Maut | ||
2003 | Neon | Inspektor Polis | VCD |
Puteri Histeria | |||
2004 | Orang Gaji 2 | ||
2007 | Suara Saleha | TV3 |
Anugerah dan pencalonanSunting
- Festival Filem Malaysia ke 16 (2003) - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
RujukanSunting
- ^ "Pelakon Izi Yahya meninggal akibat pendarahan otak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-01. Dicapai pada 2015-01-01.