Buka menu utama

Datuk Jaafar bin Hassan adalah Menteri Besar Perlis ke-3 dari 01.01.1972 hingga 31.10.1981. Jaafar bin Hassan dilahirkan pada 16 Mei 1926 di Kangar, Perlis. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris. Seterusnya menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kemudian belajar jurusan undang-undang di England. Setelah lulus dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Lincoln’s Inn beliau telah berkhidmat sebagai Peguam di Alor Setar, Kedah disamping bergerak aktif dalam bidang politik, sebelum dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 1972.

RujukanSunting

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Didahului oleh
Sheikh Ahmad Mohd Hashim
Menteri Besar Perlis
1972-1981
Diikuti oleh:
Ali Ahmad