Muhammad Hazwan "Izzmad" Harun ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya seperti "Cinta Di Hujung Dedaun" dan "Bulan Bintang".[2][3]

Izzmad Harun
Nama lahirMuhammad Hazwan bin Harun
Kelahiran1994 (umur 29–30)
Teluk Intan, Perak, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Zizzra Red Entertainment

Kerjaya sunting

Izzmad memulakan kerjaya muziknya selepas menyertai pelbagai pertandingan termasuk Karaoke Jelajah Pulau Pinang dan ujibakat di bawah penilaian pimpinan Orkestra RTM, Ismail Ahmad Nawab. Bermula dari situ, beliau ditawarkan merakamkan single bertajuk "Cinta Di Hujung Dedaun" yang bergenre pop balada hasil karya Amar Mahsuri, Mie Kuarters dan Man Ikhman. Beliau kemudian melancarkan album EP senama yang memuatkan sebanyak 8 lagu, dan menerima sentuhan daripada Rosli Selasih dan Nira Aria.[4] Beliau melancarkan single ke-11, "Bisa Pertama" pada Disember 2018.[3] Izzmad juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas bakatnya dicungkil oleh Shuhaimi Lua Abdullah dan pernah membintangi beberapa drama dan telefilem seperti Jangan Ambil Botol Itu dan Isteri Untuk Abang Long.[5][6]

Kehidupan peribadi sunting

Izzmad dilahirkan dan dibesarkan di Teluk Intan, Perak dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Adik bongsunya, Nur Hazwana memiliki status Orang Kurang Upaya (OKU) yang menghidap penyakit saraf air kepala tersumbat.[5][7][8]

Diskografi sunting

Single
Tajuk Tahun
"Cinta Di Hujung Dedaun" 2015
"Bulan Bintang" 2016
"Nilai Kasih" 2017
"Bisa Pertama" 2018

Rujukan sunting

  1. ^ Ardini Sophia Sina (31 Januari 2019). "Izzmad gigih demi impian". Harian Metro. Dicapai pada 17 April 2020.
  2. ^ Budiey (11 Oktober 2016). "Single Bulan Bintang taruhan Izzmad Harun". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2020.
  3. ^ a b Kharizal Mat Khalid (10 Disember 2018). "Tangisan pilu Izzmad Harun iringi pelancaran single pertama, Bisa Pertama". Youth Bernama. BERNAMA. Dicapai pada 17 April 2020.
  4. ^ Zaidi Mohamad (23 November 2015). "Izzmad Harun tak putus asa". Berita Harian. Dicapai pada 17 April 2020.
  5. ^ a b Mohd Izzat Mohd Khalizan (6 Disember 2018). "Izzmad Harun komited terus berkarya demi adik OKU". mStar Online. Dicapai pada 17 April 2020.
  6. ^ "Kegembiraan berganda Izzmad". Perak Today. 1 Julai 2016. Dicapai pada 17 April 2020.
  7. ^ "Izzmad sings to make disabled brother happy" [Izzmad menyanyi untuk membahagiakan adiknya yang kelainan upaya] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 8 Disember 2018. Dicapai pada 17 April 2019.
  8. ^ Mohd Fadhil Abdollah (7 Disember 2018). ""Tak mengapa, saya reda demi adik"". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2018. Dicapai pada 1 Mei 2019.

Pautan luar sunting