Robert Oppenheimer

(Dilencongkan dari J. Robert Oppenheimer)

J. Robert Oppenheimer (lahir Julius Robert Oppenheimer; /ˈɒpənhmər/ OP-ən-hy-mər; 22 April 1904 – 18 Februari 1967) dulu adalah seorang ahli fizik teori Amerika serta profesor fizik Universiti California, Berkeley. Oppenheimer ialah ketua perang dalam Makmal Los Alamos dan lazimnya disifatkan sebagai "bapa bom atom" disebabkan oleh penglibatannya dalam Projek Manhattan ketika Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membangunkan senjata-senjata nuklear terawal dunia.

J. Robert Oppenheimer
Head and shoulders portrait
J. Robert Oppenheimer, sekitar 1944
Kelahiran(1904-04-22)22 April 1904
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia18 Februari 1967(1967-02-18) (umur 62)
Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanKolej Harvard
Kolej Christ, Cambridge
Universiti Göttingen
Terkenal keranaPembangunan senjata nuklear
PasanganKatherine "Kitty" Puening (k. 1940)
Anak-anak2
AnugerahAnugerah Enrico Fermi (1963)
Kerjaya saintifik
BidangFizik teori
InstitusiUniversiti California, Berkeley
Institut Teknologi California
Makmal Los Alamos
Institute for Advanced Study
TesisZur Quantentheorie kontinuierlicher Spektren[1] (1927)
Penasihat kedoktoranMax Born
Pelajar kedoktoranSamuel W. Alderson
David Bohm
Robert Christy
Sidney Dancoff
Stan Frankel
Willis Eugene Lamb
Harold Lewis
Philip Morrison
Arnold Nordsieck
Melba Phillips
Hartland Snyder
George Volkoff
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Abang kepada ahli fizik Frank Oppenheimer

Dilahirkan di Bandaraya New York dari sebuah keluarga pendatang Yahudi-Jerman, Oppenheimer memperoleh ijazah sarjana seni dalam bidang kimia dari Universiti Harvard pada tahun 1925 dan kedoktoran dalam fizik dari Universiti Göttingen di Jerman pada tahun 1927, di mana beliau belajar di bawah Max Born. Selepas penyelidikan di institusi lain, beliau menyertai jabatan fizik di Universiti California, Berkeley, di mana beliau menjadi profesor penuh pada tahun 1936. Beliau memberi sumbangan besar kepada fizik teori, termasuk pencapaian dalam mekanik kuantum dan fizik nuklear seperti Penghampiran Born–Oppenheimer untuk molekul fungsi gelombang, bekerja pada teori elektrons dan positrons, proses Oppenheimer–Phillips dalam lakuran nuklear, dan kerja awal pada terowong kuantum. Bersama pelajarnya, dia juga membuat sumbangan kepada teori bintang neutron dan lohong hitam, teori medan kuantum, dan interaksi sinar kosmos.

Pada tahun 1942, Oppenheimer telah direkrut untuk bekerja di Projek Manhattan, dan pada tahun 1943 beliau dilantik sebagai pengarah projek Makmal Los Alamos di New Mexico, ditugaskan untuk membangunkan senjata nuklear pertama. Kepimpinan dan kepakaran saintifiknya memainkan peranan penting dalam kejayaan projek itu. Pada 16 Julai 1945, beliau hadir pada ujian pertama bom atom, Trinity. Pada Ogos 1945, senjata itu digunakan terhadap Jepun dalam pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam konflik bersenjata.

Pada tahun 1947, Oppenheimer menjadi pengarah Institut Kajian Lanjutan di Princeton, New Jersey, dan mempengerusikan Jawatankuasa Penasihat Am yang berpengaruh bagi U.S. Suruhanjaya Tenaga Atom. Dia melobi untuk kawalan antarabangsa kuasa nuklear untuk mengelakkan proliferasi nuklear dan perlumbaan senjata nuklear dengan Kesatuan Soviet. Beliau menentang perkembangan bom hidrogen semasa perbahasan kerajaan 1949–1950 mengenai persoalan itu dan seterusnya mengambil pendirian mengenai isu berkaitan pertahanan yang menimbulkan kemarahan beberapa puak kerajaan dan tentera AS. Semasa Ketakutan Merah kedua, pendirian Oppenheimer, bersama-sama dengan persatuan masa lalunya dengan Parti Komunis Amerika Syarikat, membawa kepada pembatalan pelepasan keselamatannya, berikutan perbicaraan keselamatan 1954. Ini secara berkesan menamatkan aksesnya kepada rahsia atom kerajaan dan kerjayanya sebagai ahli fizik nuklear. Walaupun dilucutkan pengaruh politik langsungnya, Oppenheimer tetap meneruskan kuliah, menulis, dan bekerja dalam fizik. Pada tahun 1963, sebagai isyarat pemulihan politik, beliau telah diberikan Anugerah Enrico Fermi. Dia meninggal dunia empat tahun kemudian, akibat kanser tekak. Pada 2022, pemerintahan persekutuan A.S. kosongkan pembatalan pelepasan keselamatannya pada 1954.

Kehidupan awal sunting

Zaman kanak-kanak dan pendidikan sunting

Julius Robert Oppenheimer[catatan 1] dilahirkan di Bandaraya New York pada 22 April 1904 dalam keluarga Yahudi sekular.[2][3]:5-11 Bapanya, Julius Oppenheimer ialah seorang pengimport tekstil yang berpindah dari Jerman ke Amerika Syarikat pada 1888 manakala ibunya, Ella Oppenheimer (nama gadis Friedman) ialah seorang pelukis dan berasal dari Baltimore.[4] Julius lahir di Hanau, yang saat itu merupakan bahagian dari Wilayah Hesse-Nassau di Kerajaan Prusia dan merantau ke Amerika Syarikat bila remaja pada tahun 1888 dengan sedikit modal, tanpa wang, tanpa gelar sarjana, dan tanpa kemampuan bahasa Inggeris. Beliau mendapat pekerjaan di perusahaan tekstil dan dalam hanya satu dekad, beliau berjaya mengetuai perusahaan tersebut dan menjadi kaya raya.[5] Pada tahun 1912, keluarganya pindah ke lantai 11 sebuah pangsapuri di Riverside Drive 155, berhampiran West 88th Street, Manhattan, kawasan yang terkenal memiliki banyak rumah agam dan rumah mewah.[6] Keluarga mereka memiliki koleksi lukisan karya Pablo Picasso dan Édouard Vuillard, dan setidaknya tiga lukisan asli karya Vincent van Gogh.[7] Oppenheimer mempunyai seorang adik lelaki, Frank yang juga turut menjadi seorang ahli fizik dan kelak membina muzium sains Exploratorium di San Francisco.[8][3]:16

Oppenheimer mendapat pendidikan awal di Alcuin Preparatory School dan memasuki Ethical Culture Society School yang diasaskan oleh Felix Adler untuk menganjurkan pendidikan berlandaskan Budaya Etika, yang memiliki moto "Pengabdian sebelum Kepercayaan" pada 1911.[3]:35 Ayahnya telah menjadi ahli lembaga tersebut selama bertahun-tahun sebagai dewan pengawas.[9] Oppenheimer adalah seorang pelajar pelbagai bakat yang tertarik pada sastra Inggeris dan Perancis sekaligus meminati mineralogi.[10] Beliau menamatkan kelas tiga dan empat hanya dalam waktu satu tahun dan menghabiskan masa kelas delapannya hanya dalam waktu setengah tahun.[11] Pada tahun terakhirnya, Oppenheimer mulai menekuni kimia.[12] Beliau lulus pada tahun 1921, tetapi tertunda satu tahun kerana terserang kolitis, yang dihidapnya saat bercuti di Czechoslovakia. Beliau menjalani penyembuhan di New Mexico yang menumbuhkan kegemarannya terhadap berkuda dan suasana barat daya Amerika Syarikat.[13]

Oppenheimer mendapat pendidikan tinggi di Kolej Harvard (kolej prasiswazah Universiti Harvard) ketika berumur 18 tahun dalam jurusan kimia.[3] Harvard juga mewajibkan mata kuliah sejarah, sastera, dan falsafah atau matematik. Ia memapaskan keterlambatannya masuk kuliah dengan mengambil enam mata kuliah setiap semester yang lebih banyak dari kebanyakan mahasiswa yang hanya mengambil empat mata kuliah setiap semester. Oppenheimer diterima di perhimpunan kehormatan Phi Beta Kappa dan diberi gelar sarjana fizik melalui pengajian bebas, yang bermakna beliau boleh menjalani perkuliahan lanjutan tanpa ikut perkuliahan dasar. Beliau mulai tertarik pada fizik eksperimental, berawal dari mata kuliah termodinamik yang diajarkan oleh Percy Bridgman. Pada tahun 1925, setelah berkuliah selama tiga tahun, Oppenheimer lulus dari Harvard dengan gelar Sarjana Muda Seni, summa cum laude.[14]

Pelajaran di Eropah sunting

 
Laboratorium Heike Kamerlingh Onnes di Leiden, Belanda, 1926. Oppenheimer berada di barisan tengah, kedua dari kiri.

Setelah menamat pelajarannya di Harvard, Oppenheimer mendapat tawaran belajar di Kolej Christ, Cambridge. Oppenheimer menyurati Ernest Rutherford, meminta izinnya untuk bekerja di Laboratorium Cavendish, walaupun surat saranan dari Bridgman menjelaskan bahawa kerana kecuaian Oppenheimer di laboratorium, fizik teori adalah keahliannya, bukannya fizik eksperimental. Rutherford tidak terkesan, tetapi Oppenheimer tetap berangkat ke Cambridge.[15] Beliau akhirnya diterima oleh J. J. Thomson dengan syarat harus menyelesaikan kursus laboratorium dasar terlebih dahulu.[16]

Oppenheimer tidak selesa di Cambridge dan menulis surat kepada seorang kawannya: "Saya menjalani waktu yang sangat buruk. Pekerjaan lab sangat membosankan, dan saya sangat teruk dalam hal itu sehingga saya mungkin tidak merasa sedang mempelajari sesuatu".[17] Hubungannya dengan gurunya, Patrick Blackett, agak teruk. Menurut seorang kawannya, Francis Fergusson, Oppenheimer mengaku pernah meletakkan epal yang disuntikkan racun di meja Blackett yang akhirnya tidak dimakan olehnya atau siapapun. Orang tua Oppenheimer memujuk pihak universiti agar tidak mengajukan tuntutan pidana atau mengeluarkannya. Sebagai hukuman, Oppenheimer menjalani masa ujian dan harus menjalani kaunseling berkala dengan pakar psikiatri di Harley Street, London.[18][19]

Oppenheimer berperawakan tinggi, kurus, dan seorang perokok berat,[20] yang sering melewatkan jam makan saat sedang menumpukan perhatian tinggi. Banyak kawannya yang mengatakan bahawa kebiasaannya tersebut bisak merosak kesihatan dirinya. Dalam salah satu kejadian, Fergusson mencuba mengalihkan perhatian Oppenheimer dari kemurungannya dengan mengatakan padanya bahawa dia (Fergusson) akan mengahwin kekasihnya, Oppenheimer mendadak melompat ke arah Fergusson dan mencuba mencekiknya. Oppenheimer mengalami tempoh kemurungan hampir sepanjang hidupnya,[21][22] dan beliau pernah berkata kepada adiknya bahawa beliau "lebih memerlukan fizik daripada kawan".[23]

Pada tahun 1926, Oppenheimer meninggalkan Cambridge untuk sambung belajar di Universiti Göttingen di bawah dengan Max Born. Göttingen adalah salah satu pusat fisika teori terkemuka di dunia. Di Göttingen, Oppenheimer memiliki banyak kawan yang kelak menjadi tokoh besar, termasuk Werner Heisenberg, Pascual Jordan, Wolfgang Pauli, Paul Dirac, Enrico Fermi dan Edward Teller. Beliau dikenal terlalu bersemangat dalam perbincangan, terkadang sampai mengambil alih sesi perkuliahan.[24] Hal tersebut membuat beberapa murid Born lainnya sangat kesal sehingga Maria Goeppert melayangkan protes kepada Born melalui petisi yang ditandatangani oleh dirinya sendiri dan mahasiswa lain, yang mengancam akan memboikot kelas kecuali jika Born dapat menyuruh Oppenheimer diam. Born meninggalkan petisi tersebut di mejanya, agar Oppenheimer dapat membacanya, dan hal tersebut berhasil tanpa harus mengatakan apapun ke Oppenheimer.[25]

Oppenheimer berjaya mendapat taraf Doktor Falsafah ketika berusia 23 tahun pada Mac 1927, dibimbing oleh Born.[26] Setelah ujian lisan, James Franck, profesor yang mengujinya, mengutarakan: "Saya gembira ia sudah berakhir. Dia sudah di ambang menyoal saya."[27] Oppenheimer menerbitkan lebih dari sedozen kertas kerja semasa di Eropah, termasuk beragam sumbangan penting dalam bidang baru dalam mekanik kuantum. Beliau dan Born menerbitkan makalah terkenal mengenai hampiran Born–Oppenheimer, yang memisahkan gerak nuklear dari gerak elektronik dalam perlakuan matematik molekul, memungkinkan pengabaian gerak nuklir untuk menyederhanakan perhitungan. Karya tersebut menjadi karyanya yang paling banyak petik.[28]

Kerjaya awal sunting

Pengajaran sunting

 
Kakitangan Makmal Radiasi Universiti California (termasuk Robert R. Wilson dan pemenang hadiah Nobel Ernest Lawrence, Edwin McMillan, dan Luis Alvarez) pada kuk magnet untuk siklotron 60-inci (152 cm), 1938. Oppenheimer ialah sosok tinggi yang memegang paip di baris atas, betul-betul di tengah.

Oppenheimer ditawari oleh Akademi Sains, Teknik, dan Kedokteran Nasional Amerika Syarikat untuk menjadi ahli akademik di Institut Teknologi California (Caltech) pada bulan September 1927. Bridgman juga menginginkannya mengajar di Harvard sehingga beliau mengambil jalan tengah. Beliau membahagikan jadual mengajarnya untuk tahun akademik 1927–1928, dengan Harvard diambilnya pada tahun 1927 dan Caltech pada tahun 1928.[29] Di Caltech, beliau berkawan rapat dengan Linus Pauling. Keduanya berancang melakukan penyelidikan bersama mengenai sifat ikatan kimia, yang dirintis oleh Pauling, dengan Oppenheimer menyumbangkan pengetahuan matematikanya dan Pauling akan menafsirkan hasilnya. Kerjasama dan persahabatan mereka berdua berakhir setelah Oppenheimer mengajak isteri Pauling, Ava Helen Pauling, berkencan dengannya di Mexico.[30] Oppenheimer kelak menawari Pauling untuk mengepalai Divisi Kimia Projek Manhattan, tetapi Pauling menolaknya, beralasan bahwa ia adalah seorang pasifis.[31]

Pada musim gugur 1928, Oppenheimer mengunjungi institut Paul Ehrenfest di Universiti Leiden, Belanda dan memberikan kuliah umum dalam bahasa Belanda, walaupun tidak terlalu fasih berbahasa tersebut. Di sana, beliau diberi julukan Opje,[32] yang kemudian dialih bahasakan oleh murid-muridnya menjadi "Oppie".[33] Dari Leiden, beliau lanjut ke Institut Teknologi Federal Swiss (ETH) di Zürich untuk meneliti bersama Wolfgang Pauli mengenai mekanik kuantum dan spektrum kontinu. Oppenheimer menghormati dan menyukai Pauli, dan kemungkinan turut meniru gaya peribadinya serta pendekatan kritisnya terhadap masalah.[34]

Sekembalinya ke Amerika Syarikat, Oppenheimer ditawari jawatan sebagai profesor rekanan oleh Universiti California, Berkeley, kerana Raymond T. Birge sangat menginginkannya untuk mengajar di sana sehingga Oppenheimer mengatakan kesediaannya untuk membahagi jadual mengajarnya dengan Caltech.[31] Sebelum memulai jawatan barunya sebagai profesor di Berkeley, Oppenheimer didiagnosis menghidap tuberkulosis ringan dan menghabiskan waktu beberapa minggu bersama adiknya Frank di sebuah ladang di New Mexico, yang dia sewa dan kemudian dibelinya. Ketika beliau mendengar bahwa peternakan itu disewakan, beliau berseru, "Hot dog!", dan kemudian menyebutnya Perro Caliente, yang berarti "hot dog" dalam bahasa Sepanyol.[35] Belakangan ia mengungkapkan bahwa "fisika dan kawasan gurun" adalah "dua hal yang paling dicintainya".[36] Oppenheimer sembuh dari tuberkulosis dan kembali ke Berkeley, tempat beliau tersohor sebagai pembimbing dan kolaborator bagi generasi baru ahli fizik yang mengaguminya kerana kecerdasan cendiakaan dan minatnya yang luas. Murid-murid dan rekan-rekannya menganggapnya sebagai susuk yang memesona: menghipnotis saat berinteraksi secara preibadi, tetapi sering kali bersikap dingin saat berada di khalayak ramai. Rakan-rakannya melihatnya pada dua sisi: di satu sisi beliau dipandang sebagai seorang genius penyendiri dan estetik, sedangkan di sisi lain beliau dianggap sebagai susuk yang berlagak dan kurang percaya diri.[37] Kebanyakan murid-muridnya memujanya, meniru cara berjalannya, pidatonya, dan tingkah laku lainnya, dan bahkan mencontoh kecenderungannya untuk membaca seluruh buku dalam bahasa aslinya.

Pada 1930, Oppenheimer banyak memberi sumbangan dalam bidang fizik atom dan nuklear termasuk kajian-kajian mula mengenai bintang neutron dan lohong hitam yang sudah diabaikan astronomi dalam jangka waktu yang lama.

Karya sains sunting

Oppenheimer bersumbang besar dalam penyelidikan astronomi teori (terutama yang berkaitan dengan relativiti umum dan teori nuklear), fizik nuklear, spektroskopi, dan teori medan kuantum, termasuk perluasannya ke dalam elektrodinamik kuantum. Matematik formal dari mekanik kuantum relativistik juga menarik minatnya, walaupun beliau meragukan kesahihannya. Karyanya meramalkan banyak penemuan seterusnya, misalnya neutron, meson, dan bintang neutron.[38]

Pada awalnya, minat utama Oppenheimer adalah teori spektrum kontinu, dan makalah pertamanya yang diterbitkan pada tahun 1926 membahas mengenai teori kuantum spektrum pita molekuler. Beliau mengembangkan sebuah kaedah untuk melakukan perhitungan probabilitas transisinya. Oppenheimer juga menghitung efek fotolistrik bagi hidrogen dan sinar-X, dan berhasil memperoleh koefisien penyerapan pada tepi-K. Perhitungannya ini mengacu pengamatan penyerapan sinar-X oleh matahari, tetapi perhitungan ini tidak sesuai dengan helium yang merupakan salah satu unsur penyusun matahari. Bertahun-tahun kemudian, diketahui bahawa matahari sebahagian besar terdiri dari hidrogen dan dengan demikian perhitungannya tersebut benar.[39][40]

 
Fisikawan Albert Einstein dan Oppenheimer berbincang, kira-kira tahun 1950

Oppenheimer bersumbang besar terhadap teori hujan sinar kosmik dan mengawali penyelidikan yang kelak mengarah pada penjelasan penerowongan kuantum. Pada tahun 1931, beliau ikut menulis sebuah warkah mengenai "Teori Relativistik Efek Fotolistrik" bersama muridnya, Harvey Hall.[41] Berdasarkan bukti empirikal, beliau dengan tepat membantah teori Dirac yang menyatakan bahwa dua tingkat tenaga atom hidrogen memiliki tenaga yang sama. Selanjutnya, salah seorang mahasiswa doktornya, Willis Lamb, menemukan bahwa hal tersebut merupakan konsekuensi dari peristiwa yang dikenal sebagai pergeseran Lamb. Lamb kemudian meraih Nobel Fisika pada tahun 1955.[38]

Bersama mahasiswa doktor pertamanya, Melba Phillips,[catatan 2] Oppenheimer mengerjakan perhitungan radioaktiviti buatan dengan melakukan pengeboman deuteron. Ketika Ernest Lawrence dan Edwin McMillan mengebom inti atom dengan deuteron, mereka menemukan hasil yang sangat sesuai dengan teori George Gamow, tetapi ketika energi yang lebih tinggi dan inti yang lebih berat diuji, hasilnya tidak sesuai dengan teori tersebut. Pada tahun 1935, Oppenheimer dan Phillips mengembangkan sebuah teori—saat ini dikenal dengan proses Oppenheimer–Phillips—untuk menjelaskan hasilnya. Teori tersebut masih digunakan sampai sekarang.[43][catatan 3]

Pada awal 1930, Oppenheimer menulis sebuah warkah yang meramalkan keberadaan positron. Warkah ini ditulisnya setelah Paul Dirac berpendapat bahwa elektron dapat memiliki muatan positif dan tenaga negatif. Teori Dirac memperkenalkan sebuah persamaan, yang dikenal sebagai persamaan Dirac. Persamaan ini mempersatukan mekanik kuantum, relativiti khusus, dan konsep spin elektron, untuk menjelaskan efek Zeeman.[45] Oppenheimer, sesuai dengan bukti eksperimennya, menolak gagasan bahawa peramalan elektron yang bermuatan positif adalah proton. Beliau berpendapat bahawa keduanya harus memiliki massa yang sama sebagai elektron, sedangkan hasil eksperimennya menunjukkan bahwa massa proton jauh lebih berat daripada elektron. Dua tahun kemudian, Carl David Anderson menemukan positron, yang membuatnya dianugerahi Nobel Fizik pada tahun 1936.[46]

 
Staf Laboratorium Radiasi Universiti California (termasuk Oppenheimer, Robert R. Wilson, dan peraih Nobel Ernest Lawrence, Edwin McMillan, dan Luis Alvarez) pada kuk magnet siklotron 60 inci, 1938

Pada akhir 1930-an, Oppenheimer mulai tertarik pada bidang astrofizik, kemungkinan besar kerana beliau bersahabat dengan Richard C. Tolman, yang menghasilkan serangkaian warkah sains. Makalah pertama yang ditulisnya bersama Robert Serber pada tahun 1938 berjudul "Stabiliti Inti Neutron Bintang",[47] yang menyelidiki kandungan katai putih. Makalah kedua ditulisnya bersama salah seorang muridnya, George Volkoff, yang berjudul "Pemasifan Inti Neutron".[48] Dalam warkah ini, mereka mendemonstrasikan bahwa terdapat limit, yang dinamai Batas Tolman–Oppenheimer–Volkoff, pada massa bintang-bintang terjauh. Batas ini menyebabkan bintang-bintang tidak akan stabil sebagai bintang neutron dan akan mengalami keruntuhan gravitasi. Pada tahun 1939, Oppenheimer dan muridnya, Hartland Snyder, menerbitkan makalah berjudul "Kesinambungan Kontraksi Gravitasi",[49] yang memprediksi keberadaan lubang hitam. Setelah makalah mengenai Hampiran Born–Oppenheimer diterbitkan, makalah tersebut menjadi yang paling banyak dikutip, dan menjadi faktor utama dalam peremajaan penelitian astrofisika di Amerika Serikat pada 1950-an, terutama oleh John A. Wheeler.[50]

Makalah-makalah Oppenheimer dianggap sangat sulit untuk difahami bahkan menurut piawai topik abstrak yang beliau kuasai. Beliau suka menggunakan teknik matematika yang sangat rumit dan anggun untuk mendemonstrasikan prinsip-prinsip fizik, walaupun teknik ini kadang dikecam karena menciptakan kesalahan matematika, yang kemungkinan disebabkan oleh ketergesaannya. Menurut Snyder, "Fiziknya bagus, tetapi aritmatiknya teruk".[38]

Setelah Perang Dunia II, Oppenheimer hanya menerbitkan lima warkah sains, salah satunya mengenai biofizik, dan tidak ada warkah yang ditulisnya setelah tahun 1950. Murray Gell-Mann, yang kelak menerima Nobel Fizik, menjadi ilmuwan tamu di Institute for Advanced Study yang berkerjasama dengan Oppenheimer pada tahun 1951, mengungkapkan:

Dia tidak memiliki kemampuan untuk bertahan atau melanjutkan kegiatan. Setahu saya, dia tidak pernah menulis warkah panjang atau melakukan kalkulasi panjang semacam itu. Dia tidak memiliki kesabaran untuk hal itu. Karyanya sendiri kurang berwawasan, tetapi cukup cerdas. Namun, dia menginspirasi orang lain untuk melakukan sesuatu, dan pengaruhnya luar biasa.[51]

Projek Manhattan sunting

Selama Perang Dunia Kedua, Oppenheimer memimpin rancangan Projek Manhattan yang bertujuan membangunkan senjata berasaskan atom untuk pihak Amerika Syarikat di Los Alamos, New Mexico. Bom atom pertama kalinya diledak pada 16 Julai 1945 dalam Ujian Trinity di New Mexico. Beliau meluahkan perasaannya menyaksikan peristiwa tersebut memetik separa dari ayat kitab suci Bhagavad Gita mengibaratkan kedudukannya seperti Keresna dalam hikayat Mahabharata yang memujuk Arjuna berperang lalu menayangkan rupa sebenarnya yang hebat dan menggerunkan:[52]

"Now I am become Death, the destroyer of worlds."
("Kini, aku telah menjadi sang Kematian, pemusnah loka-loka.").[52][nota 1]

Pada 1947, beliau menjadi pengarah Institute of Advanced Study di Princeton, New Jersey. Beliau muluh menjadi kuat dimusuhi banyak orang setelah perang kerana telah mengusulkan pengendalian tenaga atom antarabangsa dan menentang pembuatan bom hidrogen, dan pada 1954 Suruhanjaya Tenaga Atom menyatakannya sebagai "orang yang harus diamankan".[54] Setelah peristiwa penjatuhan bom atom oleh AS di Jepun pada tahun 1945 yang membunuh puluhan ribu orang, Oppenheimer menyesali pekerjaannya dan menyerukan agar tenaga atom digunakan untuk kepentingan yang damai.

Persaraan dan senja hidup sunting

Beliau berhijrah ke pulau Saint John dalam Kepulauan Dara Amerika Syarikat di rantau Caribbean pada tahun 1954 di mana beliau mendiami sana untuk beberapa bulan. Beliau membeli sebidang tanah 2-ekar (0.81 he) di Gibney Beach untuk dijadikan rumah penginapannya[55] bersama anaknya Toni dan isterinya Kitty; di sini juga beliau meluangkan masa riadahnya berlayar keliling pulau.[56]

Beliau didiagnos menghidap barah tekak disebabkan tabiat merokoknya yang berat pada tahun 1965. Setelah menjalani beberapa pembedahan yang tidak berjaya, beliau menerima rawatam radiasi dan kemoterapi pada lewat tahun berikutnya.[57] Beliau jatuh koma pada 15 Februari 1967 sebelum akhirnya meninggal dunia di kediamannya di Princeton, New Jersey tulat hari tanggal 18 Februari ketika berusia 62 tahun.

Majlis berkabung memperingatinya diadakan di Dewan Alexander kampus Universiti Princeton dihadiri 600 orang rakan sekerja baik dalam bidang sains mahupun ketenteraan. Mayatnya dibakar dan abu-abu tinggalannya disimpan dalam suatu bekas dibawa isterinya Kitty untuk dicurahkan ke laut tidak jauh dari hadapan rumah persaraan mereka.[58]

Nota sunting

  1. ^ Bait asal dari kitab ini adalah:
    कालोऽस्मि लोकक्षयकृत्प्रवृद्धो लोकान्समाहर्तुमिह प्रवृत्तः।
    kālo'smi lokakṣayakṛtpravṛddho lokānsamāhartumiha pravṛttaḥ (XI,32)[53]
    Oppenheimer menerjemahkan terus daripada bahasa Sanskrit dipelajari dan difahami beliau sendiri.[52]

Bibliografi sunting

  • Oppenheimer, J. Robert (1954). Science and the Common Understanding. New York: Simon and Schuster. OCLC 34304713.
  • Oppenheimer, J. Robert (1955). The Open Mind. New York: Simon and Schuster. OCLC 297109.
  • Oppenheimer, J. Robert (1964). The Flying Trapeze: Three Crises for Physicists. London: Oxford University Press. OCLC 592102.
  • Oppenheimer, J. Robert; Rabi, I.I (1969). Oppenheimer. New York: Scribner. OCLC 2729. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert; Smith, Alice Kimball; Weiner, Charles (1980). Robert Oppenheimer, Letters and Recollections. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. ISBN 978-0-674-77605-0. OCLC 5946652. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert; Metropolis, N.; Rota, Gian-Carlo; Sharp, D. H. (1984). Uncommon Sense. Cambridge, Massachusetts: Birkhäuser Boston. ISBN 978-0-8176-3165-9. OCLC 10458715. (pascakematian)
  • Oppenheimer, J. Robert (1989). Atom and Void: Essays on Science and Community. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-08547-0. OCLC 19981106. (pascakematian)

Rujukan sunting

  1. ^ Robert Oppenheimer di Mathematics Genealogy Project
  2. ^ Schweber 2008, halaman 283
  3. ^ a b c d Cassidy, David (2005). J. Robert Oppenheimer and the American Century. New York: Pi Press. ISBN 978-0-13-147996-8. OCLC 56503198.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Bird, Kai; Sherwin, Martin J. (2005). American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 978-0-375-41202-8. OCLC 56753298.CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 10
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cassidy, pp. 5-11 tidak disediakan
  7. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 12
  8. ^ Cassidy 2005, halaman 16, 145, 282
  9. ^ Cassidy 2005, halaman 23, 29
  10. ^ Cassidy 2005, halaman 16–17
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cassidy 2005 35 tidak disediakan
  12. ^ Cassidy 2005, halaman 43–46
  13. ^ Cassidy 2005, halaman 61–63
  14. ^ Cassidy 2005, halaman 75–76, 88–89
  15. ^ Cassidy 2005, halaman 90–92
  16. ^ Cassidy 2005, halaman 94
  17. ^ Monk 2012, m/s. 92.
  18. ^ Bird & Sherwin 2005, m/s. 46. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFBirdSherwin2005 (help)
  19. ^ Monk 2012, m/s. 97.
  20. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 39–40, 96, 258
  21. ^ Smith & Weiner 1980, halaman 91
  22. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 35–36, 43–47, 51–52, 320, 353
  23. ^ Smith & Weiner 1980, halaman 135
  24. ^ Cassidy 2005, halaman 108
  25. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 60
  26. ^ Cassidy 2005, halaman 109
  27. ^ "The Eternal Apprentice". Time. 8 November 1948. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2013. Dicapai pada 23 Mei 2008.
  28. ^ Cassidy 2005, halaman 112
  29. ^ Cassidy 2005, halaman 115–116
  30. ^ Cassidy 2005, halaman 142
  31. ^ a b Cassidy 2005, halaman 151–152
  32. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 73–74
  33. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 84
  34. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 75–76
  35. ^ "The Early Years". University of California, Berkeley. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2007. Dicapai pada 23 Mei 2008.
  36. ^ Conant 2005, halaman 75
  37. ^ Herken 2002, halaman 14–15
  38. ^ a b c Bird & Sherwin 2005, halaman 88
  39. ^ Bethe 1968a; dicetak ulang sebagai Bethe 1997, halaman 178
  40. ^ Oppenheimer, J.R. (1930). "On the Theory of Electrons and Protons" (PDF). Physical Review (Submitted manuscript). 35 (1): 562–563. Bibcode:1930PhRv...35..562O. doi:10.1103/PhysRev.35.562. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Juli 2018. Dicapai pada 5 November 2018. Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  41. ^ Oppenheimer, J.R.; Hall, Harvey (1931). "Relativistic Theory of the Photoelectric Effect". Physical Review. 38 (1): 57–79. Bibcode:1931PhRv...38...57H. doi:10.1103/PhysRev.38.57.
  42. ^ Monk 2012, m/s. 174–175.
  43. ^ Cassidy 2005, halaman 173
  44. ^ Cassidy 2005, m/s. 358–362.
  45. ^ Dirac, P. A. M. (1928). "The quantum theory of the electron". Proceedings of the Royal Society of London. Series A. 117 (778): 610–624. Bibcode:1928RSPSA.117..610D. doi:10.1098/rspa.1928.0023. ISSN 1364-5021. JSTOR 94981. (langganan diperlukan)
  46. ^ Cassidy 2005, halaman 162–163
  47. ^ Oppenheimer, J.R.; Serber, Robert (1938). "On the Stability of Stellar Neutron Cores". Physical Review. 54 (7): 540. Bibcode:1938PhRv...54..540O. doi:10.1103/PhysRev.54.540.
  48. ^ Oppenheimer, J.R.; Volkoff, G.M. (1939). "On Massive Neutron Cores" (PDF). Physical Review. 55 (4): 374–381. Bibcode:1939PhRv...55..374O. doi:10.1103/PhysRev.55.374. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 Januari 2014. Dicapai pada 15 Januari 2014.
  49. ^ Oppenheimer, J.R.; Snyder, H. (1939). "On Continued Gravitational Contraction". Physical Review. 56 (5): 455–459. Bibcode:1939PhRv...56..455O. doi:10.1103/PhysRev.56.455.
  50. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 89–90
  51. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 375
  52. ^ a b c Hijiya, James A. (June 2000). "The Gita of Robert Oppenheimer" (PDF). Proceedings of the American Philosophical Society. 144 (2). ISSN 0003-049X. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 26, 2013. Dicapai pada December 23, 2013.
  53. ^ "Chapter 11. The Universal Form, text 32". Bhagavad As It Is. Dicapai pada 24 October 2012.
  54. ^ Susilo, Taufik Adi. Ensiklopedi Pengetahuan Dunia Abad 20. Javalitera. Yogyakarta, 2010. m/s 32-33
  55. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 566–569
  56. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 573
  57. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 585–588
  58. ^ Bird & Sherwin 2005, halaman 588
Sumber utama

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "catatan" ada tetapi tag <references group="catatan"/> yang sepadan tidak disertakan