John Frederick Adolphus McNair

(Dilencongkan dari J.F.A. McNair)

Mejar John Frederick Adolphus McNair adalah seorang pegawai British yang menjadi salah seorang pentadbir awal di negeri-negeri Melayu yang ditadbir oleh pihak British selepas campur tangan mereka bermula tahun 1874.

Istana Singapura antara bangunan yang direka bentuk dan dibina oleh John Frederick Adolphus McNair

Mejar John Frederick Adolphus McNair dilahirkan di Bath dalam tahun 1828, anak sulung kepada Major Robert McNair, seorang pegawai staf (tentera) di London. Mejar McNair menerima pendidikan di King's College dan di Royal School of Mines, London (kini Royal College of Science). Mejar McNair menyertai pasukan Madras Royal Artillery dalam tahun 1845. Dalam tahun-tahun 1865 hingga 1867, Mejar Mcnari menjadi Timbalan Gabenor di Penjara Woking menyelia kerja-kerja pembinaan awam.

Major John Frederick Adolphus McNair berkhidmat sebagai seorang Jurutera Kolonial (Colonial Engineer) di Singapura bermula tahun 1867. Mejar John Frederick Adolphus McNair juga adalah Pengawal Banduan (Comptroller of Convicts) di Negeri-Negeri Selat dalam tahun-tahun 1857 hingga 1877. Dalam tahun 1857, Mejar McNair juga menjadi Setiausaha peribadi kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Di dalam jawatan ini, Mejar McNair menggunakan tenaga kerahan banduan untuk projek pembangunan awam di Singapura, termasuklah pembinaan bangunan yang kini dipanggil Istana Singapura. Dalam tahun 1872, McNair mengetuai Jabatan Kerja Raya (Public Works Department). Mejar McNair membuat reka bentuk dan seterusnya menyelia pembangunan Istana Singapura. Bangunan lain yang dibina oleh Mejar McNair adalah bangunan Empress Place, Gereja St. Andrews dan Sekolah Tao Nan.

Selepas pembunuhan J.W.W. Birch dalam tahun 1875, Mejar McNair dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya di Perak. Mejar McNair juga menjadi Pemangku Leftenan Gabenor Pulau Pinang dalam tahun-tahun 1881-1884 dan Ahli Majlis di Pulau Pinang .

Mejar McNair bersara tahun 1884 dan meninggal dunia dalam tahun 1910. Mejar McNair menulis dua buah buku, Perak & the Malays : Sarong and Kris dalam tahun 1878, edisi digital boleh diperolehi di sini [1] dan Prisoners Their Own Warders (1899).